Tuesday, 30 October 2018

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singgah port best ! 
tak sure lah sejak bila benda ni ada , tapi korang yang belum pergi boleh pergi rugi tak masuk yaaa ... sekali sekala apa lah salahnya kan ? hehehe


Haa .. pernah terfikir tak korang tak perlu pergi merantau jauh sangat sedangkan di malaysia pun banyak je benda dan tempat menarik , ini salah satu benda yang aku rasa korang kene try selfie and bergambar hahahaha .. seolah olah nak jatuh tapi tak lah . gila? kalau jatuh betul betul matilah anak orang . hahahahahaha ...




Okey lepastuh korang ada satu port dalam benda ni , korang boleh acah acah naik dan duduk hahahaha serius dia lawa sangat . macam dalam drama or movie kartun pulakkk . lawa beb ! aku rasa yang perempuan lebih jakun kot sebab benda ni banyak bunga . lelaki pun suka jugak kot hahahaha . bergambar lah disitu ya !




Lepastuh korang akan ada port yang dalam laut , ini gambaran sikit sahaja . nak tahu macam mana boleh datang sendiri ke sana hehehehe . gambar superb lawa beb !!




Lagi satu hat yang ni perempuan or pakwe makwe , family sekali pun ... tempat dia lawa dan menarik .. siapa nak ? boleh try yaa hahahahahaha ... macam frozen je rasa ..



Mesti lah tempat ni kena bayar , ini namanya , alamat cari la sendiri or waze hahahahaha . aku tolong promote tempat best jer .. bayaran rm25 per seorang dewasa . harga tu memang la ada kata mahal tapi masuk tak rugi sangat



Okey siapa minat bunga bunga matahari , serius aku suka sebab ni lahh buatkan gambar dan keadaan kita tu nampak sangat ..

SO KORANG APA TUNGGU LAGI ? CEPAT CEPAT PERGI AJAK MAK BAPAK ADIK KELUARGA KAKAK ABANG . PENANG , UTARAA SANAAAA

Lalu Di Kawasan Kubur Pagi Buta

Okey korang mesti nak tahu apa yang aku nak story untuk blog kalini ?
ya semestinya kisah seram yang pernah aku lalui dengan family . benda ni berlaku sangat pantas dan sekelip mata dalam sedar tak sedar tapi mestylah perasaan takut tu takpayah nak cakap kan?

Okey kami masatu, otw balik ke kampung so macam biasa aku duduk di belakang seorang je kot .. so mak ayah di depan .. dekat satu jalan ni .. dia tak la seram or gelap tapi dia ada lampu yang samar samar je untuk terang tempat tu. Laluan jalan raya mcm biasa tak la seram mana.

Kawasan tu kubur islam, so kubur orang lama lama lah .. kereta aku berada di jalan dan kubur di sebelah bahu jalan kanan kami . masatu pagi kot .. memang kami je yang lalu dan sunyi lahh hahaha rumah orang langsung tiada .

Kiteorang pun terus lah perjalanan sampai di area kubur tu, mak ayah aku kata .. kereta kami seperti di baling batu batu kecil dan ianya berbunyi la kat cermin tingkat sebelah kanan kan ? tapi benda tu tak ada..just dapat rasa dan bunyi real sangat . dari arah kubur islam tu lah batu batu kecil terasa di lemparkan ke cermin kami. yang peliknya?

ayah aku kata jalan yang bersebelahan kubur tu pendek je kiranya jalan sikit dah bole lepas dari kubur .. tapi .. kami yang dalam kereta dan ayah aku yang memandu tu terasa lama sangat dari tadi jalan di sebelah kubur padahal dh berapa minit boleh je lepas dari area tu .

hahaha srsly pelikk kan? perasaan kami jangan cakap lah mesti lah seram sejuk wehh .. tapi kami tetap lalu jugak walau takut tu .. pagi pagi buta kottt . itulah pengalaman yang aku nak share

Yang pasti kampung aku di pahang so laluan dia area bentong or raub tak silap . byee taknak cerita lebih lebih !

