Friday, 30 March 2018

Makan Duit Haram

haii semua .. hello ? jom ikuti kisah seterusnya dengan jalan cerita yang betul dan bukan rekaan .
Ambil la cerita ini sebagai pengajaran dan juga tanamkan sifat berhati2 serta jangan la sesekali nak menipu lagi2 atas hak orang lain ya ...

Pernah tau aku sendiri terkena dan lalui benda ni .. okey salah satu blog aku ada aku ceritakan bahawa aku seorang peniaga online .. tapi walau mcm mana pon tak pernah aku nak perlekehkan duit org lain .. haram beb ambil duit org .. kau fkir dia guna airliur? siang malam kerjaa semata nak beli brg dia nak tuh tapi mudah nya kau makan begitu saja eh

Ok cerita dia start mcm ni , aku nak beli sepasang baju lelaki dan perempuan .. ini pun salah satu silap aku terlampau percaya kan kwn2 smpai aku sendiri merana .. masatu ada la sorg kwn ni promote dkt aku baju2 di akaun instagram seorang seller ni .. baju dia jual mmg lawa2 dan kene order dluu .. tapi tak ada aku nampak feedback . harga baju cecah RM100 lebihh . ikot design, kualiti dan saiz..

Seterusnya kan nak tahu tak apa berlaku? ni story yang ringkas2 tapi semua nya betul ehh .. aku whatsapp org tu , cakap nak beli semua biasalah kan sbb minat .. lepastu order berjalan lancar tapi seller tu tk guna pon gambar sendiri , dia guna gambar tulis2 mcm jual brg2 .. tu satu hal laa .. aku tak pernah kene kes menipu lagi tp bila sekali dah kena mmg aku ingat sampai mati dan langsung tak halalkan !

Aku bank in RM120 ye katanya free postage bagai ! aku pun semangat la dan semua nya ok , lpstu seminggu berlalu , minggu kedua berlalu .. aku dah syak was sangka time tuh tau .. aku tanya dorg yang terlibat .. "ada sampai brg tak? poslaju?" memang langsung tak ada ! ok start minggu kedua aku dah rasa mcm lemahh sebab baju tu penting aku nak hadiahkan ke someone hari special plk kan .. tapi tak ada jugak ! aku ni nak maki kwn tapi aku sabar lek lek .. sakit hati setiap hari ada .. brg x sampai2 lagi .. aku whatsapp lah si penjual .. banyak kali jugak aku kerap whatsapp dia . dia tak block tapi dia suka lambat2 balas .. dah la balas lambat kan lepastu suke suke mak dia je cakap " kalau brg tak sampai maaf eh saya tak bertanggungjawab !!" dia jwb mcm tu je weh? dia fikir aku ni apa ? duit tu dtg dari mana? aku susah tau dptkan harga setinggi tu ! senang senang eh tipu orang !

dah 2 , 3 kali aku tanya dia jwb mcm tu jee , zaman tu aku tak berani nak viral2 kan orgg . lepastu aku diam aku beli je dari org lain tapi yang penting seller lagi sorg ni aku cari sendiri tanpa minta bantuan siapa2 ! kawan aku tu beriye tanya "dah dpt ke weh baju?" mmg la aku ni menyirap je !

badmood aku , dah la no tracking poslaju tak bagi . jual mcm apa ! semoga bankrup ya . aku tak jahat tau tapi orang yang sng makan duit org ni mmg stupid sgt2 .. haha semoga tak kaya .. selepas tu aku belajar jangan mudah beli dgn mana2 seller online .. aku akan berhati2 .. dan paling penting .. selepas kejadian tu aku tak pernah lagi kene tipu sbb tak ada pulak kwn yang beri mana mana seller menipu . elok masuk longkang .

SO BERHATI2 LA YA . TAK SEMUA PENIAGA TU JUJUR . AMANAH DAN SEBAGAINYA TAPI TAK SEMUA MENIPU DAN MAKAN DUIT ORG YAA . BYE

Thursday, 29 March 2018

Hantu pukul 3.00 pagi

Pemberitahuan : segala story yang ditulis tolong ambik secara positif ya bukan negatif ! terima kasih banyak !

Haa okey kali ni nak cerita pasal kenangan zmn skola rendah mcm tu , umur tak ingat , di ringkas kan cerita masatu tengah pagi laa tengok tajuk da tahu kan? hahaha okey aku ni berada atas katil sambil tengok tv tapi mmg bosan juga sbb niat masatu nak tunggu ayah aku balik kerja ..

Mak aku tidur dkt bilik sebelah , so aku sorg2 je memang tak fkir apa tapi perasaan seram tu tiba2 muncul bila aku tgh mamai sambil usya tv tu .. lepastu pintu bilik aku ni terbuka mmg terus nampak ruang tamu tau .. nak di jadikan story nya ruang tamu sebelah tv ada 3 tingkap yang bole buka tutup yang di ubah suai tu kan tapi cermin tingkap berwarna gelap tu aku tak pasti la terbuka or tertutup .. rumah flat berdepan dengan kubur cina, kristian, islam .. so maybe waktu mcm tu aku tak patut berjaga

Dalam tiba2 sedar tk sedar , mata aku beralih ke pintu .. langsir pun terbang2 angin tiba2 ada .. lepastu aku tenung je langsir sambil mamai ngantuk juga sebab dh lewat kan .. TIBA2 DENGAN BANGGA NYA ADA SEORANG PEREMPUAN MUDA, TIADA MUKA, TIADA TANGAN,TIADA KAKI, APA AKU NAMPAK CUMA SEPASANG BAJU KURUNG PUTIH KOSONG DAN SELEDANG YANG DI TIUP ANGIN, !! okey terus terang masa aku nampak kelibat tu lalu aku diam tau sbb mcm tergamam pon ada .. macam ehh betul ke ? ke aku mimpi ? ha mcm tu ..

Lepastu aku pandang tv .. aku fikir " waktu mcm ni siapa plk? dh la pakai serba putih takde tgn ke muka ke semua takda" dan dia seolah2 tak memijak lantai .. seperti roh yang ditolak angin mcm tu sbb dia mmg tak ada kaki tau

Ok yang seram nya dia masuk bilik mak aku .. aku dengan otak budak budak lagi masatu hahaha dalam takut pergi juga lah ke bilik mak aku .. memang naik segala bulu roma aku beb .. bilik mak aku gelap .. aku pon kurang cerdik sbb tak on lampu hahahaha !

aku tengok mak aku okey nyenyak tidur .. tapi aku tengok perempuan tadi memang terus hilang mcm tu je .. taktahu nak pergi mana .. aku sebenarnya penakut ni .. tapi tak apala aku pun berdiri belakang mak aku .. mak aku tidur mengiring hadap ke belah lain .. so muka dia aku tk nampak .. aku nak kejutkan dia nak tanya okey ke tak ..

TAPI? AKU MCM TAK BOLE BUKA MULUT OR NAK SENTUH MAK AKU .. HATI AKU BERKATA ITU BUKAN MAK AKU DAN ADA ORG LAIN DI DALAM DIRI MAK AKU .. tapi aku taknak la cakap apa apa . bayangan dalam otak aku mata mak aku merah menyala .. hati tergerak nak panggil mak nak kejut tapi dalam masa sama aku tak buat pon . masatu aku cabut pergi bilik sendiri tutup pintu ..

Last2 aku taktahu jadi apa , aku bangun bangun je dah tengahari .. entah bila bapak aku balik pon aku tak pasti , aku terus diam tak story dekat siapa2 ..

Just nak share .. aku yakin apa aku nampak bukan sesuatu yang halusinasi , aku yakin benda tu mmg dia .. cuma yela aku tak jelas sgt .. dia seperti kelibat bayangan halus2 samar2 ..

KAN AKU CAKAP DAH .. IA WUJUD !! WUJUD BEB ! BYE

Makeup? Memang tak sedar diri

Assalamualaikum semua bagi yang beragama islam tu , Hai Hai ? Masih sudi baca blogger ini? sangat berterima kasih ya ! haha

Tajuk untuk diri sendiri sebenarnyaa.. aku teringin nak solek muka kasi lawa mcm kwn2 , majoriti kwn kwn aku yang rpt dan tak rapat memang pakai bedak , dorg punya simple natural paling tidak bedak , eyeliner , blusher , gincu , eyeshadow haha .. tu bagi dorang dh simple . ada juga yang tak guna bedak tapi pakai foundation haaaa gitu you alls !!

OK STORY nya aku memang tak tahu basic bersolek, apa yg aku tahu ialah pakai bedak baby johson tepek kat muka mmg dari kecik , skola rendah , skola menengah dan smpai la kerja semua tu ..
aku minat muka org makeup2 tapi bagi pendapat aku kalau guna makeup murah , pasarmalam .. bukan la kata tk bagus tapi aku tak berapa yakin sbb dia bole jadi tiruan kan ? kang benda bahaya tiba2 ada mcm mana ? siapa nak bela muka kau tu ? 

Teringin masuk kelas makeup tapi tak berkesempatan langsung , tapi ada org cakap kalau makeup2 sgt nanti kulit rosak la hilang seri la , muka akan jd kusam . tapi mmg sangat betul la sbb majoriti kwn2 aku yang bermakeup bila cuci muka mmg nampak kesan wajah tak bermaya bole di katakan pucat , haha sbb apa taktahu . tapi ada je makeup pun still lawa bila cuci muka kan . 

Malas komen lebih2 tapi apa aku tahu , makeup ada bagus nya ada juga tak bagusnya .. pendapat org lain2 so jangan kecam aku dulu beb .. pernah mak aku cakap dkt aku "pakai la gincu . muka kau dh la tkda bedak ke apa" bole dia cakap mcm tu? haha aku pakai bedak baby johson tau hahaha jangan gelak ! so satu hari tu dia belikan aku gincu , tak la gincu apa dia mcm lips untuk bibir merah2 jangan kering je , so start tu aku pakai bedak and lips tu jeee la kemana2 pon .

KALAU MINAT SOLEK , SUKA SOLEK NAMPAK MCM MANA? OK untuk aku , aku suka colour orange2, peach kot lah haha , aku tak suka pink2 merah2 ke apa .. atau over smokey bagai la kan memang aku tak berapa nak minat weh ..

Tapi apa apa pon aku teringin nak org makeupkan aku dan aku nak tengok cantik ke tak ni bila muka aku fake hahahahaha ! lwk jela hadoi ..

Tapi apa apa pon kebaikan dan keburukan setiap benda kita buat tu memang la ada, pendapat dan cara life masing2 la yee .. byee tu saja setakat ni

Tuesday, 27 March 2018

Tidur Dalam Kelas Budak Perempuan Rosak

Mesti pelik? kenapa rosak? apa kene mengena dengan perempuan? tiba2 je hahaha dkt sini aku akan share story lg psl cikgu jugaa .. tapi jangan salah paham setiap yang aku tulis bkan korang amek dari sudut "aku ni cuma tahu kutuk je" tidak ye bukan mcm tu !

Aku tulis takda niat perlekehkan seorang guru malah aku ada benda nak sampaikan dari aspek yang positif so selamat membaca kisah aku yang seterusnya ..

