Sunday, 18 March 2018

Kisah Hantu Ziraa

Okey first , nak cakap haii untuk semuaa ... thanks sudi baca ke apa ok?
sihat kee ? ada baik kaaa kawan ? kita semua kwn okey jangan lawan tau tak elok mak marah nanti tau..

Harini mood lebih kpd nak story hantu2 tanak pasal melancong ke merepek ape tahh..
siapa ada pengalaman bole share jugak siapa yang nak baca apa aku tulis silakan jgak ..
tak seram mana tp saja2 ikot ske hati aku hahahahaha !

1. Jalan RTP lembah klau nak sama mcm jalan karak lama
jap .. aku x bpe pro jalan2 ni sbb aku bkan driver tapi lebih kureng jelaa.. jalan gelap jalan thar..
kalau ada lampu pun malap2 jalan sunyi saja penuh kelapa sawit .. itu ada rumah kakak mak aku..
cerita dia x seram sgt tp saja boring2 nak type en ?

Teruskan membaca ! masatu aku masih kecik la kot hahahaha (perasan) dalam sekolah menengah lg tu .. okey sekitar jam 12 or 1.00 am mcm tu aku dan mak ayah lalu jalan tu sbb mmg xde jalan lain lg boleh lalu .. mmg x nafikan perasaan seram berada di sekitar kawasan yang mcm tu kalau kau x caya ha g lhh dok sorg2 kt situ apa mcm?  dalam perjalanan aku dok sorg je kat belakang .. biasalah mengelamun termenung smbil bulan menemaniku haha tengok la tepi tingkap yang pokok2 kelapa sawit tu en ? dalam masa sama aku leka dnga muzik radio so TIBA-2 AKU DENGAN SECARA TAK LANGSUNG NYA ADA KELIBAT PUTIH SEAKAN2 PONTIANAK .. selamba badak dia pandang aku lepastuh aku mcm bodo pun ade.. aku biar .. lpstuh 2 3 minit kemudian aku mula seram mula fikir "ehhhh bende pe? Ya Allah hantu kee?" tapi aku x ckp dengan mak ayah pun aku senyap dan senyap..
aku mls cerita banyak just skit2 je lpstu mls nk citer smbung citer len.. Sesiapa lalu disitu please hati hati dan mulakan dengan doa sbb sedara aku pernah kene ditutup kain putih semua cermin kereta hadapan.. benda ni x semua org kena tp dia mmg W.U.J.UD

2. Kilang (Kawasan Petaling Jaya Selangor)
takkan aku bagitahu nama kilang dan mesti aku tutup aib sesebuah tempat kan? just niat bercerita sahaja doh.. aku nak bgtahu ni tempat aku kerje dan mmg penampakan tu tak ada berlaku tapi aku bole rasa benda tu..
Setiap pekerja situ majoriti dah tahu cuma dorang diam je sbb aku paling muda mybe tknak kacau fikiran aku .. tandas dia hujung kawasan kilang mmg sunyi sbb kene lalu lorong lpstu tepi lorong ada bilik nak ubahsuai tp terbiar .. sebelah lg ada store besar ..
Perasaan semasa jalan ke tandas tu sebenarnya mmg bole rasa beb lg2 aku jenis g sorang2 tknak ajak sesiapa sbb aku ni bdak baruu kang buat kepala sendiri susah lak en? tandas dia mmg kecik je tp seram dia Ya Allah tak mampu cakap.. masa dlm tandas pernah la aku duk lama sikit .. perasaan selalu takut, rasa mcm ada memerhati, rasa seram sejuk.. selalu ada angin sepoi2 dkt luar pintu tandas seolah2 mcm ada org lalu or dtg padahal takde weh..

pernah la org citer ada perempuan rambut pnjng situ tp aku beranikan diri gelak2 jee hahaha.. kdg2 nak tengok cermin betulkan tudung ke basuh muke.. aku akan rasa sesuatu di belakang aku dan takut kalau2 ada muncul di cermin.. entahlah taktahu nak cakap mcm mana tp aku cuba tahan perasaan..
lagi satu psl store yang aku kate menuju ke tandas.. ni nak citer 1 pengalaman kt kowang ..
malam tu aku ada overtime .. smpai malam dlm kol 9 or 10 camtu x ingat.. kene siapkan apa tah kejar target last minit so OT.. masa malam tu lps isyak .. ada la diorang ni smbil wat kerje smbil borakk biasalah tunjuk hero.. citer hantu ! aku gelak je sbb aku xnk salah ckp nnti kene lg plk aku jenis sng kene histeria tau.. ok tgh2 smbng wt kerje tiba2 dorang dak laki focus kerje keadaan jd diam je.. aku mula rasa sayu je mcm sunyi asal tetiba diam en ? tiba2 kiteorang dnga satu balingan brg yang besar dan berat dkt bilik sebelah.. bilik sebelah tu berkunci mmg bkan calang2 bole masok sbb simpan apa tah brg penting lah .. masa dnga bunyi camtu semua diam dan pndang sesama sendiri.. Aku ni pandai sgt terlebih pandai pergi lah buka mulut cakap "eh ada org ke sebelah sana?" pastu semua pndang aku dan ade la abang ni dia berdiri smbil semak fail apa tah dia ckp "diam2" so dari situ korang tahu la ? apa benda tu hahahahaha..