Sunday, 7 October 2018

Pukul 5 pagi main ketuk-ketuk

Hai semua .. apa khabar? biasalah sejak jarang ada wifi dan jarang nak update dekat blogger ni ira mintak maaf sangat ya...dahh lah busy nak update watpad lagi kan? sebab memang minat sangat dengan cerita pendek or novel bagai .. idea dan penulisan semua sendiri en 100% tak tiru ..

aku ada benda nak story dengan korang ni , korang tahu tak ? semalam kan aku berniaga hantar makanan ke customer lewat malam sampai ke pagi sebab runner lewat la apalah ..
nak tahu tak sesuatu kejadian yang berlaku kira kira nak dekat azan subuh laung ?

aku ni kawasan perumahan memang dekat dengan kubur islam dan kafir , jadi paham paham lah kalau kawasan puaka legend hahahhaa .. okey macam ni , bapak aku tengah nak parking kereta kami yang baru je sampai situ kan .. so ada lagi satu kereta kami , bapak aku keluarkan dan letak tepi laaaa untuk parking kereta yang besar sikit ni , so mak bapak aku stay je dalam kereta yang diorang nak park ni ..

Kereta yang kecik bapak aku start enjin dan biar tepi lagi satu tu ... aku pergi la masuk situ dan duduk sorang2 kiranya macam jaga kereta ahhahahaha .. sementara tunggu dorang parking , aku je dlm kereta tu sorg , aku rasa sunyi sebab radio x pasang pun ...

tiba-tiba aku dengar bunyi orang ketuk tingkap sebelah kiri aku , aku macam emmmm diam jela sebab maybe angin or apa .. tapi aku perhati tak ada apa apa cuma bunyi masih ada

lepastuh .. aku terbaca la di mulut bismillah , tu jela yang keluar .. bila aku baca jee .. terus bunyi tu lepas .. aku macam ? blurrr jeee weh sebab benda tu macam blah bila aku start nak baca apa apa . walaupun yang keluar dari mulut hanya bismillah

hmmm . apa benda la ya ? naik seram aku ahhahahahaha

Tuesday, 25 September 2018

Berpakaian Tetapi Tidak Sebenarnya

haii semuaa .. Thankyou siapa masih baca dan follow blogger ira .. sorry jarang jarang update sebab wifi takder harapkan hotspot je .. hahaha

Okey today nak share pasal perempuan yang memakai pakaian tetapi nampak macam tak pakai apa apa paling penting sekali kita ni yang agama islam kene sopan dan menutup aurat.

Okey aku juga tak sempurna tapi mungkin boleh share benda benda yang logik dan membuatkan korang si perempuan dan siapa ada isteri tu haaa boleh nasihat secara baik ya?

1. Cuba kalau tak pakai tudung tu, elakkan memakai kain yang pendek singkat sangat? tahu tak? pandangan lelaki ni memang lah kadang macam tak de apa tapi mereka punya fikiran dan pandangan tu kau sendiri tak boleh bayang macam mana.

2. Pakailah tudung ke selendang ke apa apa sahaja janji tutup kepala tak nampak jarang dan menutup la labuh kan sikit hingga ke bawah dada. Perempuan kena fikir, awak rugi ke mereka yang rugi ye kalau freeshow macam tu je? fikir balik.

3. Nak fesyen boleh, sebagai orang islam. Perempuan memang tak boleh lari dari perhiasan or berhias ni. Kenapa mesti susahkan diri nak solek terlampau fake semata demi cantik? korang !! besederhana lah ya. Niat or nawaitu kita ni penting tau. Cantik cantik sampai unsur penipuan palsu semua buat apa? bulu mata palsu, kening palsu ! eh kening apahal palsu? sebabnya kau takde kening tapi orang tengok ehh lawanya ada kening. kan menipu tu hahahaha.

4. Solek boleh bukan tak boleh tapi kena faham. Kita ada agama kan? solek sampai buat lelaki ghairah ni kenapa? solek lah biasa biasa. cukup sekadar muka nampak okey dan tak pucat. jangan jadi zombi ! lelaki gelak je nanti.

5. Pakai tudung ke apa ke dah comel dan labuh kan? jangan susah kan diri anda untuk ikat atau buat sanggul tinggi tinggi ye. please? hodoh sangat macam unta punya tu. Tk perlu pakai sehingga menampakkan bonggolan macam tu. Tak kemas pun.

6. Besederhana lah dengan setiap solekan, pakaian, jangan lah sexy. Sexy ni pakai skirt pun boleh kata sexy, pakai ketat ketat? lagi sexy. nampak bentuk badan kenapa? macam tak nice lah yangg, cuba pakai longgar sikit. orang pun nampak sopan jer..ketat ketat buat apa? sesak nafas ja..