Ini berkenaan dengan budak2 zmn skola menengah je mesti ada kes ponteng la tido dalam kelas la what ever la .. setiap pelajar pndai ke tak pndai ke tetap ada degil dan nakal tersendiri tu pasal cikgu pening ahaha .. Ok ada cikgu ni tak kenal sgt tak tahu nama and tknak amek tahu psl dia tapi apa aku nak cakap ialah kata2 yg sangat mendalam dia pada aku dan kwn sekelas bagi aku amat menyakitkan dan sgt sensetif eh .. cakap satu doa tau .. kita guru patut cakap baik2 la . ok dia berhak cakap sbb mybe hati dia sakit sikap dan kelakuan aku and member kelas tp dia tk bole sewenang nya letak caption bukan2 dkt diri kiteorang berdua .

aku story psl perangai cikgu ni ok , no buruk2 kan dia . ini pendapat aku dan apa yang aku sendiri lalui , dia tua jugak lebih kureng 45 ke atas la umo .. tapi umo betul aku x tahu haha main agak .. dia ajar subjek apa tah aku x berapa nak ingat . masatu form 3 ya . aku ni mengaku tak sebaik baik pelajar pon . ada je silap , nakal , degil , bende bodo yang aku buat .. ok cikgu dia ni mmg kerek dengan budak2 kelas bawahan tau . dengan budak2 kelas pertama kedua dia akan baik . Berbalik cerita dan topik kita tadi kan .. cikgu ni dia baik dengan budak lelaki tau lg2 kelas aku yelaa dorang mmg x buat kerja tp cikgu layan je masuk air , sampai tang aku dengan member sorg ni cikgu akan selalu perli2 , jeling2 la apala . aku x peduli org kata aku kurang ajar dgn cikgu ke apa . bkan semua cikgu ada prob dengan aku tp segelintir itu pun x smpai berapa orgg . Haa pernah satu hari aku punya subjek dengan dia 2 masa lama jugak lah ..

Dia bork2 dgn dak laki , gurau senda semua itu lantak dia la aku x amek port , hari kejadian yang aku amek port tu sebab aku tgh sdp je tidur beralaskan beg skola haha member pun duk sebelah sama je masok air tidur kepala atas meja .. ok tiba2 tu kan aku ni belum tidur lena lg .. tgh berangan tiba2 ada la budak2 kelas ke apa mcm tu , dorg cakap apa aku x ingat tau tapi aku dngar dengan jelas apa yang cikgu aku cakap smbil dia pandang sinis dekat aku . nak tahu dia cakap apa? ini ayat dia " Jangan Jadi Macam Perempuan Dua Ni bla bla aku x igt tp apa buat aku panas dia cakap kami GRO?" WHAT THE? KAU SIAPA NAK CAKAP AKU MCM TUH ? masatu telinga aku berdesing tau , budak2 lain gelak gelak ke apa entahh kann .. aku masatu pandang cikgu tu tajam , niat aku bukan kurang ajar tp mmg aku nak tunjuk reaksi bahawa apa dia cakap tu sgt tak kelakar ye

Aku ngamok terus beb , badmood terus . mulai haritu langsung aku tak pndang dia . dia masuk kelas aku wt hal sendiri , aku ponteng . hahaha kenangan betol , sampai satu masa aku ulang balikk perkataan dia cakap kat aku masatu dalam kelas sesi buat latihan , masa dia dengar mmg dia terus pandang bwh je . takut kee? ke kau serba salah haha . aku cerita dkt member aku yg tidur skali masatu tau . member aku pon panas jee .. tapi berkat kata2 dia , tak termakbul sbb niat aku bkan jahat . aku nakal tapi x kurang ajar pon weh . budak2 yg dia layan tu la yang biadap sebenarnya ...

Itu jela mampu aku nak story .. apa apa pon sebagai pelajar jangan tidur dlm kelas kalau cikgu tu baik, jahat ke apa . dia tetap cikgu kita . tapi jangan sampai "NAMA" cikgu tu bole sesuka pijak maruah kau sebagai insan ye .

Untuk cikgu , aku tahu susah kawal pelajar , susah nak fhm pelajar dan aku bkan seorang cikgu . tapi jangan la kau sebut benda bukan2 walau kau mrh . AKU MRH SBB PERKATAAN GRO TU WEH KALAU PERKATAAN LAIN2 AKU PAHAM LG . TAPI GRO? KAU RASA? AKU MLS NAK TERANG MAKSUD DIA LEBIH2 . SAPA PAHAM TU PAHAM JELAAAAA . YG TAKPAHAM SUDAH HAHAHAHA THANKS BACA GENG :)

Sunday, 25 March 2018

Nak Kaya Cepat Sikit

hello semua !! apa khabar? ikuti cerita menarik dan info positif bagi yang dh meniaga, baru nak meniaga dan apa2 jelah haha ..

Kalau korang nak tahu masa aku belajar dan jadi pelajar , duduk asrama .. ia nya satu yang membolehkan aku berfikir "Meniaga Online" tanpa mengeluarkan apa apa modal pun , so pasti nya aku menjadi Dropship ya bukan Agent . so aku terangkan bab siapa Dropship ni ok?

Dropship nama yang tak asing lg untuk peniaga2 secara online ni .. media sosial adalah salah satu punca rezeki masyarakat zmn skrg tau .. ok sbb apa aku ckp dropship? kerja yang hanya tulis ayat, tahu harga, promote (mcm pemasaran la), tarik perhatian pelanggan. AMEK UNTUNG SAHAJA ! tu paling penting . Ok kita diberi kan harga murah berbanding harga yang selalu kita nampak so dkt situ kita bole tambahkan untung yang kita nak . x kisahlaaa kau jual apa skali pon ianya tetap perlu kan USAHA !!

Aku ada wechat , aku start meniaga ni sejak aku tengok terlalu ramai seller promote brg2 murah cantik semua lah .. so aku mulakan langkah dengan menjual baju printing . haa sapa suka beli baju tshirt design sendiri tahu la kot hahahaha .. ok mula2 dalam fikiran aku nak tahu apa? ini ayat dlm otak aku " ish ada ke nak beli?" masatu mmg fikir ke arah tu je haha sbb aku x tahu mcm mana meniaga , tp aku x risau sbb tkde keluarkan sejumlah wang pun utk start meniaga .

seterusnya selepas 3 minggu pg siang mlm aku promote smpai rasanya naik jemu aku baca ayat aku copy paste mmg xde sorg pun beli ahha ok xkisah , slps tu rezeki mula dtg lps tak henti2 promote .. ramai order baju mcm mcm jenis design diorang nak . KDG TU AKU SANGGUP BELANJA HARGA POSTAGE PADAHAL AKU YANG KENE BAYAR DEMI NAK RASA MCM MANA ADA CUST AHHAHA ! so aku start ramai cust , aku fkir nak tambah lg duit dan busy aku so aku amek brg2 makeup mcm kosmetik penjagaan muka , mmg superr lakuu yaa ! ramai girl order dan alhamdulilah tak pernah berurusan dengan penipu ke apa . lepastu jual brg makeup . aku teruskan dengan baju2 casual mcm fashion2 .. aku jual .. ada jugak beli .. mmg bank in ke agent or boss aku hanya duit postage dan brg je .. duit untung tetp jadi milik akuu ..

Alhamdulilah aku simpan semua feedback makeup, baju dan lain2 demi keselamatan dan taknak org gelar aku seller penipu . rezeki bertambah2 .. kemudian aku jual minyak wangi jenama artis, fairy light, album polaroid , cuci gmbr .. tapi rezeki aku pada polaroid agak kureng .. tapi x apa aku tetap teruskan jualan makeup . customer berdusun2 order baju dan makeup .. lg2 bila aku buat harga murah dari biasa ..

aku berbulan jugak la jadi seller .. rasanya nak dkt setahun lebih pon ada haha .. mmg syok . tapi layan kerenah cust bukan nya mudah , ada janji nak bank in x bank in diam jee .. ada borak lebih tp x beli .. tp apa apa pon aku tetap teruskan usaha hahaha .. Thankyou agent2 yang aku pernah kenal . aku stop niaga sbb busy dgn pelajaran and masatu nak abis belaja .. aku dapat cecah target dengan berkat dan kesabaran jual mcm2 ... RM700 sahaja .. skit kan? tp bg aku itu satu pembukaan bisnes yang sgt sgt beri aku bangga dengan diri aku .. yang banyak membantu ialah ayahh akuu .. bank pun guna bank dia hahaha !

So ! kpd yang berminat nk jd DS tu sila la .. anda tak perlu POSTAGE , tak perlu CHEK BRG , tak perlu simpan STOCK KAT TGN .. anda cuma promote . order . amek UNTUNG je !! hahaha

Allah akan usya usaha kita weh . kalau kita usaha niat yg baik mesti rezeki akan dtg ! byeee . tu je nak share !!

Desa Waterpark ! Taman Danau Desa !

Aku nak share bende yang psl cuti2 .. jalan2 .. kali ni nak share tempat fav aku dari kecik .. setiap tahun akan ke desa water park untuk mandi manda .

tapi dngar2 sana dh ditutup taktahu lah hmm sedih akuu tauu .. dh la permainan sana syok gila ! bagi aku harga dia berpatutan dan sgt berbaloi ya .. Ok tempat ni ada beberapa mainan menarik ! dan tempat utk anak2 kecil pon bole bermain jgak .. makanan dlm sana ada je jual tp harga mahal skit la .. paham2 saja tempat percutian hujung minggu atau cuti skolah mmg dia cas sbb nak bayar sewa la apala .. so bawak duit lebih ehh hahahaha


Haa ini adalah pintu masuk bagi taman tema air yang best gila ! tiket tu kalau boleh beratur awal2.. yang aku tahu dia buka kaunter dalam pkul 10.00 lebih mcm tu lah dia close tmpat tu dalam pkul 7.00 pm kalau x silap .. aku ni jenis kalau dh pergi sana dari dia mula buka , sampai la kul 6.30 . 6.45 baru aku cabut .. sana tempat persalinan pon ada .. pondok2 untuk duduk pon ada loker utk di sewa pon ada yaaaa !


Haaa ! slh satu permainan kegemaran aku dengan ayah aku .. sebenarnya keluarga aku termasuk abg aku pun mmg dtg sini time kecik2 smpai la aku dh naik skola menengah sehingga besar hahahaha kan dh kata tiap tahun ! ok ni nama dia THUNDERBOLT OR THUNDERBOAT kot .. aku x pandai eja sgt tapi sebutan itulaa.. syok ! try la naik sana tapi dia buka pkul 2-3 kot x silap aku eh entahla .. dia bukak sekejap je tp ramai org bole cuba ! rugi ya siapa tak merasa ..


Ini pula namanya SHOCK WAVE mmg super best .. ombak dia ada level2 .. kalau paling deras dan kuat mmg semua ternanti2 hahahaha .. kuasa angin kot? siapa berminat sewa pelampung single or double bole ke sebelah ruang tmpat permainan gelongsor berkembar .. disitu ada tmpat sewa pelampung .. haaaa ombak2 smbil lagu rancak kuat2 mmg syok habiss .. hati2 ya takut lemas hahahahhaa


Macam mcm permainan di situ .. utk kanak2 .. org dewasa pun ada ! korang akan nikmati kegembiraan pada hujung minggu dan hari cuti dengan benda yang menarik sekali ! berseronoklah puas puas .. dh bayar kan? nak pkir apa lagi betol tak? hahahaha

PADA YANG NAK PERGI TAPI TAK DPT OLEH SBB DIA DH TUTUP TAK OPERASI LAGI KE APA JGN SEDIH YA HAHAHAHHA .. JGN SEDIH TAPI MENANGIS JELAH EH .. AKU TAK HERAN SBB DH MERASA BANYAK KALI ! OK BYEE

Menipu Tak Lama

Minggu ni hari isnin mcm biasa nak on blogger dan cerita story baru .. apa yang menarik nya aku nak cakap sikit pasal org2 menipu ni xkan kekal lama .. dan tak berkat pun tp no komen lebih2
tak ada kaitan sapa sapa cuma terobek pengalaman psl kwn2 di sekeliling . amek positif je jangan amek negatif

Aku ni tak baik sgt kdg time exam pun meniru , bincang dgn kwn .. tapi tak pernah la sampai nak bodek lecturer .. pergunakan lecturer .. tapi zmn skrg dah tak fkir semua tu .. aku paling x suka aku buat kerje penat2 bole pulak org amek idea aku tanpa fikir apa2 .. kau rasa? bengang lah kalau tanya pendapat aku bole terima tau ..

Suka2 nak amek ayat2 yg aku fikir mcm tu jer .. habis otak kau fungsi dia apa? aku pernah la gaduh gaduh dgn org tapi sebusuk2 hati aku ni xde lagi la nak jatuhkan org time org exam ke apa .. bg aku .. hal gaduh jangan campur dengan markah ke apa .. Tuhan nampak beb apa kau buat kat dunia nie bkan nya sng kau nak lepaskan diri mcm tu tanpa pkir apa2 ..

