Thursday, 24 May 2018

"Kau Bayar Dulu HeHeHe"

hai haii , jom kita teruskan dengan tajuk ke-2 ira .. ini mesti korang semua tahu kan ? kalau ira cerita nanti korang akan tahu juga sebab jalan cerita ni ramai juga pernah lalui , bukan kita sahaja tapi termasuklah orang orang sekeliling ..

Okey pernah tak dan selalu tak korang keluar dengan kawan kawan ? tak kira zaman sekola la dah habis skolah ke sama je .. mesti ada .. lelaki or perempuan memang la akan ada masanya dengan kawan kawan juga hahaha ye kan ? so .. bila pergi makan , isi minyak motor , tiket wayang , apa apa jelah .. lagi lagi naik grab ke haaa taxi ke uber ke !! memang confirm confirm kita atau kawan kawan kita bersikap suka orang lain keluarkan duit dulu barulah dia keluar kan duit balik , maksud nya pulangkan la sebab orang dah bayarkan tadi hahahaha ..

Kita ni ada beberapa jenis manusia .. kategori dan macam macam .. ada segelintir tu cuba korang tengok perangai dorang ? kalau bayar , suruh kita hulur duit dulu nanti dia ganti balik , so mesti ada kawan jenis baik hati haa bayarkan je dulu hahahaha .. TAPI ADA PULAK JENIS DAH SURUH BAYAR DAH KATA NAK GANTI BALIK TAPI TAK GANTI GANTI ALASAN NYA LUPA LUPA LUPA !!

lepastu ada pulak jenis . suruh bayar dulu kemudian dia bayar balik .. bagus yang bersikap mcm ni .. tak baik kita suka suka kikis duit orang .. kita pun taktahu betapa susahnya kawan kita nak dapatkan duit untuk keluar lagipon kalau orang tak ikhlas .. kita juga dosa tau .. tolong la ya sapa sapa yang guna duit orang lain dulu tolong alert sikit bayar lah balik .. tak semua orang suka bila kita cuba mempermainkan orang .. bila orang dah terkena sekali confirm dia taknak bayarkan untuk kita lagi sebab ? sebab nya dia tahu kita jenis tak bayar balik ahhaha .. atleast korang keluar sama sama , jangan la susahkan siapa siapa .. kalau orang buat kita pun belum tentu kita suka haha .. senang kan ? jangan rumitkan benda yang mudah ok !

" kau bayar la dulu , nanti aku kasi duit balik ya " ayat yang biasa tapi kalau kene kencing sia sia hidup hahahaa siapa tak paham sorry okey .. sapa paham bagus la .. melainkan orang tu sendiri kata dia nak belanja .. jadi .. tak salah la kalau kita tak bayar balik sebab niat dia memang untuk belanja .. ini orang tu tak kata nak belanja , kau suruh dia guna duit dia dulu ja nanti kau pulang balik tapi kau buat macam dia belanja haha memang lain kali kifarah tu ada , karma tu ada , memang orang lain kencing kau kikis duit kau balik eh hahahaha

# kepada semua yang baca , ira sendiri pun selalu suruh kwn bayar dulu sebab tak ada duit pecah , tak cukup duit , dan kawan kawan ira pun mcm tu dengan ira , tapi ? bayar la balik , kalau terlupa sekali pun tanya dengan kawan kita keluar tu ada tak duit yang kita terpakai dari dia .. senang kan ? jangan cari jalan untuk orang menjauhi kita namun cari la jalan orang sentiasa ingin mendekat kerana budi baik kita .. tq semua sebab support nanti ira sambung kisah dan pengalaman serta benda yang boleh kita ubah ya ! byeeee

Panik Tapi Ada Ganjaran

Assalamualaikum dan haii semua ! thankyou ya pada siapa yang sudi baca blogspot iraa .. lama tak update bukan sebab malas tulis haha tapi ada kerja urusan lain so takde kesempatan nak berblogspot dengan kawan kawan iraa ni ..  Haa apa khabar tu ? sihat ke ? Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ya kepada umat islam .. puasa ok jangan x puasa hahahaha ..

so pada you alls .. harini mood rajin nak throwback kembali kenangan lama masa zaman zaman belajar nie , biasalah kalau kenangan mesti ada dia punya sad story and happy story kan ? tajuk kali ni memang agak berbeza tapi ira just suka suka nak share dengan semua ok ..