Sekian nasihat dan pesanan untuk diri sendiri juga, sila komen kalau nak cakap apa apa ya terima kasih banyak banyak !!

Thursday, 13 September 2018

*Aku Penulis Cerita Pendek*

Hai semuaaa , apa khabar? lama sangat rasanya tak update di blogger sebab busy final exam la apala hehehe so kali ni iraa nak share dengan korang pasal Watpadd yang ira selalu update story pendek-2. so sesiapa minat membaca ? silakan lah yaaa..

Boleh search Watpadd Zirastereox98 !! jangan lupa baca dan ikuti kisah kisah yang ada..
sebenarnya baru 2 cerita dah update, bukan hari hari ada masa typing ni hahaha so kadang kadang je update tapi bukan cerita cinta je yeeeee...

byee korang pendek je penerangan untuk kali nie .. hope korang ikuti la ya wattpad ira !

Thursday, 7 June 2018

Tiada / Ada Pendidikan ?

haii semua hello hello hahaha Assalamualaikum semua .. korang okey ke tak ? maaf sangat sebab busy dengan ada kerja sikit so macam tak berapa nak update blogger sangat ..
So harini nak buat story yang ada kaitan dengan blog sebelum ni tapi lebih kepada menasihati antara satu sama lain okey ..

So ? Jom Start !
kalau kita sebagai seorang remaja / meningkat dewasa / masih di bangku sekolah .. itu bermakna perjalanan hidup kita belum bermula .. bagi yang mak ayah masih tanggung la haha so korang mesti pelik apa lah cerita aku untuk tajuk kali ni kan ? hahaha aku nak bagitahu satu pendapat yang aku rasa boleh di share kan dengan orang lain ..

Kita baru setahun jagung hidup dengan keadaan sekolah , mak ayah kasi duit , kita tak akan paham macam mana perit dan susah nya nak dapat duit yang banyak dan boleh bertahan serta menyimpan .. tidak pula maksud aku menyuruh semua orang mesti belajar tinggi-tinggi supaya hidup tak susah kalau tiada pendidikan , pernah tak yang agama islam ni dengar orang cakap apa ? rezeki itu kita tidak tahu .. sedangkan manusia yang bermula perniagaan tepi lorong tidak mampu menyewa tempat untuk niaga pun kadang kadang dengan berkat usaha sabar itu la dia berjaya membuka kedai nya sendiri , membuka cawangan beberapa tempat . so nampak ? bukan la pendidikan menjamin kan sangat cuma dengan kelayakan mungkin akan lebih cerah sedikit masa depan tu

aku sarankan kepada yang tak minat belajar , rajin rajinlah berusaha demi mendapatkan sesuatu yang berhasil untuk diri sendiri .. bayangkan satu hari tiada lagi orang yang akan menanggung kita ? siapa akan beri kita makan? tempat tinggal? jadi sebelum semua nya musnah dan diri kita yang hanyut di bawa arus .. lebih baik usaha dari membuang masa .. aku pun tak gemar belajar . nak kata pandai tu tidak lah cuma memang aku ada sambung belajar dan ada sebab kenapa pilihan sambung pendidikan itu aku pilih . bagi ibu bapa yang susah .. mesti la anak anak pun taknak pergi belajar tinggi-tinggi sebab takut dengan bayaran pinjaman lagi ye kan ? hahahaha
percaya lah pada diri , berdoalah pada tuhan masing-2 dan bagi islam mintak lah kepada Allah kerana Allah sentiasa ada untuk hamba hamba dia .. pendapat aku pada yang bernasib baik boleh bersekolah semua tu teruskan pelajaran kau sampai SPM kemudian kalau rasa taknak masuk dalam bidang belajar .. cukup lah kau ada sijil dalam diri kau .. kemana kau pergi pun orang akan tanya ada sijil apa ? pengalaman ? dan lain-lain .. bagi yang tak bernasib baik tak bersekolah .. bukan maksud korang tak boleh berjaya tapi cuba usaha sedikit demi sedikit , buat dengan sungguh sungguh dan rezeki serta tuah akan berpihak dengan anda .. kita kalau usaha tak semestinya apa kita nak terus dapat .. dunia ini adil .. usaha adalah sangat memerlukan masa .. jadi tak kira la berapa tahun sekali pon .. cari jalan penyelesaian untuk hidup korang okeyy !