Aku nasihatkan sblm kita jatuhkan org utk naikkan diri kita, fikir dlm2 .. kemana je kita akan pergi? bagus sgt ke kita nanti? kalau kita mmg pandai takpe .. ini kita dh la tak pndai lpstu musuh dgn org nak jatuhkan org yg kita musuh tu plk ehh .. suka hati ko je hahahaaha

Apa yang aku cerita ni just kesudahan jee .. tapi nak bgtahu kalau bermusuh .. jgn libatkan hal lain masuk dalam gaduh kau .. mmg tak patut ! hati kasih bersih skit ea? bole ke tkpe ? bye !

Thursday, 22 March 2018

Kenangan Kem Masa Kafa Izzatul Islamiah

Nak tahu tak benda kelakar untuk pagi ni .. aku searh kat google ada doh gambar aku hahahaha lawak gile muka time budak2 lagi tau .. 
Masa sekolah agama mmg best pahit manis kelakar semua nya ada tau ..

Ni nak cerita Kem dekat King Fisher Hulu Langat Selangor !! memang syok dekat sini walau masa tu masih budak2 kan tapi aku rasa mcm nak pergi lagi sekali sbb mcm mcm aktiviti korang boleh buat dekat sana . Haaaa ! ada cerita seram beb japgi aku story hahahaha



Okey ini gambaran jela mcm mana masa aku pergi tu .. ada dorm untuk budak perempuan dan lelaki duduk situ .. katil double decker tempat selesa tapi sunyi sepi je suasana sbb dia hutan .. mcm kawasan pendalaman hahaha , masa sampai situ aktiviti first solat jemaah dlu haha lepastu bagi makan kami ni lapar .. kiteorang x lah ramai sgt sbb sekolah agama aku rasanya cuma kelas aku je pergi haha sblm exam Upkk or Psra tak ingat laaa..

Dekat sana ada sungai .. air nya bersih .. sejuk dingin ja tapi rasa seram mmg lah ada sbb itu mungkin ada org lain menghuni .. tak silap aku 3 hari 2 malam tidur di sana .. ok nak citer psl seram ada satu malam lepas solat isyak beramai-ramai kami pon ada aktiviti dalam dewa tau .. ustazah ustaz la aturkan .. aku tak ingat la apa buat masatu tapi masa tu nak dekat 12.00 malam .. luar dewan gelap malap2 jee ada lampu oren lepastu ada bas .. kem tu tepi jalan saja dan luar ada pokok2 jugak sbb hutan kan ? ok cerita dia masatu masing2 sebok melukis la buat logo dlm kumpulan masing2 tiba2 dalam x sedar ada siapa entah masatu nampak Lembaga Pocong berdiri betul2 dalam bas tempat pintu nak turun dari bas tuh .. Ya Allah mmg seram beb sampai ustaz Zaiful aku yang garang tu pon mukee pucat semacam hahaha.. aku dgn kwn2 mmg penakut smpai balik dorm pon kami seram sbb ustazah tido nya tempat lain dkt dorm cume budak2 je..


Ada aktiviti mandi sungai apa semua mmg syok air sejuk je baii kalau sapa tak pernah pergi bole lah ke sini sesuai utk keluarga dan kwn2 .. masani ada kejadian lemas tau sorg kwn aku .. sumpah cakap masatu semua di panggil naik sbb budak tu dh lemas smpai nak ikut arus deras nasib lah ada ustaz selamatkan dia .. tercungap2 lah dia kesian .. aku mampu nengok je ahhaha !


Ada lagi ye cerita seram ingat tuh jeke? hahaha masa malam kedua kami tidur sana .. dalam pkul 2.00 pagi ke 3.00 pagi mcm tulah ada dorang buat operasi burung hantu konon lagi satu aku paham lah dorang nak kita jangan takut benda2 halus .. kita percaya dengan kuasa Allah .. so semua kumpul siap2 dh la suasana dingin semacam ya Allah hati aku berdebar2 yelah budak lagi weh ahhahaha .. so kami ikut jalan kelapa sawit , jalan dia tanah tu x rata sgt turun naik jugak .. kami pon ada lalu di kubur lama .. dan dkt kubur lama tu ada satu rumah ke pondok lebih kurang la .. dia kecik je tapi kosong xde org tinggal .. seolah mcm terbiar so dkt situ kami lalu sambil zikir kuat2 .. fikir la beb mcm mana kami tahan dan kawal perasaan takut, seram, semua !

So lalu situ kami majoriti nampak ada benda di situ dia duduk je dpn pintu rumah .. berdiri diam je kaku .. tapi ustaz ada cakap kalau nampak apa2 jangan cakap jangan bukak mulut terus zikir ramai2 jangan stop .. aku mmg x lah nak dok blakang2 skali .. dh la takut tapi masa jalan tu kami pgg tgn .. mcm laki semua saling pgg tgn dan kami pon sama .. jalan ramai2 mcm beratur .. so aku ada jugak nangis2 skit sbb cuak la apala .. tempat gelap, jauh, jalan mcm satu pusingan tp jalan yang terbiar dalam hutan .. kwn2 aku yang lain pon semua takut ade nangis la jerit la .. 

Tapi untuk aku sendiri alhamdulilah sangat weh tak ada jadi apa2 .. cuma kene kawal la tahan mental dan fizikal hahahha .. so apa aku bole sampaikan .. Korang boleh buka google King Fisher Hulu Langat selangor sbb best .. aktiviti bersama alam semula jadi mmg awesome !!

Apa2 pon kami bekas pelajar Kafa Integrasi Izzatul Islamiah .. mengucapkan terima kasih kpd ustazah ustaz yang sedia membantu, mendidik, melayan kerenah kami .. Aku bangga pernah bersekolah agama walaupon sekola yang kecik tetapi tetap ada kenangan sendiri ..

Ini aku belanja gmbr real kami pergi .. maaf kabur .. aku terjumpa di google , pandai2 la cari aku ya hahahahah byeee semuaa







Jadi Guru Biar Betul

kita nak buat topik lain dari lain pulak . aku nak cerita ni bukan la mengumpat or kutuk mana2 pihak tapi aku cuma niat nak cakap apa aku nak cakap skrg . Bukan murid atau pelajar kurang ajar ye ini luahan sahaja dan amek iktibar kalau kau kerja seorang cikgu

Pengalaman zmn skolaa .. di mana subjek Agama .. yang mengaja aku dalam 2 tahun setengh .. (perempuan , ustazah) aku nak cakap yang dia ni baik, nampak lembut manis tapi aku tahu dia tegas cuma mungkin ada sbb dia kenapa dia tak suka aku kan . taktahu la kalau apa aku ckp ni salah tapi ini apa yang aku lalui ..

Taktahu apa masalah dia kalau dengan dia ada je aku tak kena . padahal exam agama aku markah tinggi2 tau tapi dia seolah2 anti sumpah aku cakap.. dan dia lebihkan org org yang kutuk dia yang x suka dia .. dia lebihkan pelajar yang x pakai tudung pon masa class agama . sakai erk? mcm mcm cara dia buat dekat aku cubit lah mrh la jeling la .. aku jenis x simpan dendam tapi tipu la sebagai seorang pelajar langsung tak terasa kalau ustazah kau bersikap mcm tuh dekat kau .. bagi aku jujur aku cakap . dia tak la bagus mana tapi bole la mengajar dengan baik cuma perangai dia menyakitkan hati aku dan kwn baik aku ! tah apa apa jee lahh !

Pernah satu masa tu nak solat zohor jemaah dengan ustaz sekali .. aku lambat sikit sbb yang lain dh amek wudhuk ikot giliran la .. aku lmbt sbb dorg lmbt kan? tp ustazah tu tetap nak mrh2 aku malukan aku dpn org .. apahal la dia .. kdg2 aku jujur aku rasa nak je maki dia yelah kalau aku hanta latihan semua salah . semua tak lawa . kalau org lain semua lawa semua cantik bagus ! menyampah tapi aku sayang dia sbb dia guru agama kan?

Masatu pernah aku dengan kwn menangis kene cubit kene mrh sbb ustazah tu tension kene taruk dengan pengetua . salah dia lah suka buat kiteorang .. yang pergi mengadu dkt pengetua tu kwn aku .. aku diam je tknk citer .. so ustazah tu malu la kan org taruk2 dia . dia pun bengang cubit2 kiteorang ni aku dgn member dh nangis teruk tapi dalam hati panas rasa nak mengamuk jeee ! semenjak daripada tu lah aku simpan mrh dalam hati , dia masuk kelas aku ponteng , dia mengajar aku x dtg skola , kerje dia aku biarkan .. punya aku bengang hanya Allah tahu perasaan aku .. aku tahu cikgu mendidik tp bnyk2 ustazah dia la paling aku x gemar cara sbb pilih kasih ..

Ok so cite nak abis dh last skli masatu dia nak pindah ke apa tah sbb dia ada kes bergaduh dgn dak laki kelas aku .. nmpk ? kuasa tuhan . kau tak suka aku kau buat aku . org lain buat kau . karma . kifarah itu ada .. masa hari dia last tu aku sendiri taktahu tapi entah mcm mana aku x nak dtg skolaa .. lantak ah masatu x pkir ape beb .. aku dngar story dripada kwn .. ustazah tu nangis la mintak maaf la lpstu nak tahu? ustazah tu ada suruh budak2 pesan dkt aku dia kirim salam sbb hari terakhir dia dan dia minta maaf..  masa tu aku gelak je bila dngar .. dalam hati mmg x heran .. serius cakap bukan aku takde hati perasaan tapi mmg apa aku rasa tu xde org tahu ..

Tapi aku dh maafkan kesalahan dia aku tak dendam cuma kenangan pahit dan aku pernah benci dia .. aku lama dh maafkan .. cuma aku punya luka masih ada di hati la .. semoga ustazah tu berubah dan x jadikan pelajar lain cm mana dia buat kt akuu

Tujuan aku tulis cuma nak share cerita , perasaan bila seorang guru yang aku sanjung tapi dia tak hargai malah buat aku mcm sampah terus terang cakap ye .. siapa2 jadi cikgu tu tolonglah jangan banding2kan pelajar korang .. semua sama ja .. x kire la dia pndai ke bodo ke .. dia tetap pelajar .. dia tetap tanggungjwb kau .. yang slh tetap slh yang betul ttp betul .. aku cakap je walaupon aku bukan cikgu...

Dikir Barat The Best

Korang mesti tak tahu aku ni dulu masa zaman skolah menengah sejak form 1-5 adalah Ahli Kelab Dikir Barat untuk persatuan yang kokorikulum . Sekarang masa aku nak story kisah2 masa dikir barat suka duka dan apa yang menarik serta apa kelebihan aku okey?

First pengenalan bagi apa tu Dikir Barat bagi apa yang aku tahu jelah aku ni tak la pro mana and tak terlalu hebat pasal asal usul ni , tapi tahu sikit2 saja hehe .. Apa aku tahu ianya bermula di kelantan dan kalau berdikir nyanyi2 pun biasanya guna sleng kelantan .. sbb alunan mmg sedap tau lagipon rentak dia mmg best tak kira la apa jua . Dikir ni adalah persembahan kebiasaan nya seni budaya rakyat malaysia .. menarik apa .. bukan semua boleh jadi ahli Dikir ..

Pengalaman menarik masa dikir ni mula2 aku malu sangat tau yelah aku bukan jenis menari2 depan org ke suka buat persembahan ke haha .. TIBA2 masuk persembahan la pertandingan la mmg best la bagi aku dpt belajar benda baru dan dpt kawal perasaan takut naikk stage depan org ramai .. Haa apa yang aku tahu masa aku masuk kelab ni .. Ada pemain alat muzik , penyanyi 2 org iaitu tukang karut dan tok juara .. kalau salah maaf ni apa yang aku tahu dan belajar saja .. lepastu ada yang tepuk2 ramai2 tu kan? di panggil sebagai Auk2 sbb dorang akan ikut, buat gaya, tepuk tgn, utk persembahkan yang terbaik .. Tok juara seorang dan Tukang karut seorang ..