Jom start , kalau kata pasal belajar je confirm ada assignment kan ? haha betul ke ni ejaan entahlaa . lantak je .. so lecturer korang mesti akan kasi tugasan untuk disiapkan dalam jangka masa yang tak menentu kadang tempoh diberi terlebih cukup masa , kadang kadang tak sempat buat pun sebab tempoh sekejap sangat dan macam macam lagi hahahaha ..

tengok la pada keadaan seseorang tu .. tempat belajar , dan bidang apa dia ambil .. okey nk share antara pengalaman yang aku rasa sangat sangat panik masatu haha aku baru la belajar situ kira nya batch aku tak mahir lagi dengan semua kerja , dengan nak guna excel lah power point la word la .. kiteorang memang tak pandai lagi hahahaha so masatu diberikan tugasan .. tugasan dia mintak mcm 3 or 4 perkara sahaja tau .. TAPI DIA PUNYA DALAM 3 ATAU 4 PERKARA TU SEKSA NAK OIII !! haha banyak sangat bende kene buat .. masatu dah lah taktahu mcm mana copy sebab lecturer warning awal2 sapa copy memang reject terus . jadi kami budak baik kan ? tak copy HAHAHAHA PERASAN ! okey kembali pada story akuu ..
3 hari diberi masa untuk siapkan , masani lah satu kelas aku dah mula serabut haha dengan idea yang satu apa pon tk ada dalam kepala , dengan kerja individu bukan by group , dengan kene present depan semua orang , dengan kau taktahu apa apa cara nak buat hahahahhaaha !!

Okeyy seterusnya , kami pun mula sibuk balik je hari jumaat kelas half day je so balik2 .. aku dah mula pikir nak buatt semua idea semua , so di ringkaskan cerita nya satu kelas busy dengan kerja lecturer aku tu , dia dah la garang hanya tuhan ja tahu perasaan kami haha .. so masa makin berlalu .. setiap masa kami update dalam group whatsapp untuk maklumat dan perkembangan masing2 hahaha .. sampai kan kami ni tak tidur malam , mata bengkak , demam demam budak budak kelas aku termasuk la aku , sampai kami rasa nak pecahh dah ni otak , sampai rasa menangis semua ada nak menunggu hari isnin depan tu hahahaha kau bayangkan ? kami cuti macam tak cuti , serius kelam kabut sangat keadaan hahaha huru hara , sampai bertekak pun ada . aduhaii ..
tapi ? dalam kepayahan tu , dalam usaha , dalam doa kami .. redoo jela apa berlaku pun hahaha student kan kalau tak kene marahh tak sahh laa , so tiba la hari tersebut , ramai juga siap kerja diberi tu semua muka macam sampah haha bukan la kutuk , tapi maksud aku semua muka sangat sangat letih , kusut , mata sembap .. ada yang demam .. sebab punca kerja terlalu banyak dan kami tak berapa nak faham lepastu perahh otak tenaga hahahaha .. so ada la yang tak siap tu siapkan dalam kelas , tiba lah kita story pasal presentation depan lecturer dan kawan kawan kelas .. hanya tuhan ja tahu mcm mana perasaan takut aku haha sebab aku dah pemalu lepastu takut dengan jawapan or jalan kerja macam tah apa apa haha .. so semua present aritu , haritu juga lecturer habis habisan maki , habis habisan reject semuaaaa punya kerja termasuk la aku , kalau print kertas kat kedai , tak habis rm40 tak sah la , aduhhh .. dia tolak camtu ja dah la kami kene marah haha kene komen semua tapi normal la kan .. TAPI BERKAT KESABARAN , OK YANG NI AKU CERITA TENTANG APA LECTURER KOMEN PASAL AKU HAHA , alhamdulilah kerja aku memang kene reject mentah mentah dengan salah ejaan pagi pagi buta type kau rasa ? hahahah dengan space yang lari dan macam macam , tapi lecturer okey bila aku present dia kata dia faham dan aku terangkan dengan baik walau pun nampak kt situ takut aku getar getar hahaha

so , ada kawan kawan aku yang lain lalui apa yang aku lalui ada yang kerja ok kerja tak ok , present tak ok , present ok .. biasalah kami memang tak la pro mana pun .. so hati sedih kene reject lepastu sedih sebab kerja banyak banyak tu kene buat yang baru dan di tambah lagi kerjanya ahahaha