yang mahu sambung belajar .. mungkin kerana minat atau inginkan masa depan yang lebih baik .. boleh la teruskan .. ikut lah kemahuan anda yang anda rasa bidang itu memang pilihan hati anda , jangan sesekali sambung belajar ikut kawan kita sebab .. belum tentu kita boleh berjaya kalau niat di hati bukan belajar tapi sekadar suka suka .. buat habis duit saja .. bagi yang tak sambung belajar .. cari la inisiatif untuk keuntungan , keperluan diri sendiri .. jangan sia sia kan masa , tenaga , akal , minda dan sifat sempurna mempunyai kaki tangan semua yang boleh bekerja ini .. kesian kan diri kita .. kita harus memilih jalan yang terbaik , tiada pengalaman pun tak bole go , tiada pendidikan langsung pun susah nak go , apa lagi hal hal lain .. hahaha

# Jadi nasihat aku kepada kawan kawan dan diri aku juga .. jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek sekelip mata namun satu hari dalam tidak sedar .. kita akan merasai, merasa sendiri hasil usaha penat lelah kita selama ini .. THANKYOU UNTUK BACA BLOGGER INI JANGAN LUPA KOMEN YA KALAU ADA APA APA . BYE

Thursday, 24 May 2018

"Kau Bayar Dulu HeHeHe"

hai haii , jom kita teruskan dengan tajuk ke-2 ira .. ini mesti korang semua tahu kan ? kalau ira cerita nanti korang akan tahu juga sebab jalan cerita ni ramai juga pernah lalui , bukan kita sahaja tapi termasuklah orang orang sekeliling ..

Okey pernah tak dan selalu tak korang keluar dengan kawan kawan ? tak kira zaman sekola la dah habis skolah ke sama je .. mesti ada .. lelaki or perempuan memang la akan ada masanya dengan kawan kawan juga hahaha ye kan ? so .. bila pergi makan , isi minyak motor , tiket wayang , apa apa jelah .. lagi lagi naik grab ke haaa taxi ke uber ke !! memang confirm confirm kita atau kawan kawan kita bersikap suka orang lain keluarkan duit dulu barulah dia keluar kan duit balik , maksud nya pulangkan la sebab orang dah bayarkan tadi hahahaha ..

Kita ni ada beberapa jenis manusia .. kategori dan macam macam .. ada segelintir tu cuba korang tengok perangai dorang ? kalau bayar , suruh kita hulur duit dulu nanti dia ganti balik , so mesti ada kawan jenis baik hati haa bayarkan je dulu hahahaha .. TAPI ADA PULAK JENIS DAH SURUH BAYAR DAH KATA NAK GANTI BALIK TAPI TAK GANTI GANTI ALASAN NYA LUPA LUPA LUPA !!

lepastu ada pulak jenis . suruh bayar dulu kemudian dia bayar balik .. bagus yang bersikap mcm ni .. tak baik kita suka suka kikis duit orang .. kita pun taktahu betapa susahnya kawan kita nak dapatkan duit untuk keluar lagipon kalau orang tak ikhlas .. kita juga dosa tau .. tolong la ya sapa sapa yang guna duit orang lain dulu tolong alert sikit bayar lah balik .. tak semua orang suka bila kita cuba mempermainkan orang .. bila orang dah terkena sekali confirm dia taknak bayarkan untuk kita lagi sebab ? sebab nya dia tahu kita jenis tak bayar balik ahhaha .. atleast korang keluar sama sama , jangan la susahkan siapa siapa .. kalau orang buat kita pun belum tentu kita suka haha .. senang kan ? jangan rumitkan benda yang mudah ok !

" kau bayar la dulu , nanti aku kasi duit balik ya " ayat yang biasa tapi kalau kene kencing sia sia hidup hahahaa siapa tak paham sorry okey .. sapa paham bagus la .. melainkan orang tu sendiri kata dia nak belanja .. jadi .. tak salah la kalau kita tak bayar balik sebab niat dia memang untuk belanja .. ini orang tu tak kata nak belanja , kau suruh dia guna duit dia dulu ja nanti kau pulang balik tapi kau buat macam dia belanja haha memang lain kali kifarah tu ada , karma tu ada , memang orang lain kencing kau kikis duit kau balik eh hahahaha