Alat Muzik Dikir Barat yang aku tahu dan pernah main

Rebana - mcm kompang tapi bukan . sangat sedap bila pandai main . perlu ada teknik2 dan bukan semua org bole main ya ? susah jugak .

Marakas - 2 Alat yang bulat dan ada pemegang .. dalam bulat tu ada mcm beras ke apa tah so berbunyi rancak kalau mainkan kedua-dua sekali .

Rebana ( Anak ) - Di mainkan semasa Ibu Rebana dh mula berbunyi .. ada cara nya dan tekniknya .. saiznya lebih kecil sedikit ..

Gong - gong ni ramai cakap ada kisah hantu lah apalah haha tapi kami main niat baik je yaa . ada gong bunyi lain2 sbb rekaan berbeza . gong akan bermain selepas rebana berbunyi

Canang - Satu tarikan yang menarik tapi dia ada satu je ye . kalau di muzium main banyak2 panjang2 tu kan haha utk dikir hanya 1 canang sahaja .. di mainkan serentak semasa gong berbunyi


Semua ni mmg sangat meriah bila di mainkan dengan betul, tepat, menarik haha .. utk diri aku jujur aku cakap aku tak la pandai ke semua tapi aku mula bermain alat muzik iaitu marakas, kemudian bertukar pemain rebana anak, dan pernah aku menjadi auk2 tapi hanya seketika .. aku lebih kepada muzik .. akhir sekali Ibu Rebana yang sangat membuat aku tertarik utk mengetahui cara bermain .. selama 2 tahun aku belajar bermain rebana dengan bantuan guru khas dikir (abg emy) dan kwn kwn lain .. mula2 mmg semua kutuk aku cakap sumbang la tak reti main la tapi bila satu hari tu aku la pemain rebana yang sebenar .. gigih aku usaha main alat tu sorg2 walaupon cikgu kasi rehat kejap setelah penat berlatih . aku sanggup main benda tu untuk tingkat kan skill aku .. betol org kata selagi x cuba kau xkan tahu kebolehan kau ada .

Dalam masa 5 tahun tu juga banyak kisah bermasam muka, kutuk belakang, talam, batu api mcm mcm lah smpai gaduh besar besaran pon ada . semua tu adalah pengalaman aku belaja sebab setiap kali ada persembahan atau pertandingan . Jurulatih kami akan membuat latihan setiap hari selepas waktu sekolah . sekola habis pkul 1.30 so pukul 2.00 atau 2.30 akan start latihan . Kau rasa? tak penat ke? kalau auk2 pulak tiap2 hari kene keluarkan suara .. kene tepuk la apala .. penat beb . ingat latihan sekali je? berulang2 beb . walaupon kami buat dh bagus tapi tetap juga dia x kan lepaskan kami . bayangkan lah usaha kami ? kene mrh kene tengking kene hamun kene ejek mcm mcm perkara ! balik latihan dalam 4.00,5.00,5.30 .. kalau hari nak dekat persembahan ke pertandingan ke.. confirm ahh lagi lewat balik .. haaa tak penat? yang nyanyi smpai suara takde smpai menangis lah apalah.. yang pemain muzik ketuk2 la main smpai ngantuk2 lah .. tenaga habis situ je beb ..

Setiap kali pertandingan utk PPD PETALING JAYA kami akan bertanding .. Boria lah dikir barat la .. mcm mcm show dan diadakan di tempat yang sesuai dengan Event . Time show apa2 akan ada akk senior makeupkan kami .. cantik je fresh je semua haha .. akk2 senior ok je baik sporting tapi garang bila kita  ponteng masa latihan, kurang ajar, buat main2.. Aku masih ada sijil dan piala setiap tahun kami jadi Naib Juara utk pertandingan dan Mendapat Persembahan terbaik ..


Aku bangga tau sbb pergi event2 mcm tu mak ayah aku yang x tahu apa apa .. tapi sanggup weh turun tempat kami buat show semata nak support aku .. kami selalu je jumpa artis dan bergambar dengan artis .. haha syok lah beb . Pakaian dikir barat pon mmg lawa la kain dia .. setiap berapa tahun akan di tukarkan kain utk jahit baju baru bagi budak dikir .. ramai je anti kami kat skola cakap gedik la ejek ejek lagu kami la tapi? bila latihan ramai je dtg usya .. bila persembahan ramai je focus tengok .. nampak kat situ? dorang jeles sbb dorang x dpt hahahaha..

Lagu yang di bawa kebiasaanya 9 tapi smpai berapa aku x ingat .. itu semua termasuk lagu tok juara yang pertama .. dalam sebuah lagu dia bawa kemudian lagu lain yang rancak, yang mengarut, yang diubah suai bahasa lentoknya dibawakan oleh tukang karut .. dan lagu wajib bagi penutup dikir ialah Ala Ewa .. Siapa pernah dngar .. dngar jelah ok .. hahaha .. tu lagu mesti wajib ada .. so tukang karut mmg kene usaha skit sbb dia kene hafal lirik2 banyak .. tok juara cuma bawa 1 lagu sahaja dan haruslah menyanyikan dengan alunan perlahan .. bukan rancak ..


setiap lagu yang di bawa perlu ada maksud, makna, yang padat dan sedap bunyi nya . lebih kepada menasihat sebenarnya

Ok korang ! ckup sampai sini yaaaa

Wednesday, 21 March 2018

Hantu Kacau Di Asrama

Yuhuuuuu korang thankyou sudi baca blog2 yang aku dah tulis .. aku ni mmg terlalu minat dengan bab tulis pnjng2 and share mcm mcm ceritaa ..

Kebiasaan mesti dengar hantu dekat asrama kan?  kenapa eh? tak kira lelaki or perempuan sama saja bagi aku tetap ada je yang nak mengacau padahal dia alam lain kan .. hmmm

Ok la cerita aku kali ni mmg psl asrama , masa aku dok rumah ni ada 3 bilik biasalah rumah pangsapuri biasa pihak tempat belajar aku sewakan situ .. aku dan kwn 2 org je .. kieteorang selalu dngar bunyi seram kalau berada dalam rumah tu .. yang paling penting awal awal lagi dh tahu mmg keras tempat ni ..

Masa aku dok ruang tamu lps balik kelas malas mandi dulu .. bukak tv layan drama indon ptg2 hahaha sakai kan dh ah peluh2 so relaks kan diri amek kusyen kerusi dan baring dkt lantai tu je .. angin kipas ok je cool haha tapi bila dh ptg2 ni perasaan semacam sgt sbb bilik yang paling dekat ruang tamu selari dengan kerusi kat ruang tamu .. mmg x berpenghuni langsungg beb

Setiap student yang dok bilik tu mmg x akan kekal percayalah cakap akuu .. so aku rasa benda memerhati dan perasaan aku berkata dalam bilik tu ada seorang perempuan mybe roh kot tahlahh .. lepastu pernah masatu aku dok bilik sorg .. roomate ada lagi 3 org lepak bilik lain .. aku wat hal sendiri malas borak xde mood .. masatu dh malam dalam pkul 12 jgak .. aku pun pergi bilik air .. hari jumaat masatu so besoknya mmg tak ada class kan .. masa tgh aku pergi bilik air .. tiba2 tandas sebelah xde org tp paip terbuka laju .. aku mcm pelik "eh xde dngar bunyi pon.." mksud bunyi tu mcm kwn aku kee apa .. tapi langsung takde masatu perasaan seram sejuk dahh .. aku diam .. last skali aku usya mmg paip air tu buka laju tanpa ada sesiapa .. sdngkan kwn2 aku yang lain sebok borak lagi dalam bilik dorg smbil tutup pintuu .. pelik ! hantu main air kee?

Aku terus berlari tolak pintu kwn2 .. aku takut sgt .. tp kwn2 pun dh cuak sbb jenis x lah berani sgt so malam tu semua berjaga sbb kes aku je hahahaha lwk jugaklah ..
ok ni cerita daripada warden aku plk .. masa nak subuh tu kan sunyi bwh flat .. dia mandi ... dia dngar bunyi mcm ketawa mengilai mcm PONTIANAK weh ! dh lah jelas .. tapi sayu2 jee ..
so warden masatu dh cuak . pagi tu dia tanya semua org pasal bunyi tu yela mungkin dia mamai ke apa tapi dia nak pastikan org lain dngar ke tidak .. aku x dngar .. tp salah sorg kwn aku dngar .. pelik nya .. nampak sgt lah kat situ mmg sah pontianak ..

Cerita Pocong plk masani cerita drpd kwn lelaki aku .. dorang sewa rumah sendiri sebelah blok .. blok baru je dibuka setelah lama dibiar haha .. gila betul lah wei .. ok dorang pkul 2 pg mcm tu lelaki kan? melepak ruang tamu .. masatu entah siapa bwk durian haha sdp lah makan durian ramai2 .. rumah laki kalau dh kecoh.. mmg kecoh laaa .. lepastu dorang citer dekat aku masa tgh makan2 tu ada salah sorg nampak POCONG dekat tingkap ruang tamu .. dia berdiri je dkt tingkap .. perhh seram beb .. dia renung je semua yang ada.. semua pun apa lg cabut masuk bilik terus senyap .. pengalaman mereka ngeri jugak so nasihat dekat situ jangan la bising malam2 .. mmg akan ada kurang senang dengan kita lagi2 kita ni tak pkir ke benda benda yang ada sekeliling malam2 kan mereka berjaga ...

siapa tak kena tu jgn ckp besar eh .. walaupun kau dngar bunyi sahaja kau akan tahu betapa gugup nya jantung .. so cerita seterusnya masa aku dengan kwn2 nak tidur pernah kiteorang seram semacam dh lah warden takde kan .. nasib baik lah dia tak muncul kalau muncul mati nak oii..

Sikit jer cerita utk ni .. sambung blog lain

Nak Share Melancong Ke Singapore

DAH BELI TIKET BELUM? HAHA SOALAN SAMA . JAWAPAN SAMA TIPS YANG SAMA JGN LUPA BELI TIKET AWAL2 UNTUK DPTKAN HARGA BERBALOI YAA..
tapi untuk ke sini guna kereta bole je janji ada passport terus jalan ..

Aku tak berapa ingt sangat masa pergi singapore tapi aku dh selalu jugak pergi cantik la tempat dia .. yang penting pendapat aku polis ke apa apa ke sangat menjaga kebersihan kalau buang sampah ke salah ke denda duit . mahu tak menangis? dah la duit malaysia kecik kan HAHAH 

Tak silap aku duit singapore setaraf dengan bruneii , korang bolela cuti2 ke sini untuk bwk pasangan, keluarga, anak2 .. lebihkan duit belanja ya sbb kita ni duit kecik jadi harga tu melambung tinggi .. 



Ya ini dia yang di nama kan Singapore .. lambang singa mmg kat sana lah eh ahhaha yang penting ikut johor boleh dah masuk ke sana .. selamat bercuti . tak ingat la pengalaman kt sana sorry ya ? byeeee .. ! 

Jom pergi skrg . simpan duit lama lama jadi bukit bole travel yeahh !

Salah Siapa ?

Assalamualaikum semuaa semoga dikurniakan kesihatan yang baik yaa ? mood pagi ni aku nak throwback kembali pengalaman zmn persekolahan kalau budak perempuan mesti tahu kot ni..
Kenapa ya selalu perempuan akan ada mslh dengan kwn sendiri?

Persoalan dia , aku cakap pasal perempuan sahaja tidak termasuk untuk lelaki sbb tak berapa nak expert lh do pasal laki ni hahahaha .. majoriti pendapat aku laki pon ada perangai dia tp aku rasa perempuan lebih saiko kot hahahah ! ok jom sambung apa aku nak share ni ..

