Thursday, 3 May 2018

Sebab Perlu Hantar Anak Sekolah Agama

Assalamualaikum terlebih dahulu kepada semuaaa yang membaca dan bagi bukan islam haii hello ?
Apa khabar ? ada baik ? jangan marah marah ya tengahari ni .. 
kita happy2 sudah yaaa .. dah makan ke ? boleh share makan apa harini di ruang komen ya hehe

So jom kita start untuk bercerita semula setelah berminggu juga busy sikit dengan dunia ni haha so ada free time kerja sudah siap apa lagi ? tajuk menarik hari ni nak share la pada ibu bapa yang ada anak tu .. pada yang tak ada anak pun bole je baca untuk pengetahuan mungkin korang tak pernah merasa kan mcm mana sekolah agama ni hahaha ..

First , aku nak cakap aku adalah bekas pelajar Kafa Integrasi Izzatul Islamiah . Aku tak nak bagitahu dimana tempatnya tapi hanya nama sahaja , okey teruskan cerita sekolah aku tu sangat la kecil ya , tak macam zaman sekarang yang semakin maju berkembang ni ahaha ! kenapa aku cakap mcm tuh ? sebab nya sekolah aku kawasan tak besar , cukuplah ada surau yang sederhana saiznya , kelas sebanyak 4 ruang kelas , lagi 1 ruang boleh juga dijadikan tempat kelas kami haha tapi sekolah aku ada 2 sesi , pagi dan petang .



Haa ini contoh lencana sekolah agama hehe , kita memang perlu ya sekolah agama sebab nya kita bagi yang islam ni kene tahu macam mana , apa , siapa , dan segalanya tentang islam . Bukan la aku kata siapa sekolah agama ni memang 100% tamat pelajaran , tidak lah ya . Kita ni sampai bila bila pon kene belajar tau takkan pernah habis ilmu tu .. tapi bila pernah bersekolah agama ni dapatlah belajar basic, seberapa banyak yang boleh ..



Nak tahu ? setiap isnin or jumaat memang sekolah aku akan buat sesi perhimpunan macam biasalah dan kami akan baca Asma'Ul Husna untuk memeriahkan keadaan dan ustazah ustaz nak kami sentiasa mengingati ayat ayat ni .. Sampai lah lancar .. Kita sekolah agama tak bermakna ilmu sudah tinggi dan boleh sombong diri , apabila kita mengenali islam .. belajar .. pergi sekolah .. sama la perumpamaan kita sedang berjihad macam ustazah aku pernah beritahu .. Niat yang baik suci sangat Allah sukaaa yaa semua ! Dari aku taktahu apa tu JAWI sampailah aku tahu baca dan menulis JAWI . Penting ke ? semestinya , bagi aku .. siapa siapa yang tak tahu boleh je belajar , tiada yang mustahil .. aku dulu tak reti membaca sampaikan di buli la apala banyak kisah kenangan zaman sekolah rendah ni .. tapi ? Dengan usaha , doa , bantuan Allah juga .. aku boleh membaca ayat alquran, bahasa arab, jawi .



Buat apa malu untuk menuntut ilmu kan ? kalau pasal kenangan tuu dari darjah 1 sampai la darjah 6 macam macam aku belajar mengenai dunia bersama kawan kawan , guru , suasana . Semua ! Nak share pasal kene denda hahahaha alah siapa je tak pernah nakal kan ? biasala tu .. Jalan itik lah , lompat katak lah , berdiri sambil memegang buku dekat tengah panas lah , kene rotan bertubi tubi beb ! bapak sakitnya sampai badan berbelang kesan kene rotan tau ! kene cubit sampai berdarah dan ada kesan luka . Kalau nak share banyak sangat ! jujur dari aku sebenarnya masa kene semua tu aku benci sangat ustaz ustazah yang buat aku dah la sampai menangis hahaha tapi budak lagi . masatu rasa mcm nak berhenti sekolah ! nak mengamuk semua ! TAPI ? percayalah .. guru kita buat semua tu sebab sayangkan kita yang masih kecil ni .. aku rasa bangga pernah kene semua tu tau .. sebab denda , rotan , kene maki , kene marah , sebab semua tu la aku jadi boleh baca jawi .. boleh membaca alquran . boleh menulis jawi .. 