# pada kawan kawan yg baca blog ni , ira type bukan suka suka .. ira nak share . walaupun lecturer kasi kita kerja banyak dan tempoh tu kita fikir logik memang tak boleh nak siapkan pun .. takpe .. cubalah buat kerja jangan biarkan , usaha tangga kejayaan geng , tuhan nampak usaha kita .. bagi aku .. biarlah kita salah , silap , kita boleh belajar .. yang penting ada usaha jujur pada diri .. buat apa bersikap angkuh dan sombong sedangkan pelajaran kita entah kemana .. apa yang cikgu lakukan mungkin bagi kita tidak bagus dan susahkan orang .. tapi hakikatnya dia sedang melatih diri kita untuk terus melangkah kerana skop kerja pada masa akan datang akan kita lalui semua ini jugaa ..

Monday, 7 May 2018

3 Tips Nak Murah Rezeki ! Rugi Ya Tak Baca

Kepada yang setia membaca blogger ini amatlah ira mengucapkan terima kasih bebanyak ya ..
Kali ni special sebab ira nakk share mcm mana kita ni kerja bertungkus lumus dapatkan rezeki namun rezeki sentiasa cukup malah kdg kdg tu berlebihan dan boleh simpan ..

Haa jadi kalau nak tahu ? Jom Kita Mulakan Dengan 3 Tips Ini :

1) Beri duit kepada kedua ibu bapa kita ..
sebab ? dengan izinya tuhan .. murah lah rezeki kita sebab tak putus putus sentiasa terasa seperti duit ada dalam tangan , kalau tetap tak ada duit , mungkin rezeki dari segi kesihatan dan bermacam lagi yang tuhan beri tapi kita tak sedar ..


2) Sedekah kepada orang , masjid atau apa apa sahaja
sebab ? sedekah tidak semestinya dari segi kewangan , tenaga juga di anggap satu sedekah .. yang penting ikhlas menolong atau menghulurkan bantuan kepada orang lain .. Dengan izin tuhan pastinya akan murahlah rezeki kita nanti ..


3) Berikan makanan kepada kucing ..
sebab ? kucing kan kesayangan Nabi , jujur la kan aku takut or tak biasa dengan kucing tapi pernah la beranikan diri juga beri kucing makan .. sekurangnya dia akan doakan kita .. kita kene tahu dalam rezeki kita ada rezeki orang lain .. semoga tak putus rezeki yang tuhan beri kepada kita



# So pada yang nak rezeki tak putus boleh try tips ni mana tahu ada perubahan dalam kehidupan anda hahaha , bukan sahaja rezeki dapat , pahala sekali dapat .. semoga kita semua menjadi manusia yang baik tapi tiada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan atau suci tak buat dosa .. tapi buat lah kebaikan mana mampu selagi bernyawa ya .. Allah swt sentiasa melihat anda semua termasuk saya .. semoga kita semua dapat membuat tips tips berikut yaaa bye korang ..

Jom Tahu Jenis-Jenis Air Mutlak

Hai semua ! hari ini mood ira nak share dengan kawan kawan yang tengah baca ni tentang Apa Itu Air Mutlak? Ada Berapa Jenis? Jadi .. kalau korang taktahu boleh la kita belajar kembali bersama sama hahahaha .. macam mana mood hari ini ? baik ke ? okey ke ? Just Komen yaaa kalau nak bagitahu apa apa . 

Jom Start ! apa tu air mutlak ? haa kalau korang nak tahu air ni ialah air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asalnya , kejadian yang memang Allah swt dah ciptakan untuk semuaaa makhluk di dunia ini tau ..

Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak , sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud 
= Daripada Abu Hurairah r.a.h katanya , seorang badwi lalu terkencing di dalam masjid , kemudian para sahabat pergi mencegahnya , lalu Rasulullah saw bersabda , biarkan dia dan curahkan la di atas air kencingnya setimba air , sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyuisahkan


Ada Berapa Jenis Air ya ? Ada 7 yaaaa ...

1. Air Hujan

2. Air Laut 

3. Air Sungai 

4. Air Telaga 

5. Air Embun

6. Air Mata Air 

7. Air Salji

Okey selepas blogger ini ira akan beritahu tips tentang perkara yang semua orang nak tahu ! jadi tips ini ira share kan kepada pembaca setia blogger ira ya ? thankyou sebab mengikuti perkembangan Zirastereox .. 

So kepada korang yang keliru apa itu air mutlak , lepasni dah bole tahu serba sedikit ya .. gunakan air bersih suci ini untuk ambil wuduk , menjalankan apa perlu dalam seharian kita .. serta boleh membersihkan / menyucikan diri dari najis atau kotoran .. 

Kisah Nabi ( Ringkas )

Selamat pagi semua .. Mulakan pagi anda dengan senyuman yaaa , Assalamualaikum kepada yang beragama islam dan bagi yang bukan islam .. salam sejahtera yaa ..

Okey semua ! ini hanya serba sedikit dan ringkas seringkasnya tentang kisah nabi , aku pun belajar dan korang pun boleh la tahu apa yang tidak tahu .. InsyaAllah apa yang maklumat aku bagi ni betul .. kalau ada salah maafkan saya ya .. saya cuma cari beberapa info dan try masukkan di blog saya .. saya juga manusia akan ada silapnyaaa ..

Jom Start ! hehehe

1. Nabi Adam ialah Manusia yang pertama - asal dari tanah - isterinya Hawa - tinggal di syurga dan hidup lebih kurang 930 tahun - mempunyai kisah dimana seorang yang taat kepada Allah manakala seorang lagi membangkang apa yang di larang Allah SWT

2. Nabi Idris ialah keturunan Nabi Sits as - Menerima 30 suhuf untuk disampaikan kepada umatnya
 ( wahyu kalau tak silap ) - Keturunan Qabil yang derhaka - orang pertama pandai menulis ,
membaca , tahu tentang ilmufalak , serta mahir dalam jahit-jahitan

3. Nabi Nuh ialah keturunan Nabi Idris yang diutus Allah kepada kaun kafir - mereka ingkar kemudian kafir tenggelam akibat banjir yang besar - Baginda berdakwah siang malam - Kebanyakkan umatnya ingkar termasuk isteri dan anak lelaki baginda - Kemudian orang yang beriman dapat menaiki bahtera Nabi Nuh dengan selamat - Gelaran nya " Najiyullah "

4. Nabi Hud ialah Nabi yang diutuskan Allah kepada kaum a'ad - menyembah patung dan akhirnya ditimpa seksaan ditimpa badai dan udara yang dingin - 8 hari 7 malam - Nabi Hud berusaha menyuruh menyembah Allah namun mereka mempersendakan nyaa

5. Nabi Salleh ialah keturunan Sam Bin Nuh - Diutus Allah kepada bangsa tsamud selatan palestin - Budaya tinggi namun sembah patung dan dewa - Mereka ingkar akan suruhan Nabi Salleh untuk menyembah Allah - Balasan mereka - hari pertama wajah mereka kuning - hari kedua merah - hari ketiga menjadi hitam - Akhirnya disambar petir dan mereka kufur kepada Allah dengan menyembah berhala - Takbur kemudian Allah musnahkan mereka dengan pekik kan suara kuat dari langit - dan gempa bumi dahsyat

6. Nabi Ibrahim ialah Nabi yang diutuskan Allah kepada kaum namrud - negeri babilan dan lebih kurang 4000 tahun sebelum masihi - Allah datangkan mereka tentera nyamuk - Kaum yang menyembah berhala dan anggap diri tuhan - lahir di (iraq) - Nabi seorang yang bijak berfikir dan gelaran " Khalillulah "