# kepada semua yang baca , ira sendiri pun selalu suruh kwn bayar dulu sebab tak ada duit pecah , tak cukup duit , dan kawan kawan ira pun mcm tu dengan ira , tapi ? bayar la balik , kalau terlupa sekali pun tanya dengan kawan kita keluar tu ada tak duit yang kita terpakai dari dia .. senang kan ? jangan cari jalan untuk orang menjauhi kita namun cari la jalan orang sentiasa ingin mendekat kerana budi baik kita .. tq semua sebab support nanti ira sambung kisah dan pengalaman serta benda yang boleh kita ubah ya ! byeeee

Panik Tapi Ada Ganjaran

Assalamualaikum dan haii semua ! thankyou ya pada siapa yang sudi baca blogspot iraa .. lama tak update bukan sebab malas tulis haha tapi ada kerja urusan lain so takde kesempatan nak berblogspot dengan kawan kawan iraa ni ..  Haa apa khabar tu ? sihat ke ? Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ya kepada umat islam .. puasa ok jangan x puasa hahahaha ..

so pada you alls .. harini mood rajin nak throwback kembali kenangan lama masa zaman zaman belajar nie , biasalah kalau kenangan mesti ada dia punya sad story and happy story kan ? tajuk kali ni memang agak berbeza tapi ira just suka suka nak share dengan semua ok ..

Jom start , kalau kata pasal belajar je confirm ada assignment kan ? haha betul ke ni ejaan entahlaa . lantak je .. so lecturer korang mesti akan kasi tugasan untuk disiapkan dalam jangka masa yang tak menentu kadang tempoh diberi terlebih cukup masa , kadang kadang tak sempat buat pun sebab tempoh sekejap sangat dan macam macam lagi hahahaha ..

tengok la pada keadaan seseorang tu .. tempat belajar , dan bidang apa dia ambil .. okey nk share antara pengalaman yang aku rasa sangat sangat panik masatu haha aku baru la belajar situ kira nya batch aku tak mahir lagi dengan semua kerja , dengan nak guna excel lah power point la word la .. kiteorang memang tak pandai lagi hahahaha so masatu diberikan tugasan .. tugasan dia mintak mcm 3 or 4 perkara sahaja tau .. TAPI DIA PUNYA DALAM 3 ATAU 4 PERKARA TU SEKSA NAK OIII !! haha banyak sangat bende kene buat .. masatu dah lah taktahu mcm mana copy sebab lecturer warning awal2 sapa copy memang reject terus . jadi kami budak baik kan ? tak copy HAHAHAHA PERASAN ! okey kembali pada story akuu ..
3 hari diberi masa untuk siapkan , masani lah satu kelas aku dah mula serabut haha dengan idea yang satu apa pon tk ada dalam kepala , dengan kerja individu bukan by group , dengan kene present depan semua orang , dengan kau taktahu apa apa cara nak buat hahahahhaaha !!

Okeyy seterusnya , kami pun mula sibuk balik je hari jumaat kelas half day je so balik2 .. aku dah mula pikir nak buatt semua idea semua , so di ringkaskan cerita nya satu kelas busy dengan kerja lecturer aku tu , dia dah la garang hanya tuhan ja tahu perasaan kami haha .. so masa makin berlalu .. setiap masa kami update dalam group whatsapp untuk maklumat dan perkembangan masing2 hahaha .. sampai kan kami ni tak tidur malam , mata bengkak , demam demam budak budak kelas aku termasuk la aku , sampai kami rasa nak pecahh dah ni otak , sampai rasa menangis semua ada nak menunggu hari isnin depan tu hahahaha kau bayangkan ? kami cuti macam tak cuti , serius kelam kabut sangat keadaan hahaha huru hara , sampai bertekak pun ada . aduhaii ..
tapi ? dalam kepayahan tu , dalam usaha , dalam doa kami .. redoo jela apa berlaku pun hahaha student kan kalau tak kene marahh tak sahh laa , so tiba la hari tersebut , ramai juga siap kerja diberi tu semua muka macam sampah haha bukan la kutuk , tapi maksud aku semua muka sangat sangat letih , kusut , mata sembap .. ada yang demam .. sebab punca kerja terlalu banyak dan kami tak berapa nak faham lepastu perahh otak tenaga hahahaha .. so ada la yang tak siap tu siapkan dalam kelas , tiba lah kita story pasal presentation depan lecturer dan kawan kawan kelas .. hanya tuhan ja tahu mcm mana perasaan takut aku haha sebab aku dah pemalu lepastu takut dengan jawapan or jalan kerja macam tah apa apa haha .. so semua present aritu , haritu juga lecturer habis habisan maki , habis habisan reject semuaaaa punya kerja termasuk la aku , kalau print kertas kat kedai , tak habis rm40 tak sah la , aduhhh .. dia tolak camtu ja dah la kami kene marah haha kene komen semua tapi normal la kan .. TAPI BERKAT KESABARAN , OK YANG NI AKU CERITA TENTANG APA LECTURER KOMEN PASAL AKU HAHA , alhamdulilah kerja aku memang kene reject mentah mentah dengan salah ejaan pagi pagi buta type kau rasa ? hahahah dengan space yang lari dan macam macam , tapi lecturer okey bila aku present dia kata dia faham dan aku terangkan dengan baik walau pun nampak kt situ takut aku getar getar hahaha