Kalau kita bergaduh elok selesai elok2 jangan main redah ngamok walaupon kdg2 aku sendiri tak bole kawal perasaan haha kdg kita sabar banyak sgt atau pihak lawan pon sabar banyak sgt dengan kita .. apa2 sekali nasihat aku .. bersemuka .. panggil semua yang masuk campur tak kira la yang bukak cerita, geng sana geng sini, yang menyampai yang batu api semua panggil dok setable cakap satu satu .. tapi jangan sesekali gaduh ke apa .. takkan menyelesaikan masalah jugakk

kawan ada tikam, ada baik ada dengki dan mcm mcm segala benda .. dunia ni terlalu rumit kalau nak rungkai satu per satu tahu tk? pendapat aku .. walau kwn baik mcm mana sekali pon mesti akan bergaduh kalau tak skrg mungkin akan dtg .. kita ni hidup perlu nya ada sikap sabar .. sikap tolak ansur .. sikap mcm mana nak percaya org nak nilai org .. tak semua jahat tak semua baik .. just hati2 okey ? tiada yang mustahil jahat bole jd baik .. baik bole jd jahat kan? Allah cipta semua sama tp ingat kaler rambut sama hitam tapi hati lain2 beb sebab tu ada nya syurga dan neraka . kalau semua org baik xkan la ada manusia bole masuk neraka kan? ok kalau kedua pihak tak bole bwk bincang .. kalau jalan penyelesaian taknak berkawan .. ha sudah takpayah kwn hahahaha tapi jangan bermusuh cuma takpayah nak rapat2 .. wat hal sendiri..

Perasaan bengang semua org ada .. kita sama manusia xkan xde nk mrh semua mesti ada lagi2 jenis cepat sentap terasa bila kwn bergurau .. kita kene open otak tu jangan kolot . Kita kene tahu kalau kita jenis gurau kasar dengan org .. makna nya org pon boleh bergurau kasar dengan kita .. sebelum kita mrh org .. kita fikir dlu .. ada x kita sakitkan hati dia ? ada x kita buat dia? tapi kalau kau x usik dia .. dia asyik cari hal.. kau perlu amek tindakan takpayah diam jadi bodoh jeee

Apa aku bole cakap ..  cuba fikir baik2 .. jangan dngar sebelah pihak sahaja tapi dengarkan salah dan cerita sebenar dari kedua belah pihak sbb aku percaya masing2 ada kesalahan sendiri ...

sambung cerita lain pulakk

Tuesday, 20 March 2018

Hantu Flat Misteri

Kalau cerita pasal hantu .. pasal rumah flat .. ramai tahu kot mmg ada je haha x kisah la di lif ke dlm rumah ke tangga ke semua sama ..

Saja nak share sbb boring2 niehh yaaa .. Ia WUJUD jadi jangan tak PERCAYA kalau anda diganggu itu bermakna ANDA SUDAH MERASA HAHAHAH

Jahat x aku? nakal jee doh bukan jahat lahh .. Okey skrg ni aku nak cerita tapi tak lah semua .. sikit2 sahaja boleh ya ? haa tak boleh ke ? suka hati lahh !!

= Pernah berada di dapur masa cuci pinggan mangkuk kira2 jam dalam 11.00 malam .. ok masatu terus terang aku cakap aku tgh ada mslh dengan gangguan benda halus kene dkt skola jadi aku duduk rumah akan dpt lah rasa benda2 mcm tu .. ok masa cuci2 pinggan sebelah confirm la gril2 yang bole nampak bahagian luar rumah yela nama pon flat kan?
ok perasaan x sdp tu sentiasa ada .. takut seram sejuk ja dengan aku rasa angin sepoi2 melalui ruang dapur .. tiba2 perasaan ni nak tengok lorong luar rumah tu .. dekat dgn lif .. padahal takde benda pon kalau nak usya kan? hati tetap suruh berpaling kat lorong .. SEKALI TENGOK TUP2 BAGUS PUNYA HANTU LALU SELAMBE JE MCM DI TOLAK ANGIN.. rambut sgt panjang ye tutup muka .. badan mcm gempal2 .. muke langsung x nampak tp penuh perasaan seram sbb masa aku pndang betol2 dia jalan penuh bergaya beb.. nasib dia x berhenti kalau x habislah aku ..

=  ok ada dewan seberguna kat flat kiteorang ni .. dewan tu mmg ramai cakap bwk mulut ke mulut ada benda sorang perempuan mengacau di situ .. berbaju putih muka nya samar tk nampak rambutnya panjang saja .. ada yang kata org punya ada yang kata roh dari kubur sbb situ kawasan kubur cina kristian and islam .. seram ? hahahahaha malam tu aku dengan bapak aku .. balik dari jalan2 tapi nak amek brg jap kt uma so bapak aku pun baik punya parking tepi dewan .. betol2 nampak dewan tangga belakang dewan semue .. bapak aku suruh tunggu jap so masatu aku terpaksa rela hati malas ckp apa2 sbb dh malam .. tp hati dh risau takut semuaaa .. dia pun naik flat amek brg .. aku ni sorg2 weh .. lpstu xtahu mcm mana aku terpandang bahagian hujung tangga belakang dewan lampu putih malap2 je.. aku mmg nampak kelibat seorang perempuan berbaju putih rambut panjang duduk kat tangga tapi muka menghadap ke arah lain la .. masa aku dh ternampak aku cuak sgt .. takut jd pape sbb sorang.. aku cuak2 tunggu dalam 5 minit TIBA2 ADA KETUKAN CERMIN TINGKAP KERETA AKU ! BAPAK AKU RUPANYA .. HAHA terkejut tp tak gelak lah sbb cuak kan masatu .. lpstu bapak aku tanya "maaf lmbt adik ok ke?" aku pun mcm "haaaaa ok...." padahal aku taknak bukak story sbb seram masih ada dalam diri

= Masa zmn skola menengah adalah aku ni tusyen at bwh flat sbb ada pusat tusyen di buka .. aku selalu mengelamun dalam kelas lg2 bila budak tusyen lain x dtg .. sebenarnya cikgu tusyen aku x tahu aku mengelamun sbb nampak benda kat dinding bilik tusyen tu .. lembaga hitam ! tapi kepala abah cikgu tu dia bagitahu mak aku .. aku x focus suka mengelamun haha sakit baii hati .. kang aku bgtahu dia mahu dia lari x nak ajar sbb takut so aku paksa diam kan diri jer..

cukuplah ini dulu .. mesti kau penat baca kan? dah cukup dulu eh ahha ..

Kenapa Aku Buat Blogger ?

Baru jee sebenarnya kenal blogger walaupon dh bertahun aku mengikuti kisah2 menarik x kira dari segi apa .. kesihatan , seram , lawak , cinta semualahh ..

Aku kenal blog ni sbb ada la sorang ni bagitau bahawa blog adalah tempat kita nk share kpd org .. tulis suka2 yang penting ia FREE haha ! sapa takde blog tp suka tulis banyak idea .. mai buat tak rugi wek wek kalau tknak xpe jangan paksa ..

SEBENARNYA aku minat kepada benda tulis, luahan, kongsikan sebab aku teringin nak jadi penulis novel hahahaa tapi apa kan daya ayat tunggang langgang , tapi idea bersepah jugak la nak buat cerita menarik kan? aku lebih kan novel kepada agama, cinta, konflik, dan kisah seram.

PEMINAT SANGAT !! novel cinta yang aku baca kisah cinta first sekali masa zaman sekolah menengah gitu .. tajuk dia " Suami Simpanan Superstar" "Crystal Anabella" sumpah cakap cerita tu bagi pendapat aku .. dia tarik minat aku hahaha .. novel masa darjah 6 tajuk "Ana Manisnya" haha daripada Ana Muslim x silap aku ..  Lepastu Novel seram pertama aku baca tajuk "Jangan Baca Novel Ini" "Ismi Fa Ismail" mmg seram dan cerita dia pusing2 kalau fkir tak logik tapi mmg ada kaitan apa yang terjadi semua dalam kisah kisah buku itu..

Masa waktu BM skolah menengah .. kalau bab karangan jee aku la paling laju siap dan sungguh2 sbb mampu mengeluarkan point2 dan ayat panjang smpai perenggan bnyk2 kalau exam tu tebal2 kertas kajang pun rasanya mcm mcm ak cerita walaupon cikgu bagi tajuk "aku sebatang pen" hahahahahaha korang mesti penah kalau yang baya2 akuu laaa .. kwn2 pulak selalu mintak idea tauu dari akuu .. aku x kedekut ilmu yaaaaa

Pernah simpan hasrat nak keluarkan novel hasil ciptaan sendiri tp apakan daya ... xde payung nak support sbb aku pon xde pengalaman sangat ni hahahaha ..

Jadi aku mampu share dan tulis apa2 di Blog ini lahh . So tu je nak share  setakat ni .. byeee !

Mengenai Kellies Castle Perak

Pertama sekali aku tknak bukak kisah atau komen lebih2 sbb tempat ni sejarah nya ada .. sbb nya ada .. dan kita kene hormat juga pada yang usahakan utk membuat tarikan pelancong .. unik menarik !!

Jom Mula? Pernah pergi tak di Perak di Batu Gajah kalau tak silap .. sapa2 yang berminat boleh la ajak family ke sana tapi pergi la waktu pagi atau tengahari sebab tu tempat di tinggalkan .. ada kisah2 dia so jangan suka sgt sbb wujudnya roh2 disitu .. ini pon salah satu pengalaman aku nak kata seram bole la sbb perasaan masa berada di istana tu ..


Tempat dia cantik .. sesuai utk kita tahu sejarah dia haha mengenai sebuah keluarga jugak ni tapi aku lupa kisahnya korang baca la di blog lain ya? aku share apa tahu je .. sbb dah x ingat sgt .. Masuk adalah BERBAYAR , so sediakan la duit anda hahahaha mahal ke murah tak ingat sbb mak ayah yang belanja hahahaha


Ini salah satu kawasan yang berada di atas .. kita naik tangga yang kecik je lorong dia .. kita bole tengok kat bawah .. tinggi la jugak kan .. hati2 kang terjatuh takde yang nak tolong .. tolong gelak dan tengok je ! haha .. angin sepoi2 je masa aku ada kat atas ni .. perasaan teruja tu mmg ada sbb org luar negara tinggalkan bangunan ni begitu saja mybe .. unik bentuk dan idea dia ..


Aku nasihatkan di sini kita sebagai org islam .. baca la ayat atau apa apa zikir ke untuk melindungi diri sebaiknya sbb banyak kisah misteri dan mmg ada notis di letakkan kat ruang2 utk bacaan semua yang berkunjung ke tempat ni . Masa berada di dalam kawasan dia besar jugak .. ada sungai .. sesuai ambil gambar haha aku pon sempat berselfie2 .. ok berbalik soal perasaan .. ada satu kawasan tempat simpan botol arak mmg gelap dia dkt bahagian bwh tanah .. banyak kelawar tp masuk kene nyalakan lampu torch light kot .. perasaan di bwh tu mmg seram smpai mak aku pon taknak masuk bwh takut .. aku beranikan diri sbb nk tahu .. tp mmg rasa suasana dingin je dan mcm ada sesuatu memerhati walau dlm gelap .. Setiap bilik ada kisah setiap lorong ada kisah .. setahu aku rumah ni pon ada dia nak buat lif tapi x sempat kot ..



Okey ini bahagian ruang tamu x silap akuu lahh .. aku ada je bergambar kat sini cantik la gaya pun mcm org dlu2 tp dlu .. semua ni pon mahal dan mewahh sbb kaya kan org putih ni .. Roh anak beranak keluarga ni dikatakan masih berkeliaran di sini dan misteri sgt ah kisah dorang smpai aku x tahu nak ungkap .. kalau org jenis x caya hantu mmg dia x kan nk caya .. tp jenis lemah2 jgn smpai dia follow balik hahaha..