7. Nabi Luth ialah saudara Nabi Ibrahim - kaum di negeri sadum - penduduk dikenali laut mati di jordan - amat derhaka dan buruk budi perketi - merompak / liwat dan Allah terbalikkan negeri mereka dan turunkan hujan batu serta binasalah mereka


8. Nabi Ismail ialah bangsa arab yang , negeri yaman - mereka tak mengenali agama islam - diperintahkan puasa, bayar zakat, tunai haji, Nabi Ismail diperintahkan Allah dirikan kaabah di makkah

9. Nabi Ishak ialah anak kandung Nabi Ibrahim - diutus di negeri kan'an dan sembah Allah - ajarkan tauhid - bayar zakat - puasa - tunai haji - Ishak kahwin bersama Rifka - dimakamkan di hibrun, palestin

10.  Nabi Yaakub ialah diutus di negeri kan'an mengajar kaumnya supaya sembah Allah, - Baginda wafat dalam usia 148 tahun - dimakamkan di hibrun bersebelahan makam bapanya - Nabi Ishak

11. Nabi Yusuf ialah diutus kepada bangsa mesir - seorang raja / dasar perintah adalah islam - wafat 120 tahun - dimakamkan di tepi sungai nil - penyabar / tabah hadapi dugaan - pemaaf penyayang dan sangat hormat kepada kedua ibu bapa - kacak dan bijaksana

12. Nabi Ayyub ialah diutus ke negeri Rom - qafat 93 tahun lebih kurang mcm tu - suka bantu fakir miskin - amat bertakwa - Allah uji dengan kemusnahan harta , mati anak kemudian hidap penyakit berat bertahun - Sabar , teguh - Allah pulihkan kemudiannya , Kembalikan nikmat hidup


13. Nabi Zulkifli ialah raja/nabi - wafat 95 tahun - dimakamkan di nopoli dan penduduk damsyik nama asal , basyar (sabar, bijak, mengatur waktu)

14. Nabi Syuaib ialah ramai kaumnya tak beriman - ditimpa bencana gempa bumi dan kepingan awan panas - Kaum amalkan sikap kurang timbangan / sukatan dalam jual beli

15. Nabi Musa ialah kaum bani israel - sembah patung - anak sapi yang dipelpori di samiri - dapat kitab taurat - Telah diperintahkan Allah utk dakwah firaun tetapi firaun menentang - akibatnya - tentera , firaun mati lemas tenggelam didalam laut merah

16. Nabi Harun ialah Saudara Nabi Musa , Fasih berbicara

17. Nabi Daud ialah diberi kitab zabur wafat pada usia 100 tahun - dimakamkan di palestin dan memiliki suara yang merdu - melembutkan besi dengan tangan untuk baju perang - raja yang adil , bijak - membina kota baitulmaqdis

18. Nabi Sulaiman ialah nabi yang dapat kuasai semua mahkluk jin , haiwan - paham akan bahasa binatang - boleh perintah jin dan angin - berjaya islamkan Ratu Balqis dan berkahwin dengan nya

19. Nabi Ilyas ialah keturunan Nabi Harun - rasul di negeri balbik di lebaran selatan kerana ramai orang sana sembah berhala - ditimpa musibah gempa yang dahsyat

20. Nabi Ilyasa ialah diutus kepada bani israel - bangsa yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah - sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelusuk - di kutuk , di hina oleh bangsa yang lain

21. Nabi Yunus ialah nabi yang diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun

22. Nabi Zakaria ialah diutuskan kepada bangsa yahudi - dibunuh kepala baginda dipenggal dan nabi yahya dibunuh keduanya mati syahid

23. Nabi Yahya ialah sama dengan kenyataan nabi Zakaria

24. Nabi Isa ialah lahir dari tubuh maryam yang tiada bapa - beliau mendapat kitab injil yang melengkapi kitab taurat / zabur . Sila rujuk kisah yang selebihnya di google

25. Nabi Muhammad ialah  Keturunan Nabi Ismail , diberi kitab alquran - Nabi kita - Sila rujuk kisah selebihnya di google


OKEY SEMUA , PLEASE SHARE RAMAI RAMAI UNTUK KORANG TAHU SERBA SEDIKIT TENTANG NABI KITA YA , KALAU ADA TAK BETUL MAAFKAN SAYA .. SAYA KONGSI SERINGKASNYAAAAAA ... BYE KORANG !!