so , ada kawan kawan aku yang lain lalui apa yang aku lalui ada yang kerja ok kerja tak ok , present tak ok , present ok .. biasalah kami memang tak la pro mana pun .. so hati sedih kene reject lepastu sedih sebab kerja banyak banyak tu kene buat yang baru dan di tambah lagi kerjanya ahahaha

# pada kawan kawan yg baca blog ni , ira type bukan suka suka .. ira nak share . walaupun lecturer kasi kita kerja banyak dan tempoh tu kita fikir logik memang tak boleh nak siapkan pun .. takpe .. cubalah buat kerja jangan biarkan , usaha tangga kejayaan geng , tuhan nampak usaha kita .. bagi aku .. biarlah kita salah , silap , kita boleh belajar .. yang penting ada usaha jujur pada diri .. buat apa bersikap angkuh dan sombong sedangkan pelajaran kita entah kemana .. apa yang cikgu lakukan mungkin bagi kita tidak bagus dan susahkan orang .. tapi hakikatnya dia sedang melatih diri kita untuk terus melangkah kerana skop kerja pada masa akan datang akan kita lalui semua ini jugaa ..

Monday, 7 May 2018

3 Tips Nak Murah Rezeki ! Rugi Ya Tak Baca

Kepada yang setia membaca blogger ini amatlah ira mengucapkan terima kasih bebanyak ya ..
Kali ni special sebab ira nakk share mcm mana kita ni kerja bertungkus lumus dapatkan rezeki namun rezeki sentiasa cukup malah kdg kdg tu berlebihan dan boleh simpan ..

Haa jadi kalau nak tahu ? Jom Kita Mulakan Dengan 3 Tips Ini :

1) Beri duit kepada kedua ibu bapa kita ..
sebab ? dengan izinya tuhan .. murah lah rezeki kita sebab tak putus putus sentiasa terasa seperti duit ada dalam tangan , kalau tetap tak ada duit , mungkin rezeki dari segi kesihatan dan bermacam lagi yang tuhan beri tapi kita tak sedar ..


2) Sedekah kepada orang , masjid atau apa apa sahaja
sebab ? sedekah tidak semestinya dari segi kewangan , tenaga juga di anggap satu sedekah .. yang penting ikhlas menolong atau menghulurkan bantuan kepada orang lain .. Dengan izin tuhan pastinya akan murahlah rezeki kita nanti ..


3) Berikan makanan kepada kucing ..
sebab ? kucing kan kesayangan Nabi , jujur la kan aku takut or tak biasa dengan kucing tapi pernah la beranikan diri juga beri kucing makan .. sekurangnya dia akan doakan kita .. kita kene tahu dalam rezeki kita ada rezeki orang lain .. semoga tak putus rezeki yang tuhan beri kepada kita



# So pada yang nak rezeki tak putus boleh try tips ni mana tahu ada perubahan dalam kehidupan anda hahaha , bukan sahaja rezeki dapat , pahala sekali dapat .. semoga kita semua menjadi manusia yang baik tapi tiada manusia yang tak pernah melakukan kesilapan atau suci tak buat dosa .. tapi buat lah kebaikan mana mampu selagi bernyawa ya .. Allah swt sentiasa melihat anda semua termasuk saya .. semoga kita semua dapat membuat tips tips berikut yaaa bye korang ..

Jom Tahu Jenis-Jenis Air Mutlak

Hai semua ! hari ini mood ira nak share dengan kawan kawan yang tengah baca ni tentang Apa Itu Air Mutlak? Ada Berapa Jenis? Jadi .. kalau korang taktahu boleh la kita belajar kembali bersama sama hahahaha .. macam mana mood hari ini ? baik ke ? okey ke ? Just Komen yaaa kalau nak bagitahu apa apa . 