Nak share subjek yang pernah la aku belajar zaman sekolah haha .. kepada adik kakak abang makcik pakcik semua sila baca ya . memang seronok tak bosan ! tapi time sekola dulu ada je tidur masa ustaz mengajar hhahahaha ! Subjek Akhlak , Feqah , Tauhid , Tajwid , Tilawah dan Alquran , Sirah DAN ! KHAT .. khat ke khot camtulah .. hehe .. ni aku ingat lupa la ni maaf ya kalau ada tertinggal hahaha .. ingat lagi time tak matang itulah aku hafal bacaan ayat , surah pendek .. semua tu hafal memang sebab takot dengan ustaz sbb dia rotan ! haha biasala budak kan ? punya la berusaha hafal ni tu salin semua latihan buat , sebab ? takot kene apa apa dengan ustaz .. TAPI itu semua lah yang diguna pakai masa dah besar ni ketika solat , ketika makan , dan sebagainya ..


Semua subjek yang kita belajar sebenarnya ada kaitan dalam hidup sehingga la kita bawa ke akhirat kelak , maaf kalau cerita tak menarik , ini pon aku ringkaskan haha .. Rindu nak makan dengan kawan kawan berebut nasi lemak harga RM1.00 satu pinggan , air satu cawan sirap 50 sen cawan besar .. 20 sen cawan lagi kecil , Rindu nak borak dengan kawan masa guru ada mesyuarat , kelas ganti , Rindu nak duduk surau konon nasyid padahal main kejar-kejar . Rindu solat berjemaah sekali dengan ustaz , Rindu nak beratur masa ambil air wudhuk . MACAM MACAM AKU RINDU !
memang sekolah kami kecil , cikgu pun tak sampai 10 orang memang sikit , memang sebiji macam keluarga kecil dan tak la besar mana tapi sekolah aku telah banyak melahirkan pelajar2 yang berjaya dari segi macam macam haha ..


Aku bersekolah agama dari darjah 1 sampai habis darjah 6 , tak silap aku darjah 1-3 sesi pagi tau , darjah 4-6 sesi petang budak matang skit hahahahaha berlagak kan ! Peperiksaan paling awesome ! UPKK = DARJAH 5 , PSRA = DARJAH 6 , ni kalau x silap aku la kalau salah maaf tak ingat sangat la ... Alhamdulilah berkat usaha doa semua , bantuan ustaz ustazah juga la aku boleh mencapai tahap kepuasan la kira kan , bagi aku memang tak boleh dapat keputusan yang baik macam tu tapi Allah menentukan segala nya , kedua dua exam sekolah agama yang besar tu aku lulus dengan baik . Tak sangka la ya .. aku lupa la ada nama jaid jidan , jaid , maqbul dan apa lagi entah .. kalau salah maaf ya .. tu adalah pengkelasan bagi gred A,B,C hahaha .. 

Jadi ? kepada yang mempunyai anak tu , hantar la mereka ke sekolah agama . susah dahulu senang kemudian . Yang tak pernah sekolah agama boleh je cari tempat2 menimba ilmu atau cari la ustaz dan ustazah yang boleh mengajar kita . Agama ni penting kerana segala hidup , perbuatan , berkait juga dengan hubungan Kita bersama Tuhan , dan kita akan tahu serba sedikit tentang agama .. 
kenangan paling manis paling pahit segalanya ada semasa aku bersekolah agama .. kalau la boleh putarkan masa nak je belajar semua balik sebab best sangat .. bye korang !

No comments:

Post a Comment

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...