Thursday, 3 May 2018

Sebab Perlu Hantar Anak Sekolah Agama

Assalamualaikum terlebih dahulu kepada semuaaa yang membaca dan bagi bukan islam haii hello ?
Apa khabar ? ada baik ? jangan marah marah ya tengahari ni .. 
kita happy2 sudah yaaa .. dah makan ke ? boleh share makan apa harini di ruang komen ya hehe

So jom kita start untuk bercerita semula setelah berminggu juga busy sikit dengan dunia ni haha so ada free time kerja sudah siap apa lagi ? tajuk menarik hari ni nak share la pada ibu bapa yang ada anak tu .. pada yang tak ada anak pun bole je baca untuk pengetahuan mungkin korang tak pernah merasa kan mcm mana sekolah agama ni hahaha ..

First , aku nak cakap aku adalah bekas pelajar Kafa Integrasi Izzatul Islamiah . Aku tak nak bagitahu dimana tempatnya tapi hanya nama sahaja , okey teruskan cerita sekolah aku tu sangat la kecil ya , tak macam zaman sekarang yang semakin maju berkembang ni ahaha ! kenapa aku cakap mcm tuh ? sebab nya sekolah aku kawasan tak besar , cukuplah ada surau yang sederhana saiznya , kelas sebanyak 4 ruang kelas , lagi 1 ruang boleh juga dijadikan tempat kelas kami haha tapi sekolah aku ada 2 sesi , pagi dan petang .



Haa ini contoh lencana sekolah agama hehe , kita memang perlu ya sekolah agama sebab nya kita bagi yang islam ni kene tahu macam mana , apa , siapa , dan segalanya tentang islam . Bukan la aku kata siapa sekolah agama ni memang 100% tamat pelajaran , tidak lah ya . Kita ni sampai bila bila pon kene belajar tau takkan pernah habis ilmu tu .. tapi bila pernah bersekolah agama ni dapatlah belajar basic, seberapa banyak yang boleh ..



Nak tahu ? setiap isnin or jumaat memang sekolah aku akan buat sesi perhimpunan macam biasalah dan kami akan baca Asma'Ul Husna untuk memeriahkan keadaan dan ustazah ustaz nak kami sentiasa mengingati ayat ayat ni .. Sampai lah lancar .. Kita sekolah agama tak bermakna ilmu sudah tinggi dan boleh sombong diri , apabila kita mengenali islam .. belajar .. pergi sekolah .. sama la perumpamaan kita sedang berjihad macam ustazah aku pernah beritahu .. Niat yang baik suci sangat Allah sukaaa yaa semua ! Dari aku taktahu apa tu JAWI sampailah aku tahu baca dan menulis JAWI . Penting ke ? semestinya , bagi aku .. siapa siapa yang tak tahu boleh je belajar , tiada yang mustahil .. aku dulu tak reti membaca sampaikan di buli la apala banyak kisah kenangan zaman sekolah rendah ni .. tapi ? Dengan usaha , doa , bantuan Allah juga .. aku boleh membaca ayat alquran, bahasa arab, jawi .



Buat apa malu untuk menuntut ilmu kan ? kalau pasal kenangan tuu dari darjah 1 sampai la darjah 6 macam macam aku belajar mengenai dunia bersama kawan kawan , guru , suasana . Semua ! Nak share pasal kene denda hahahaha alah siapa je tak pernah nakal kan ? biasala tu .. Jalan itik lah , lompat katak lah , berdiri sambil memegang buku dekat tengah panas lah , kene rotan bertubi tubi beb ! bapak sakitnya sampai badan berbelang kesan kene rotan tau ! kene cubit sampai berdarah dan ada kesan luka . Kalau nak share banyak sangat ! jujur dari aku sebenarnya masa kene semua tu aku benci sangat ustaz ustazah yang buat aku dah la sampai menangis hahaha tapi budak lagi . masatu rasa mcm nak berhenti sekolah ! nak mengamuk semua ! TAPI ? percayalah .. guru kita buat semua tu sebab sayangkan kita yang masih kecil ni .. aku rasa bangga pernah kene semua tu tau .. sebab denda , rotan , kene maki , kene marah , sebab semua tu la aku jadi boleh baca jawi .. boleh membaca alquran . boleh menulis jawi .. 