Aku tak berapa ingat sgt .. tapi korang try pergi hayati kisah mereka .. hayati suasana .. rasakan sesuatu .. ia WUJUD.. byee haha

Nak Share Melancong Ke Sarawak

Assalamualaikum bagi yang islam . hai hai korang semua ! okey bagi siapa nak melancong suka melancong cuma nak bagi tips kalau nak berbaloi lg2 pergi tu jumlah yang ramai pulak bole tempah tiket awal2 .. kalau tahun depan nak g .. jom tempah tahun ni hahahahah harga mmg murah dari beli masa tarikh dekat nak pergi yaa .. jadila pengguna , pelancong , rakyat yang bijak haha

Hm kalau cerita pasal sabah tu mesti la kene cerita pasal sarawak pulak korang ! haa jangan taktahu di sarawak pon ada je ramai pelancong ke sana ya .. so Jom Mula Cerita


Ini dia gambar di ibu kota Kuching, Sarawak ! sangat unik dan menarik cantik untuk bergambar . ok di sarawak ada mcm mcm tempat tapi aku dan keluarga pergi ke kuching utk destinasi melancong .. Pengalaman tu seronok la jugak dpt tengok di sana lambang setiap lampu ke apa ke mesti ada patung burung nama dia kenyalang kalau x silap aku .. berlambak di sana haha .. tempat sana okey jer org2 nye cume mcm x bpe nk gaul sangat mybe cara cakap mereka kot ..


Haa takut je? lek jgn takut ni cume gambar je rembat google haha .. di Sarawak tarikan pelancong salah satu nya korang bole pergi ke Jong's Crocodile Sarawak dimana korang bole menyaksikan pertunjukan semasa bagi makanan buaya, buaya tua kecik semua ada .. jenis nya pon ada jugak .. rugi la dh melancong tak tengok apa ada disitu kan? kita ni walau tk bpe minat haiwan mcm ni tapi amek tahu la serba sikit .. nak kongsi cerita masa aku pergi tu aku lalu jambatan tau ada buaya tu senyap jaaa .. aku fikir patung or palsu atau pun tidur ke .. bila aku jalan menghampiri buaya tapi masih di jambatan la .. dia gerak bukak mulut luas2 kepala atuk dia .. terkejut aku lari dekat mak ayah hahahaha yela masatu budak2 lagi .. ingatkan nak kene baham dh habis ah aku ..


Di sini adalah tempat mcm perantara gerai makan yang seberang sungai naik boat cantik .. dan tempat jalan2 saja2 je .. cantik pemandangan betol2 di tengah bandar .. malam pun ramai jugak .. jalan la ke sana ya amek2 gmbr ke naik boat ke hahahaha gunakan masa melancong dengan memanfaatkanya..


Okey di sarawak majoriti org tahu mengenai kek lapis sarawak yang pelbagai perisa, nama, rasa manis semua ada lah cakap je nak apa .. selain itu Mee Kolok juga adalah makanan sarawak yang pelancong patut cuba .. cubalah rasa makanan dorang bole tahan jugak la kan .. rugi dh pergi tempat org x merasa.. so selain tu Kuin Cincin, Yang bulat2 semua .. mcm mcm banyak sgt smpai akuu lupa beb .. tapi manis jugak kuih cincin .. dia bukan kuih tp mcm keropok la haha jangan lupa beli borong dan merasa yaaa !!


Jangan lupa singgah Rumah Panjang utk pelancong tengok mcm mana reka bentuk, adat mereka.. unik sangat2 beb .. rugi rugi rugi tak pergi ! kalau aku kata rugi tu korang kene pergi tau yelaa nak tahu sarawak tu apa budaya mcm mana situ la nak tengok .. sesuai bg pelancong dari semenanjung atau luar negara ! hehe


Aku x berapa nak ingat sgt pasal sarawak sbb bagi aku .. tempat sarawak ni dunia hijau masih penuh dengan hutan .. haha pendapat je jgn kecam bro .. so apa apa pon selamat bercuti pada yang nak ke Sarawak yaa !!

Kebaikan kelebihan Membaca !!

Syoknya tajuk skema sangat tau hahaa tapi apa2 pon tajuk ni suka suka saja untuk semua yang dah baca blog aku dan dia sangat minat membaca atau saja2 baca haha

Setiap apa artikel atau berita dikeluarkan mesti berpandukan pada pengalaman seseorang atau pon dia mmg pernah dngar dari org lain dan dia share , so mcm itulahh

Best membaca beb sbb korang bole tahu benda taktahu, bole paham situasi, bole hayati (kalau nak hayati haha) dan paling penting membaca amalan kita ya rakyat malaysia !!

1. Baca dapat pengetahuan yang baruuu
2. Mempercepatkan bacaan jika sudah biasa atau pro haha
3. Boleh tahu mcm mcm perkara
4. Menarik jika kita berminat
5. Jadilah org yang penuh dengan pengetahuan !!

okey yang pasti nya kita tak bukak laman web bukan2 dan kita baca utk suka2 niat baik2 sahaja kalau org tu tulis kelakar confirm kita gelak kan? hahahaha
aku takde nak tulis banyak sangat sekadar apa nak share je mcm biasalah aku suka share suka hati aku jee yaaa ..

TERUSKAN MEMBACA DAN ANDA AKAN MENDAPAT KELEBIHAN NYA TAK KIRA LAH BACA AGAMA , PENDIDIKAN , ATAU APA2 SAHAJA . SO APA TUNGGU LAGI? MEMBACA LAAAAAAA HUHU


SPM Bukan Penghalang

Tajuk ni lain sikit dari sebelum2 ni .. bukan aku nak cakap or isu soal berbangkit ke bukan ye tapi ini mengenai pendapat aku walaupun aku rasa aku muda lagi masih jauh perjalanan tapi aku nak bagitahu kepada budak sekolah menengah yang tak berapa pandai, malas, nakal skit haha apa apa jelahhh..

KITA TAK ADA HALANGAN KALAU MAHU !
jujur nya tak semua org dalam dunia lahir2 terus pandai dan confirm dpt semua A dalam matapelajaran.. bukan la aku kata A je tapi yang markah or gred biasa2 tu sekali .. yang gagal pun sama .. tak kisah la kau gagal semua ke satu ke .. kita tetap ada kelebihan dan kekurangan mmg Allah bagi sama rata sama adil ya..

Kenapa Malas? mungkin sesetengah remaja melalui jangka masa zmn persekolahan tu terlalu lama bagi diri dia so dia rasa bosan nya life .. dh la masalah kwn2 la apala kan? aku remaja so aku phm sgt .. setiap remaja or org ni dia akan ada baiknya ada tak baiknya so bagi aku kita semua belajar dari kesilapan .. aku tulis hanya kongsi pendapat sahaja

GAGAL SEKALI ..
tak bermakna kita gagal selamanya teruskan usaha kepada semua .. hidup penuh cabaran ! tak kira dari segala aspek tapi kita kene kuat sbb Allah sayangkan kita .. sabar la ya walaupon kdg2 dugaan berat sgt .. kalau gagal exam sekola tak bermakna masa depan gelap , gagal masa dekat university atau kolej ke apa tak bermakna tak bole repeat or mmg tak berguna langsung ! kejayaan x dtg begitu saja walaupon kita kaya ke apa .. semua org mula dari bwh ..

Jangan pernah hina org yang kerja pangkat bawah atau kerja tanpa kelulusan ke apa sbb tanpa mereka malaysia xkan maju .. dan kalau xde org kurang pandai ni siapa nak buat dan berbakti kpd negara? sapa nak tolong negara? duit dtg dari mana kalau tkde usaha.. hasil akan dtg bila kita usaha ..
Setiap org ada kisah tersendiri dan cerita masing2 .. pendapat aku cuma senyumlah tabahlah usahalah.. pelbagai cara sekali pon yang penting sebelum buat keputusan bole tanya org sekeliling .. mana positif amek simpan dalam otak .. mana negatif tolong lantak kan jee ok ?
putus asa itu semua org pernah cuma dari cerita berbeza dan punca2 tu hanya masing2 yang tahu

ok la x nak share pnjng2 just santai relaks2 cerita bg yang positif jeee
byebyeee


Monday, 19 March 2018

Nak Share Melancong Ke Sabah

Masih membaca ke ? thankyou sangat hahahahaha aku suka gelak weh perasan tak setiap post apa apa gelak jee.. kita hidup happy2 ok tapi ada mase mybe serius tk bole nak melawak sgt

Yayayayaya nak share pasal melancong jalan2 makan angin kt malaysia ni banyak takot korang je letih haha tapi untuk tajuk sabah ni aku suka sbb kat sana mmg best ! pendapat aku .. aku bg 5 bintang hehehe !

Jom start .. aku pergi ke sabahh BORNEO so disitu la pilihan kami bukan tmpat2 len yee .. okey kami menginap di bandar dia iaitu hotel sri bornoe tak silap .. dekat sgt dgn jalan raya and pasar2 berdekatan .. yg penting pasar tu femes ya !


Haa? terliur? ni hanya contoh saja weh ! cpt2 book tiket jalan sana rugi siapa x pergi tau sangat berbaloi .. nak tahu tk? nasi goreng dia mcm bentuk gunung kinabalu .. aku yg kuat makan pon x habiss hahahahaha ! so siapa nak order nasi goreng sila share ye jimat ! di sana pasar yang aku pergi nama dia PASAR SINSURAN SABAH, mmg syok korang bole dapatkan harga murah dengan seafood bersaiz besar pilihan sendiri ! tapi kene pndai tawar menawar .. aku tak tipu tau sbb biasanya klau dorang tahu kita pelancong lg2 org semenanjung diorang akan bg harga standart sama taraf pelancong luar .. tp kita sebagai pelancong kene pandai lahh kalau nak makan ke apa ke cari port best2 dan banyak seafood yang ada sangat fresh and sedap !


Ni nama dia PULAU MANUKAN so disini adalah salah satu tempat menarik korang bole dtg .. pemandangan yang cantik dan mmg keindahan semula jd mereka terjaga lansgung tak kotor ! aku pergi sini naik boat ramai2 .. syok tau.. bole mandi la apala yang menariknya bole tengok obor2 tp jaga2 takut di sengat hahahahaha .. pulau2 di sana mmg ternyata cantik tambahan plk ada resort la chalet lah so sesuai keluarga dan pasangan or kwn2 bercuti bersama .. jgn lupa singgah di sini ya !


Cantik ? nak pergi ? beli lah tiket kapal terbang skrg ! hahaha ini nama dia KUDAT.  Masa aku ke sini ada je tempat makan2 org nyanyi2 pon ada mcm hiburan tepi pantai .. laut dia lawa la air nya warna biru2 gitu .. sambil dnga ombak2 kan hahaha makan satay di sabah bole tahan makanan situ .. kami ke sana hanya sewa kereta ya bkan travel pakej je apa . jalan sendiri jaaa beb, untung lg kalau drive sendiri sbb jalan sana x susah sgt pon srs .. ala kita org malaysia la apa takot? hahaha xkan sesat skrg ni google ada waze pon ada !


Ini gmbr Gunung Kinabalu . nak tahu tak di sabah cuaca sejuk dan kabus2 mmg la .. gunung tu aku pernah nampak ukiran unik dia semula jd mmg sangat2 best tau ! aku nampak real tp xsmpat ambek gmbr haha dh lahh aku kecik lg skola menengah form 2 x silap .. tp aku tahu di sana ada bayaran2 yang perlu dibayar kemudian kiteorang x naik pon sbb mak ayah aku x bpe minat sgt hahaha aku just bergambar di bwh2 tu jee .. tu pon berjalan dh penat oii ! belum smpai kaki gunug lg hahahahahaha ! hanya taman biasa tp ramai pelancong matsalleh ke atas sana yelah x kisah la duit mereka bnyk dan besar nilai dia . aku rasa kalau naik sana kene bermalam disana sbb org guard tu sendiri cerita dkt aku


Untuk wanita2 ibu2 ke apa ke .. suka cantik2 dengan mutiara ? ok sini nak bgtahu sana ada 2 jenis mutiara putih or hitam mybe tk ingat . tp 2 katagori iaitu air tawar dan masin ada beza la dua ni tp x bpe ingat . pergi sini sumpah shopping mutiara cincin la subang la rantai laaa hahahaha kerongsang la . gila kauu dh nama pon pompuan . beli utk sedara mara lg tuhhh .. harga bole runding dan mereka akan memberikan harga terbaik !