Jom Start ! apa tu air mutlak ? haa kalau korang nak tahu air ni ialah air yang suci lagi menyucikan yang kekal dengan sifat asalnya , kejadian yang memang Allah swt dah ciptakan untuk semuaaa makhluk di dunia ini tau ..

Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak , sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud 
= Daripada Abu Hurairah r.a.h katanya , seorang badwi lalu terkencing di dalam masjid , kemudian para sahabat pergi mencegahnya , lalu Rasulullah saw bersabda , biarkan dia dan curahkan la di atas air kencingnya setimba air , sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyuisahkan


Ada Berapa Jenis Air ya ? Ada 7 yaaaa ...

1. Air Hujan

2. Air Laut 

3. Air Sungai 

4. Air Telaga 

5. Air Embun

6. Air Mata Air 

7. Air Salji

Okey selepas blogger ini ira akan beritahu tips tentang perkara yang semua orang nak tahu ! jadi tips ini ira share kan kepada pembaca setia blogger ira ya ? thankyou sebab mengikuti perkembangan Zirastereox .. 

So kepada korang yang keliru apa itu air mutlak , lepasni dah bole tahu serba sedikit ya .. gunakan air bersih suci ini untuk ambil wuduk , menjalankan apa perlu dalam seharian kita .. serta boleh membersihkan / menyucikan diri dari najis atau kotoran .. 

Kisah Nabi ( Ringkas )

Selamat pagi semua .. Mulakan pagi anda dengan senyuman yaaa , Assalamualaikum kepada yang beragama islam dan bagi yang bukan islam .. salam sejahtera yaa ..

Okey semua ! ini hanya serba sedikit dan ringkas seringkasnya tentang kisah nabi , aku pun belajar dan korang pun boleh la tahu apa yang tidak tahu .. InsyaAllah apa yang maklumat aku bagi ni betul .. kalau ada salah maafkan saya ya .. saya cuma cari beberapa info dan try masukkan di blog saya .. saya juga manusia akan ada silapnyaaa ..

Jom Start ! hehehe

1. Nabi Adam ialah Manusia yang pertama - asal dari tanah - isterinya Hawa - tinggal di syurga dan hidup lebih kurang 930 tahun - mempunyai kisah dimana seorang yang taat kepada Allah manakala seorang lagi membangkang apa yang di larang Allah SWT

2. Nabi Idris ialah keturunan Nabi Sits as - Menerima 30 suhuf untuk disampaikan kepada umatnya
 ( wahyu kalau tak silap ) - Keturunan Qabil yang derhaka - orang pertama pandai menulis ,
membaca , tahu tentang ilmufalak , serta mahir dalam jahit-jahitan

3. Nabi Nuh ialah keturunan Nabi Idris yang diutus Allah kepada kaun kafir - mereka ingkar kemudian kafir tenggelam akibat banjir yang besar - Baginda berdakwah siang malam - Kebanyakkan umatnya ingkar termasuk isteri dan anak lelaki baginda - Kemudian orang yang beriman dapat menaiki bahtera Nabi Nuh dengan selamat - Gelaran nya " Najiyullah "

4. Nabi Hud ialah Nabi yang diutuskan Allah kepada kaum a'ad - menyembah patung dan akhirnya ditimpa seksaan ditimpa badai dan udara yang dingin - 8 hari 7 malam - Nabi Hud berusaha menyuruh menyembah Allah namun mereka mempersendakan nyaa

5. Nabi Salleh ialah keturunan Sam Bin Nuh - Diutus Allah kepada bangsa tsamud selatan palestin - Budaya tinggi namun sembah patung dan dewa - Mereka ingkar akan suruhan Nabi Salleh untuk menyembah Allah - Balasan mereka - hari pertama wajah mereka kuning - hari kedua merah - hari ketiga menjadi hitam - Akhirnya disambar petir dan mereka kufur kepada Allah dengan menyembah berhala - Takbur kemudian Allah musnahkan mereka dengan pekik kan suara kuat dari langit - dan gempa bumi dahsyat

6. Nabi Ibrahim ialah Nabi yang diutuskan Allah kepada kaum namrud - negeri babilan dan lebih kurang 4000 tahun sebelum masihi - Allah datangkan mereka tentera nyamuk - Kaum yang menyembah berhala dan anggap diri tuhan - lahir di (iraq) - Nabi seorang yang bijak berfikir dan gelaran " Khalillulah "