Nak share subjek yang pernah la aku belajar zaman sekolah haha .. kepada adik kakak abang makcik pakcik semua sila baca ya . memang seronok tak bosan ! tapi time sekola dulu ada je tidur masa ustaz mengajar hhahahaha ! Subjek Akhlak , Feqah , Tauhid , Tajwid , Tilawah dan Alquran , Sirah DAN ! KHAT .. khat ke khot camtulah .. hehe .. ni aku ingat lupa la ni maaf ya kalau ada tertinggal hahaha .. ingat lagi time tak matang itulah aku hafal bacaan ayat , surah pendek .. semua tu hafal memang sebab takot dengan ustaz sbb dia rotan ! haha biasala budak kan ? punya la berusaha hafal ni tu salin semua latihan buat , sebab ? takot kene apa apa dengan ustaz .. TAPI itu semua lah yang diguna pakai masa dah besar ni ketika solat , ketika makan , dan sebagainya ..


Semua subjek yang kita belajar sebenarnya ada kaitan dalam hidup sehingga la kita bawa ke akhirat kelak , maaf kalau cerita tak menarik , ini pon aku ringkaskan haha .. Rindu nak makan dengan kawan kawan berebut nasi lemak harga RM1.00 satu pinggan , air satu cawan sirap 50 sen cawan besar .. 20 sen cawan lagi kecil , Rindu nak borak dengan kawan masa guru ada mesyuarat , kelas ganti , Rindu nak duduk surau konon nasyid padahal main kejar-kejar . Rindu solat berjemaah sekali dengan ustaz , Rindu nak beratur masa ambil air wudhuk . MACAM MACAM AKU RINDU !
memang sekolah kami kecil , cikgu pun tak sampai 10 orang memang sikit , memang sebiji macam keluarga kecil dan tak la besar mana tapi sekolah aku telah banyak melahirkan pelajar2 yang berjaya dari segi macam macam haha ..


Aku bersekolah agama dari darjah 1 sampai habis darjah 6 , tak silap aku darjah 1-3 sesi pagi tau , darjah 4-6 sesi petang budak matang skit hahahahaha berlagak kan ! Peperiksaan paling awesome ! UPKK = DARJAH 5 , PSRA = DARJAH 6 , ni kalau x silap aku la kalau salah maaf tak ingat sangat la ... Alhamdulilah berkat usaha doa semua , bantuan ustaz ustazah juga la aku boleh mencapai tahap kepuasan la kira kan , bagi aku memang tak boleh dapat keputusan yang baik macam tu tapi Allah menentukan segala nya , kedua dua exam sekolah agama yang besar tu aku lulus dengan baik . Tak sangka la ya .. aku lupa la ada nama jaid jidan , jaid , maqbul dan apa lagi entah .. kalau salah maaf ya .. tu adalah pengkelasan bagi gred A,B,C hahaha .. 

Jadi ? kepada yang mempunyai anak tu , hantar la mereka ke sekolah agama . susah dahulu senang kemudian . Yang tak pernah sekolah agama boleh je cari tempat2 menimba ilmu atau cari la ustaz dan ustazah yang boleh mengajar kita . Agama ni penting kerana segala hidup , perbuatan , berkait juga dengan hubungan Kita bersama Tuhan , dan kita akan tahu serba sedikit tentang agama .. 
kenangan paling manis paling pahit segalanya ada semasa aku bersekolah agama .. kalau la boleh putarkan masa nak je belajar semua balik sebab best sangat .. bye korang !

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...