So sekian apa aku nak share ckup sekadar ini sahaja .. byebye

Cerita Hantu Asrama

Macam biasa utk permulaan sekali aku nak cakap haii korang semuaa ! selamat membaca utk blog kali ni hahahaha mmg rajin sungguh nak update blog jeee nii .. haaa korang dh makan belum ? kalau belum kene makan tau makanan minuman adalah penting untuk penghadaman dan kesihatan cehh..

Ok aku nak share berkenaan kes2 mistik, misteri, puaka seram apa bagai ni kalau korang agak asrama? hahaha tengok tajuk dh bole fkir mmg logik lah benda2 cm ni wujud kat asrama ..
Kita ni islam mmg kene baca apa patut la kan kalau di ganggu, ternampak ke apa utk lindung diri tapi kdg kdg kalau dia muncul dpn mata confirm beb susah kau nak buka mulut, kdg ada yang smpaii lintang pukang bacaan sbb ketakutan keresahan gitu ...


okey ni nak bercerita sikit pasal flat ni haha aku xkan bgtahu dimana tp sekadar gmbr shja rembat google ahhahaha .. mmg ada perkara kita kene tahu bahawa hari siang tempat kediaman kita namun apabila siang bertuka malam .. malam tu bukan tempat kita beb .. 

1.  Pernah budak perempuan asrama kwn kelas aku sendiri dia kene histeria sbb lalu dkt satu sungai berhampiran pangsapuri kami .. sungai tu mmg warden dh bgthu awal2 jangan lalu or buat apa2 dkt tasik pada waktu sblh ptg lg2 senja nak maghrib sbb keras .. tp zmn skrg budak2 degil beb hehehe enjoy kan keluar dgn pkwe member so tk kire dia lalu situ jgak tanpa pkir benda akan jadi .. pkul 3 pg .. dia lompat dr tingkap dapur jatuh ke bawah flat dgn x pakai tudung rambut terburai seliper tak pakai.. keadaan sangat serabut dan seram ? ko bayangkan dia dok dorm tingkat 3 x silap aku .. dia tu penakut baik budaknya xkan lah bole terjun tanpa ada halangan .. nak kata lasak .. takkan la 3 pg .. nk tahu kami jumpa dia dimana? di sungai tu .. dia otw nak terjun dh ke dalam sungai tp ada ustz menemui dia nasib baiklah .. 
2. Berlaku nya histeria beramai ramai (berjemaah) yang hebatnya rumah aku .. satu dorm kene histeria .. aku sorang je x .. termasuk lah budak perempuan yang dok asrama and dok uma sewa .. mereka pon beramai2 mengamuk menjerit meronta menangis.. bayangkan mcm mana keadaan aku masatuh? dgn aku pakai baju teddy bear hahahahaha lpstu pakai tudung sbb org laki2 .. lecturer girl kumpul .. lecturer pun smpai kene rasuk beb ape citer ni ? Mmg bahaya siapa stay sini tp aku mls sembang kat mana tempat belaja aku sbb tknak bukak story apa2 nanti susah.. siapa pernah study sini tahu la mana hahaha..
3. Budak laki dalam rumahh bergaduh nak bertumbuk tiba2 ngamok .. padahal masatuh tengah azan maghrib .. pelik ? sbb ? sbb diorang dtg dorm perempuan nak belah ptg lpstu lalu dkt sungai tu .. sungai ada jambatan tp bila lalu sumpahhh seramm wehh..
4. Masa dalam asrama aku suka wt assigment lewat2 smpai tengah malam kdg2 dok kt ruang tamu sorg2 aku mmg rasa ada memerhati lg2 dorm aku ada bilik kosong x berpenghuni mmg gelap je.. nk psg lampu warden x bg sbb jimat .. jimat kepala abah dia .. dia x dok uma tu bole smbang .. emo plk aku kan haha geram !
5. Masa mandi waktu sblm subuh dalam 5.45 mcm tu .. bilik air mmg tepi ada tingkap beb dkt mesin basuh so siapa dok rumah flat akan paham kan? ok masatu rasa seram2 tp buat bodoh bila habis je mandi dan dh amik air wudhuk .. keluar dr bilik air terus aku dnga bunyi menangis sayu2 dkt tingkap tp mcm bunyi dr bwh.. rumah bwh xde org .. aku tingkat 2.. mampos lah aku .. masatu rasa cuak tp dalam hati " aku x kacau kau .. jgn kacau aku" lps solat subuh ok skit perasaan tuh..
6. Aku dengan roomate suke lwk2 gurau dalam umahh tiba2 ada org ketuk pintu kiteorang .. masatu kiteorang bodo gak erk ada member aku pergi bukak lpstu dia kata tkde org.. masatu maghrib .. kiteorang diam jee dalam 3 minit kemudian aku cakap " eh skrg maghrib kan.. gate kita kunci siapa panjang tgn bole smpai kt pintu?" masatu semua mcm pndang sesama sendiri diamm jee tknak sebut pape sbb kiteorang dh tahu benda mengacau..
7. Aku masatu dok bilik dnga lagu psg earphone goyang2 kaki.. haha student bila xde kerje camtu ah melangok ! member2 dh otw tido la apalah .. keadaan sunyi sbb nak dkt 12.am jgak, tahu apa terjadi? aku turun katil pegi luar nak minum air mcm dahaga ... bekas makanan aku ada je dkt luar so berhadapan dapur ada tingkap menghadap sungai .. seram lah .. dh la lampu dapur x psg .. hanya lampu bilik air malap2 kan? ok tiba2 aku nampak lembaga hitam terbang masuk ke dalam rumah.. aku mmg x berhalusinasi sbb aku sdr bende tuh.. terus beb kecut perut naik katil selimut laju2 berhrp tiada apa.. klau ko kene .. baru ko tahu
8. Banyak beb citer tp aku share skit2 je ok? pernah masatu aku solat isyak kt ruang tamu sbb dalam bilik mmg sempit dh ar brg dorang sepah2 so aku mls.. aku solat kt ruang tamu .. masa rakaat kedua mcm tu .. terbantut beb aku mcm seolah2 terhenti bacaan sbb.. seolah2 belakang aku ada satu benda hitam besar nak terkam dan aku dpt rasa benda tu mmg real.. aku seram gile walaupon dia x smpat pgg aku sbb masa aku terbantut kjp tu aku kuatkan hati smbung bacaan dan solat aku.. ya Tuhan punya takut sgt . tawakal jee sbb hanya Allah paham perasaan aku 
9.  Aku ada pindah dorm dan blok sblh .. rumah tu aku dok masatu sorg je kt ruang tamu .. yang lain semua melepak dalam bilik wehh so aku dok atas kerusi lampu hanya bertemankan lampu dapur sahaja.. aku tiba2 dnga sebelah aku ada org menari seolah2 bunyi gelang kaki mcm india pakai masa dorang tengah menari .. gelang kaki hentak2 mcm tu kling2 mcm tu .. aku masa pndang sblh xde apa hanya tv seterika saja ada .. tp bunyi dekat dekat lpstu jauh lepastu dekat .. aku mmg x sdp hati sbb perasaan benda2 ghaib tu seolah2 ada dkt dengan akuu .. so korang bole thu bunyi tu bkan india ke apa .. hahahahaha

tak best arh cerita tapi tak tunjuk sungai kan? ok sungai dia camni ada jambatan .. tp dalam gmbr ni sblm buat ubahsuai cantik skit jambatan .. tp mmg ni la tempatnya


ini la dia .. seram ke x ? klau x seram try lah bermalam dkt situ .. dlu aku dnga dr kwn2 and lecturer ada kes situ aku share skit je eh? sbb klau story habis nanti benda tu dtg kt aku .. ada nenek and cucu ke apa tah kene langgar kt situ lpstu ada kes la x ingat and pangsapuri ni pernah ada india lelaki terjun bunuh diri ...

Ramai je kene rasuk2 ni lemah ka x lemah semua hantu ni balun hahahaha ..

10. sambung lagi mengenai tadi .. pernah roomate aku dia x balik cuti sabtu ahad .. aku balik sbb aku malas stay situ dh la seram mls kene kacau ! aku baliklah ptg ahad tu kan sbb sblm kol 9 kene masok asrama dh wei .. aku masatu tinggal berdua sbb yang len semua keluar dr dorm tu taktahan .. so balik2 mcm biasa lah kemas baju semue .. kwn aku pun cakap " cik m**** dh balik dh ada je lam bilik dia dtg usya aku tadi tp dia diam je" lpstu aku biasa je sbb bg aku x la seram normal la warden mcm tu .. yang seram nya lps aku kemas2 aku keluar masatu mmg maghrib la aku kuar g mkn dgn mak ayah sblm dorang balik kan ..
aku balik nak dkt kol 9 lpstu kami biasa je kwn aku pun wt hal sendiri .. yang seram nya sbb .. pkul 12.00 malam warden balik .. katil aku dkt dgn pintu so aku dnga dia balik and nampak la siap bwk beg2 mcm tu mybe dia dr kg la kot .. tiba2 aku tanya kwn aku esok pgnya masa siap2 nak g kelas .. " weh smlm lambat warden balek" pastu kwn aku wat muke pelik .. dia tanya aku "ha? balik mana.. bila dia kuar weh dia ada je kt uma x kuar2 dari bilik dia sejak dia pndang aku senyap tu.." lpstu aku kt situ dh pkir.. ni bukan kes warden keluar ni kes kawan aku di usya oleh hantu ! aku pon bgtahu dia jujur " malam td aku tido lambat ... warden balik kol 12 weh" pastu kwn aku terus diam jee sbb dia mcm takut sgt2 .. yelah benda tu serupa warden tp pelik hanya tengok dan diam ..
11. Pernah terbayang masa dok asrama tu tengok tv sorg2 rasa mcm bilik tkde penghuni yang aku ckp tadi tu ada org perempuan dok situ dan sikat2 rambutnya .. mampos lari aku haha

banyak lg beb kisah zmn belaja zmn asrama tp aku mls story banyak sgt .. kang x habis baca korang ni okey la byeeee 

Sunday, 18 March 2018

Kisah Hantu Ziraa

Okey first , nak cakap haii untuk semuaa ... thanks sudi baca ke apa ok?
sihat kee ? ada baik kaaa kawan ? kita semua kwn okey jangan lawan tau tak elok mak marah nanti tau..

Harini mood lebih kpd nak story hantu2 tanak pasal melancong ke merepek ape tahh..
siapa ada pengalaman bole share jugak siapa yang nak baca apa aku tulis silakan jgak ..
tak seram mana tp saja2 ikot ske hati aku hahahahaha !

1. Jalan RTP lembah klau nak sama mcm jalan karak lama
jap .. aku x bpe pro jalan2 ni sbb aku bkan driver tapi lebih kureng jelaa.. jalan gelap jalan thar..
kalau ada lampu pun malap2 jalan sunyi saja penuh kelapa sawit .. itu ada rumah kakak mak aku..
cerita dia x seram sgt tp saja boring2 nak type en ?

