Korang mesti tak tahu aku ni dulu masa zaman skolah menengah sejak form 1-5 adalah Ahli Kelab Dikir Barat untuk persatuan yang kokorikulum . Sekarang masa aku nak story kisah2 masa dikir barat suka duka dan apa yang menarik serta apa kelebihan aku okey?
First pengenalan bagi apa tu Dikir Barat bagi apa yang aku tahu jelah aku ni tak la pro mana and tak terlalu hebat pasal asal usul ni , tapi tahu sikit2 saja hehe .. Apa aku tahu ianya bermula di kelantan dan kalau berdikir nyanyi2 pun biasanya guna sleng kelantan .. sbb alunan mmg sedap tau lagipon rentak dia mmg best tak kira la apa jua . Dikir ni adalah persembahan kebiasaan nya seni budaya rakyat malaysia .. menarik apa .. bukan semua boleh jadi ahli Dikir ..
Pengalaman menarik masa dikir ni mula2 aku malu sangat tau yelah aku bukan jenis menari2 depan org ke suka buat persembahan ke haha .. TIBA2 masuk persembahan la pertandingan la mmg best la bagi aku dpt belajar benda baru dan dpt kawal perasaan takut naikk stage depan org ramai .. Haa apa yang aku tahu masa aku masuk kelab ni .. Ada pemain alat muzik , penyanyi 2 org iaitu tukang karut dan tok juara .. kalau salah maaf ni apa yang aku tahu dan belajar saja .. lepastu ada yang tepuk2 ramai2 tu kan? di panggil sebagai Auk2 sbb dorang akan ikut, buat gaya, tepuk tgn, utk persembahkan yang terbaik .. Tok juara seorang dan Tukang karut seorang ..
Alat Muzik Dikir Barat yang aku tahu dan pernah main
Rebana - mcm kompang tapi bukan . sangat sedap bila pandai main . perlu ada teknik2 dan bukan semua org bole main ya ? susah jugak .
Marakas - 2 Alat yang bulat dan ada pemegang .. dalam bulat tu ada mcm beras ke apa tah so berbunyi rancak kalau mainkan kedua-dua sekali .
Rebana ( Anak ) - Di mainkan semasa Ibu Rebana dh mula berbunyi .. ada cara nya dan tekniknya .. saiznya lebih kecil sedikit ..
Gong - gong ni ramai cakap ada kisah hantu lah apalah haha tapi kami main niat baik je yaa . ada gong bunyi lain2 sbb rekaan berbeza . gong akan bermain selepas rebana berbunyi
Canang - Satu tarikan yang menarik tapi dia ada satu je ye . kalau di muzium main banyak2 panjang2 tu kan haha utk dikir hanya 1 canang sahaja .. di mainkan serentak semasa gong berbunyi
Semua ni mmg sangat meriah bila di mainkan dengan betul, tepat, menarik haha .. utk diri aku jujur aku cakap aku tak la pandai ke semua tapi aku mula bermain alat muzik iaitu marakas, kemudian bertukar pemain rebana anak, dan pernah aku menjadi auk2 tapi hanya seketika .. aku lebih kepada muzik .. akhir sekali Ibu Rebana yang sangat membuat aku tertarik utk mengetahui cara bermain .. selama 2 tahun aku belajar bermain rebana dengan bantuan guru khas dikir (abg emy) dan kwn kwn lain .. mula2 mmg semua kutuk aku cakap sumbang la tak reti main la tapi bila satu hari tu aku la pemain rebana yang sebenar .. gigih aku usaha main alat tu sorg2 walaupon cikgu kasi rehat kejap setelah penat berlatih . aku sanggup main benda tu untuk tingkat kan skill aku .. betol org kata selagi x cuba kau xkan tahu kebolehan kau ada .
Dalam masa 5 tahun tu juga banyak kisah bermasam muka, kutuk belakang, talam, batu api mcm mcm lah smpai gaduh besar besaran pon ada . semua tu adalah pengalaman aku belaja sebab setiap kali ada persembahan atau pertandingan . Jurulatih kami akan membuat latihan setiap hari selepas waktu sekolah . sekola habis pkul 1.30 so pukul 2.00 atau 2.30 akan start latihan . Kau rasa? tak penat ke? kalau auk2 pulak tiap2 hari kene keluarkan suara .. kene tepuk la apala .. penat beb . ingat latihan sekali je? berulang2 beb . walaupon kami buat dh bagus tapi tetap juga dia x kan lepaskan kami . bayangkan lah usaha kami ? kene mrh kene tengking kene hamun kene ejek mcm mcm perkara ! balik latihan dalam 4.00,5.00,5.30 .. kalau hari nak dekat persembahan ke pertandingan ke.. confirm ahh lagi lewat balik .. haaa tak penat? yang nyanyi smpai suara takde smpai menangis lah apalah.. yang pemain muzik ketuk2 la main smpai ngantuk2 lah .. tenaga habis situ je beb ..
Setiap kali pertandingan utk PPD PETALING JAYA kami akan bertanding .. Boria lah dikir barat la .. mcm mcm show dan diadakan di tempat yang sesuai dengan Event . Time show apa2 akan ada akk senior makeupkan kami .. cantik je fresh je semua haha .. akk2 senior ok je baik sporting tapi garang bila kita ponteng masa latihan, kurang ajar, buat main2.. Aku masih ada sijil dan piala setiap tahun kami jadi Naib Juara utk pertandingan dan Mendapat Persembahan terbaik ..
Aku bangga tau sbb pergi event2 mcm tu mak ayah aku yang x tahu apa apa .. tapi sanggup weh turun tempat kami buat show semata nak support aku .. kami selalu je jumpa artis dan bergambar dengan artis .. haha syok lah beb . Pakaian dikir barat pon mmg lawa la kain dia .. setiap berapa tahun akan di tukarkan kain utk jahit baju baru bagi budak dikir .. ramai je anti kami kat skola cakap gedik la ejek ejek lagu kami la tapi? bila latihan ramai je dtg usya .. bila persembahan ramai je focus tengok .. nampak kat situ? dorang jeles sbb dorang x dpt hahahaha..
Lagu yang di bawa kebiasaanya 9 tapi smpai berapa aku x ingat .. itu semua termasuk lagu tok juara yang pertama .. dalam sebuah lagu dia bawa kemudian lagu lain yang rancak, yang mengarut, yang diubah suai bahasa lentoknya dibawakan oleh tukang karut .. dan lagu wajib bagi penutup dikir ialah Ala Ewa .. Siapa pernah dngar .. dngar jelah ok .. hahaha .. tu lagu mesti wajib ada .. so tukang karut mmg kene usaha skit sbb dia kene hafal lirik2 banyak .. tok juara cuma bawa 1 lagu sahaja dan haruslah menyanyikan dengan alunan perlahan .. bukan rancak ..
setiap lagu yang di bawa perlu ada maksud, makna, yang padat dan sedap bunyi nya . lebih kepada menasihat sebenarnya
Ok korang ! ckup sampai sini yaaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!
Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...

-
Assalamualaikum terlebih dahulu kepada semuaaa yang membaca dan bagi bukan islam haii hello ? Apa khabar ? ada baik ? jangan marah marah ya...
-
Korang mesti tak tahu aku ni dulu masa zaman skolah menengah sejak form 1-5 adalah Ahli Kelab Dikir Barat untuk persatuan yang kokorikulum ....
No comments:
Post a Comment