haii semua hello hello hahaha Assalamualaikum semua .. korang okey ke tak ? maaf sangat sebab busy dengan ada kerja sikit so macam tak berapa nak update blogger sangat ..
So harini nak buat story yang ada kaitan dengan blog sebelum ni tapi lebih kepada menasihati antara satu sama lain okey ..
So ? Jom Start !
kalau kita sebagai seorang remaja / meningkat dewasa / masih di bangku sekolah .. itu bermakna perjalanan hidup kita belum bermula .. bagi yang mak ayah masih tanggung la haha so korang mesti pelik apa lah cerita aku untuk tajuk kali ni kan ? hahaha aku nak bagitahu satu pendapat yang aku rasa boleh di share kan dengan orang lain ..
Kita baru setahun jagung hidup dengan keadaan sekolah , mak ayah kasi duit , kita tak akan paham macam mana perit dan susah nya nak dapat duit yang banyak dan boleh bertahan serta menyimpan .. tidak pula maksud aku menyuruh semua orang mesti belajar tinggi-tinggi supaya hidup tak susah kalau tiada pendidikan , pernah tak yang agama islam ni dengar orang cakap apa ? rezeki itu kita tidak tahu .. sedangkan manusia yang bermula perniagaan tepi lorong tidak mampu menyewa tempat untuk niaga pun kadang kadang dengan berkat usaha sabar itu la dia berjaya membuka kedai nya sendiri , membuka cawangan beberapa tempat . so nampak ? bukan la pendidikan menjamin kan sangat cuma dengan kelayakan mungkin akan lebih cerah sedikit masa depan tu
aku sarankan kepada yang tak minat belajar , rajin rajinlah berusaha demi mendapatkan sesuatu yang berhasil untuk diri sendiri .. bayangkan satu hari tiada lagi orang yang akan menanggung kita ? siapa akan beri kita makan? tempat tinggal? jadi sebelum semua nya musnah dan diri kita yang hanyut di bawa arus .. lebih baik usaha dari membuang masa .. aku pun tak gemar belajar . nak kata pandai tu tidak lah cuma memang aku ada sambung belajar dan ada sebab kenapa pilihan sambung pendidikan itu aku pilih . bagi ibu bapa yang susah .. mesti la anak anak pun taknak pergi belajar tinggi-tinggi sebab takut dengan bayaran pinjaman lagi ye kan ? hahahaha
percaya lah pada diri , berdoalah pada tuhan masing-2 dan bagi islam mintak lah kepada Allah kerana Allah sentiasa ada untuk hamba hamba dia .. pendapat aku pada yang bernasib baik boleh bersekolah semua tu teruskan pelajaran kau sampai SPM kemudian kalau rasa taknak masuk dalam bidang belajar .. cukup lah kau ada sijil dalam diri kau .. kemana kau pergi pun orang akan tanya ada sijil apa ? pengalaman ? dan lain-lain .. bagi yang tak bernasib baik tak bersekolah .. bukan maksud korang tak boleh berjaya tapi cuba usaha sedikit demi sedikit , buat dengan sungguh sungguh dan rezeki serta tuah akan berpihak dengan anda .. kita kalau usaha tak semestinya apa kita nak terus dapat .. dunia ini adil .. usaha adalah sangat memerlukan masa .. jadi tak kira la berapa tahun sekali pon .. cari jalan penyelesaian untuk hidup korang okeyy !
yang mahu sambung belajar .. mungkin kerana minat atau inginkan masa depan yang lebih baik .. boleh la teruskan .. ikut lah kemahuan anda yang anda rasa bidang itu memang pilihan hati anda , jangan sesekali sambung belajar ikut kawan kita sebab .. belum tentu kita boleh berjaya kalau niat di hati bukan belajar tapi sekadar suka suka .. buat habis duit saja .. bagi yang tak sambung belajar .. cari la inisiatif untuk keuntungan , keperluan diri sendiri .. jangan sia sia kan masa , tenaga , akal , minda dan sifat sempurna mempunyai kaki tangan semua yang boleh bekerja ini .. kesian kan diri kita .. kita harus memilih jalan yang terbaik , tiada pengalaman pun tak bole go , tiada pendidikan langsung pun susah nak go , apa lagi hal hal lain .. hahaha
# Jadi nasihat aku kepada kawan kawan dan diri aku juga .. jangan sesekali berputus asa kerana kejayaan itu tidak akan datang bergolek sekelip mata namun satu hari dalam tidak sedar .. kita akan merasai, merasa sendiri hasil usaha penat lelah kita selama ini .. THANKYOU UNTUK BACA BLOGGER INI JANGAN LUPA KOMEN YA KALAU ADA APA APA . BYE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!
Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...

-
Assalamualaikum terlebih dahulu kepada semuaaa yang membaca dan bagi bukan islam haii hello ? Apa khabar ? ada baik ? jangan marah marah ya...
-
Korang mesti tak tahu aku ni dulu masa zaman skolah menengah sejak form 1-5 adalah Ahli Kelab Dikir Barat untuk persatuan yang kokorikulum ....
No comments:
Post a Comment