7. Nabi Luth ialah saudara Nabi Ibrahim - kaum di negeri sadum - penduduk dikenali laut mati di jordan - amat derhaka dan buruk budi perketi - merompak / liwat dan Allah terbalikkan negeri mereka dan turunkan hujan batu serta binasalah mereka


8. Nabi Ismail ialah bangsa arab yang , negeri yaman - mereka tak mengenali agama islam - diperintahkan puasa, bayar zakat, tunai haji, Nabi Ismail diperintahkan Allah dirikan kaabah di makkah

9. Nabi Ishak ialah anak kandung Nabi Ibrahim - diutus di negeri kan'an dan sembah Allah - ajarkan tauhid - bayar zakat - puasa - tunai haji - Ishak kahwin bersama Rifka - dimakamkan di hibrun, palestin

10.  Nabi Yaakub ialah diutus di negeri kan'an mengajar kaumnya supaya sembah Allah, - Baginda wafat dalam usia 148 tahun - dimakamkan di hibrun bersebelahan makam bapanya - Nabi Ishak

11. Nabi Yusuf ialah diutus kepada bangsa mesir - seorang raja / dasar perintah adalah islam - wafat 120 tahun - dimakamkan di tepi sungai nil - penyabar / tabah hadapi dugaan - pemaaf penyayang dan sangat hormat kepada kedua ibu bapa - kacak dan bijaksana

12. Nabi Ayyub ialah diutus ke negeri Rom - qafat 93 tahun lebih kurang mcm tu - suka bantu fakir miskin - amat bertakwa - Allah uji dengan kemusnahan harta , mati anak kemudian hidap penyakit berat bertahun - Sabar , teguh - Allah pulihkan kemudiannya , Kembalikan nikmat hidup


13. Nabi Zulkifli ialah raja/nabi - wafat 95 tahun - dimakamkan di nopoli dan penduduk damsyik nama asal , basyar (sabar, bijak, mengatur waktu)

14. Nabi Syuaib ialah ramai kaumnya tak beriman - ditimpa bencana gempa bumi dan kepingan awan panas - Kaum amalkan sikap kurang timbangan / sukatan dalam jual beli

15. Nabi Musa ialah kaum bani israel - sembah patung - anak sapi yang dipelpori di samiri - dapat kitab taurat - Telah diperintahkan Allah utk dakwah firaun tetapi firaun menentang - akibatnya - tentera , firaun mati lemas tenggelam didalam laut merah

16. Nabi Harun ialah Saudara Nabi Musa , Fasih berbicara

17. Nabi Daud ialah diberi kitab zabur wafat pada usia 100 tahun - dimakamkan di palestin dan memiliki suara yang merdu - melembutkan besi dengan tangan untuk baju perang - raja yang adil , bijak - membina kota baitulmaqdis

18. Nabi Sulaiman ialah nabi yang dapat kuasai semua mahkluk jin , haiwan - paham akan bahasa binatang - boleh perintah jin dan angin - berjaya islamkan Ratu Balqis dan berkahwin dengan nya

19. Nabi Ilyas ialah keturunan Nabi Harun - rasul di negeri balbik di lebaran selatan kerana ramai orang sana sembah berhala - ditimpa musibah gempa yang dahsyat

20. Nabi Ilyasa ialah diutus kepada bani israel - bangsa yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah - sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelusuk - di kutuk , di hina oleh bangsa yang lain

21. Nabi Yunus ialah nabi yang diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun

22. Nabi Zakaria ialah diutuskan kepada bangsa yahudi - dibunuh kepala baginda dipenggal dan nabi yahya dibunuh keduanya mati syahid

23. Nabi Yahya ialah sama dengan kenyataan nabi Zakaria

24. Nabi Isa ialah lahir dari tubuh maryam yang tiada bapa - beliau mendapat kitab injil yang melengkapi kitab taurat / zabur . Sila rujuk kisah yang selebihnya di google

25. Nabi Muhammad ialah  Keturunan Nabi Ismail , diberi kitab alquran - Nabi kita - Sila rujuk kisah selebihnya di google


OKEY SEMUA , PLEASE SHARE RAMAI RAMAI UNTUK KORANG TAHU SERBA SEDIKIT TENTANG NABI KITA YA , KALAU ADA TAK BETUL MAAFKAN SAYA .. SAYA KONGSI SERINGKASNYAAAAAA ... BYE KORANG !!

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...