Teruskan membaca ! masatu aku masih kecik la kot hahahaha (perasan) dalam sekolah menengah lg tu .. okey sekitar jam 12 or 1.00 am mcm tu aku dan mak ayah lalu jalan tu sbb mmg xde jalan lain lg boleh lalu .. mmg x nafikan perasaan seram berada di sekitar kawasan yang mcm tu kalau kau x caya ha g lhh dok sorg2 kt situ apa mcm?  dalam perjalanan aku dok sorg je kat belakang .. biasalah mengelamun termenung smbil bulan menemaniku haha tengok la tepi tingkap yang pokok2 kelapa sawit tu en ? dalam masa sama aku leka dnga muzik radio so TIBA-2 AKU DENGAN SECARA TAK LANGSUNG NYA ADA KELIBAT PUTIH SEAKAN2 PONTIANAK .. selamba badak dia pandang aku lepastuh aku mcm bodo pun ade.. aku biar .. lpstuh 2 3 minit kemudian aku mula seram mula fikir "ehhhh bende pe? Ya Allah hantu kee?" tapi aku x ckp dengan mak ayah pun aku senyap dan senyap..
aku mls cerita banyak just skit2 je lpstu mls nk citer smbung citer len.. Sesiapa lalu disitu please hati hati dan mulakan dengan doa sbb sedara aku pernah kene ditutup kain putih semua cermin kereta hadapan.. benda ni x semua org kena tp dia mmg W.U.J.UD

2. Kilang (Kawasan Petaling Jaya Selangor)
takkan aku bagitahu nama kilang dan mesti aku tutup aib sesebuah tempat kan? just niat bercerita sahaja doh.. aku nak bgtahu ni tempat aku kerje dan mmg penampakan tu tak ada berlaku tapi aku bole rasa benda tu..
Setiap pekerja situ majoriti dah tahu cuma dorang diam je sbb aku paling muda mybe tknak kacau fikiran aku .. tandas dia hujung kawasan kilang mmg sunyi sbb kene lalu lorong lpstu tepi lorong ada bilik nak ubahsuai tp terbiar .. sebelah lg ada store besar ..
Perasaan semasa jalan ke tandas tu sebenarnya mmg bole rasa beb lg2 aku jenis g sorang2 tknak ajak sesiapa sbb aku ni bdak baruu kang buat kepala sendiri susah lak en? tandas dia mmg kecik je tp seram dia Ya Allah tak mampu cakap.. masa dlm tandas pernah la aku duk lama sikit .. perasaan selalu takut, rasa mcm ada memerhati, rasa seram sejuk.. selalu ada angin sepoi2 dkt luar pintu tandas seolah2 mcm ada org lalu or dtg padahal takde weh..

pernah la org citer ada perempuan rambut pnjng situ tp aku beranikan diri gelak2 jee hahaha.. kdg2 nak tengok cermin betulkan tudung ke basuh muke.. aku akan rasa sesuatu di belakang aku dan takut kalau2 ada muncul di cermin.. entahlah taktahu nak cakap mcm mana tp aku cuba tahan perasaan..
lagi satu psl store yang aku kate menuju ke tandas.. ni nak citer 1 pengalaman kt kowang ..
malam tu aku ada overtime .. smpai malam dlm kol 9 or 10 camtu x ingat.. kene siapkan apa tah kejar target last minit so OT.. masa malam tu lps isyak .. ada la diorang ni smbil wat kerje smbil borakk biasalah tunjuk hero.. citer hantu ! aku gelak je sbb aku xnk salah ckp nnti kene lg plk aku jenis sng kene histeria tau.. ok tgh2 smbng wt kerje tiba2 dorang dak laki focus kerje keadaan jd diam je.. aku mula rasa sayu je mcm sunyi asal tetiba diam en ? tiba2 kiteorang dnga satu balingan brg yang besar dan berat dkt bilik sebelah.. bilik sebelah tu berkunci mmg bkan calang2 bole masok sbb simpan apa tah brg penting lah .. masa dnga bunyi camtu semua diam dan pndang sesama sendiri.. Aku ni pandai sgt terlebih pandai pergi lah buka mulut cakap "eh ada org ke sebelah sana?" pastu semua pndang aku dan ade la abang ni dia berdiri smbil semak fail apa tah dia ckp "diam2" so dari situ korang tahu la ? apa benda tu hahahahaha..

haa aku ada lg citer dimana satu bilik yang ada mesin and bilik kecil untuk timbang berat kotak tau bilik tu ada je abang ni jaga .. aku pernah ditugaskan situ utk belaja jaga mesin.. mcm2 cerita aku dngar ada budak kecik lembaga hitam la apala tp Allah lindungi aku masa aku sorg2 situ mmg x nafi seram sejuk rasa x sdp semua ada.. tapi aku wt bodo wt berani2 hahahaha.. smpai ada pakcik dtg kat aku cakap "oi x takut ke?" aku pun mcm "tkdepeee..." sbb aku mls nak buka mulut nanti dia kacau aku? sapa nak jwb? kau? aku? hahaha tetibee !

ok ni last pasal kilang .. psl pantry semua org tahu pantry tempat org makan minum berehat semua santai2 .. pantry dia x besar mana tp pernah aku tgh makan masatu lapaa weh dah tak pkir kwn2 ke akk2 ke abg2 kee .. aku amek makanan dan makan sorg2 tp waktu rehat lah .. aku mmg rasa sunyi sepi tp wt bodo sbb lapa.. tiba2 aku tersentak sbb pintu pantry seolah2 di tarik buka dan di tutup .. aku pun pandang belakang sbb pintu belakang aku..ingtkan adalah staff ke kwn ke rupanya xde org.. aku rasa sesuatu dh .. cpt2 makan blahh tp mulut diam je x ckp..
lpstu aku mmg biasa jgak duduk2 dkt sofa dpn office or pintu utama menuju office weh saja lepak time malam2 nak abiskan waktu OT kdg2 .. office malam2 xde org lampu adalah terang .. pantry ada kat hujung tp aku duduk kat sofa selalu dnga bunyi org berborak2 or makan minum dalam tu mcm kerusi ke pinggan ke.. aku positif mybe guard, pekerja lain.. tp seram sejuk ada .. kdg2 bunyi pintu mcm org mrh.. tp bila satu hari tgh lepak2 dgn abang and akk kt sofa waktu siang .. dorang bukak citer psl seram2 pantry.. aku dnga dorang kata "mmg slalu sgt la pantry ni mcm org borak la pintu tarik la apala.. padahal xde siape pon.." bile aku yang leka main phone dngar je mcm tu terus la aku tergamam smbil berkata lam hati "aku ingt org betul borak tp xde org ermmm" dalam masa sama aku teringat time tu jgak yang pantry selalu aku dnga org borak2 mmg lampu bertutup .. mcm mana la aku tak terfikir kan?


3. Sekolah .... xleh ckp nama HAHA
aku nak citer yang kat skola ni mmg seram siapa lemah semangat bole kene rasuk terutama nya budak mcm aku yang sng kene sampuk apa bagai . bukan aku sengaja jerit or hilang kawalan .. tp itu adalah setan.. kalau kau x caya sudahh !
Waktu kem kadet polis dalam pkul 3 pg kami ada buat operasi burung hantu sbb nak uji keberanian bagai la erk.. aku masatu budak2 biasa junior ahh so senior2 mmg nak kenekan aku.. tutup mata pakai kain ar apala dorang kacau2 tp aku tahu ada benda terjadi bukan senior yang kacau tp hantu hahahahahahahha...

masa berdiri sorg2 taktahu at mne.. aku dengan mata ditutup masatu aku tertinggal kwn2 .. so aku mmg sorg situ angin berlalu sekeliling aku beb dh la 4 pagi mcm tu mnee x seram? aku dnga kelibat lalu tepi aku .. x mungkin senior .. aku dngar suara sayu2 tp aku tahu itu bkan manusia.. nasib  xdepape tp seram jangan cakap ah weh !
kat sekolah dlm tandas aku pernah nampak seakan2 pocong di atas lubang dinding mcm atap .. astagfirullah.. masa kat skola aku mcm2 benda aneh berlaku .. aku masa kem kadet polis tidur dlm dewan .. perempuan ah semua .. lelaki tido kantin atas meja haha sodihh ! masa malam sblm operasi burung hantu tadi? aku mmg x sdp hati rasa mcm ishh entahla tp bila aku gtw kwn aku .. dia mcm mls sgt nak layan mybe dia penat and dia pon takut kot sbb aku ni jenis sng kene histeria kang dia melayan mampus dia haha.. ada masa aku baring2 dgn kwn.. kwn menghadap aku .. aku menghadap dinding ada tingkap nampak luar.. tepi tulah aku nampak ada perempuan x bermuka rambut bertutup habis panjang rambut .. besar jgak .. berdiri betol2 dkt tingkap.. dia mcm lembaga pon ada.. tp aku masatu cam "alamak.. nampak plk" terus aku pusing ke arah lain sbb peluh2 takut dohh.. ayat satu apa aku x baca sbb perasaan seram takut nak lari semua ada weh..

#SAMBUNG STORY KT LEN MLS TYPE .. PADAHAL BANYAK LG CITER HANTU 

Thursday, 8 March 2018

Nak Share Melancong Ke Thailand

Hello ? jangan bosan dulu dengan story travel yaaa ... kali ni biasa je sbb semua org bole pergi naik kereta, kapal terbang, dan ada je org malaysia keturunan thai hahahahhaa
Thailand adalah tajuk kita ..

Aku pergi bangkok, dengan sedara mara tapi x lah berapa melancong .. kali ni nak share aku naik flight pergi Phuket dekat Thailand.. haaan ni pergi dengan mak ayah aku and kakak, abang ayah aku tp diorang bkan islam .. ayah aku muslim ye...

Hai ! sihat ke korang ? tersengeh ke ? muka masam ke ? mood takde ke ? hahaha kite baca ni happy2 aku share tak la menyeluruh tp serba sedikit sahaja !


Ini adalah femes punya tempat jgakk mmg cantik aku siap beli baju phi phi island lagi hahaa sana nak shopping ok je xde hal, banyak masalehh .. ohh ya negara thai nie bg aku susah makan boleh laa sbb diorang agama buddha lahh .. patung2 banyak sbb tuhan dia kan? tp kita islam nie xde mslh ke sana sbb sana pon ade je org islam jugak .. makanan sana mesti lah tomyam putih or merah hahaha piawww tuu okey jeee laa.. pandai2 cr makan sana yee..


Unik tak? lawa tak?  kau kalau dengar lagu dia kepala kau goyang2 hahaha kuat jgak speaker.. ini adalah mcm taxi tp xtahu la sana panggil apa ? dia mcm lori kecik yang di ubahsuai menarik untuk tarikan pelancong dan dia akan bawa kita kemana2 saja.. best jgak weh aku ske naik hahahaha.. comel je siap lampu2 lagu2 lagi tau .. sapa2 pergi thai bole la merasa kasi selfie satu kalii !
Hotel aku dekat sangat dengan pantai berdekatan je.. dulu orang hotel kata dengan ayah aku situ pernah tsunami teruk tapi xtahu la apa cerita .. aku mls dnga sbb aku risau mulut x jaga nnty x psl2 kene plk kan masatu ..

Makanan sana okey malam2 kami di bawa makan ke tempat medan selera dimana org thailand pattani kan banyak je pandai mskk hahaha so diorang ada gerai banyak2 situ mmg pelancong islam makan sana ah masakan malaysia pun dorang bole je buat.. mcm pakcik and makcik aku dorang senang sbb makan dkt hotel mcm sarapan ke apa malam2 makan.. sana mmg tulis halal tp aku dgn mak aku tengok ada babi kot.. xnak laaa.., biar la tumpang tidur saja.. kan?


Ni aku dnga dulu Artis James Bond pernah buat pengembaraan tapi x sure la sbb aku x bpe gemar sgt dgn dia tp adalah sejarahnya kan hahaha.. kiteorang naik kapal besar giler weh !! tp xtahu panggil cruise ke apa.. perjalanan tiada bertepi .. laut dalam sgt2 tkde pulau pun sumpah ah takot dh la masatu hujan hujann . lawak matsalleh sana dok tepi besi kapal tu topi terbang ! pdn muke hehe jahat aku.. aku ni mabuk gak laaa.. mmg bestt naik kapal besar .. kantin ke apa semue ada .. hahahah rugi ya siapa x cuba lepasni bole laa ya ....

So sekian, ni nak bgtahu dkt thailad kdg2 korang tengok cm melayu tp jual babi . jangan la senang terpedaya ... sana x kire babi pun die jual je kt kedai melayu . apa yang aku nmpk ah jangan kecam2 ye . pendapat masing2 . byeee !

Beli tiket awal2 yaaaaaaa

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...