haa aku ada lg citer dimana satu bilik yang ada mesin and bilik kecil untuk timbang berat kotak tau bilik tu ada je abang ni jaga .. aku pernah ditugaskan situ utk belaja jaga mesin.. mcm2 cerita aku dngar ada budak kecik lembaga hitam la apala tp Allah lindungi aku masa aku sorg2 situ mmg x nafi seram sejuk rasa x sdp semua ada.. tapi aku wt bodo wt berani2 hahahaha.. smpai ada pakcik dtg kat aku cakap "oi x takut ke?" aku pun mcm "tkdepeee..." sbb aku mls nak buka mulut nanti dia kacau aku? sapa nak jwb? kau? aku? hahaha tetibee !

ok ni last pasal kilang .. psl pantry semua org tahu pantry tempat org makan minum berehat semua santai2 .. pantry dia x besar mana tp pernah aku tgh makan masatu lapaa weh dah tak pkir kwn2 ke akk2 ke abg2 kee .. aku amek makanan dan makan sorg2 tp waktu rehat lah .. aku mmg rasa sunyi sepi tp wt bodo sbb lapa.. tiba2 aku tersentak sbb pintu pantry seolah2 di tarik buka dan di tutup .. aku pun pandang belakang sbb pintu belakang aku..ingtkan adalah staff ke kwn ke rupanya xde org.. aku rasa sesuatu dh .. cpt2 makan blahh tp mulut diam je x ckp..
lpstu aku mmg biasa jgak duduk2 dkt sofa dpn office or pintu utama menuju office weh saja lepak time malam2 nak abiskan waktu OT kdg2 .. office malam2 xde org lampu adalah terang .. pantry ada kat hujung tp aku duduk kat sofa selalu dnga bunyi org berborak2 or makan minum dalam tu mcm kerusi ke pinggan ke.. aku positif mybe guard, pekerja lain.. tp seram sejuk ada .. kdg2 bunyi pintu mcm org mrh.. tp bila satu hari tgh lepak2 dgn abang and akk kt sofa waktu siang .. dorang bukak citer psl seram2 pantry.. aku dnga dorang kata "mmg slalu sgt la pantry ni mcm org borak la pintu tarik la apala.. padahal xde siape pon.." bile aku yang leka main phone dngar je mcm tu terus la aku tergamam smbil berkata lam hati "aku ingt org betul borak tp xde org ermmm" dalam masa sama aku teringat time tu jgak yang pantry selalu aku dnga org borak2 mmg lampu bertutup .. mcm mana la aku tak terfikir kan?


3. Sekolah .... xleh ckp nama HAHA
aku nak citer yang kat skola ni mmg seram siapa lemah semangat bole kene rasuk terutama nya budak mcm aku yang sng kene sampuk apa bagai . bukan aku sengaja jerit or hilang kawalan .. tp itu adalah setan.. kalau kau x caya sudahh !
Waktu kem kadet polis dalam pkul 3 pg kami ada buat operasi burung hantu sbb nak uji keberanian bagai la erk.. aku masatu budak2 biasa junior ahh so senior2 mmg nak kenekan aku.. tutup mata pakai kain ar apala dorang kacau2 tp aku tahu ada benda terjadi bukan senior yang kacau tp hantu hahahahahahahha...

masa berdiri sorg2 taktahu at mne.. aku dengan mata ditutup masatu aku tertinggal kwn2 .. so aku mmg sorg situ angin berlalu sekeliling aku beb dh la 4 pagi mcm tu mnee x seram? aku dnga kelibat lalu tepi aku .. x mungkin senior .. aku dngar suara sayu2 tp aku tahu itu bkan manusia.. nasib  xdepape tp seram jangan cakap ah weh !
kat sekolah dlm tandas aku pernah nampak seakan2 pocong di atas lubang dinding mcm atap .. astagfirullah.. masa kat skola aku mcm2 benda aneh berlaku .. aku masa kem kadet polis tidur dlm dewan .. perempuan ah semua .. lelaki tido kantin atas meja haha sodihh ! masa malam sblm operasi burung hantu tadi? aku mmg x sdp hati rasa mcm ishh entahla tp bila aku gtw kwn aku .. dia mcm mls sgt nak layan mybe dia penat and dia pon takut kot sbb aku ni jenis sng kene histeria kang dia melayan mampus dia haha.. ada masa aku baring2 dgn kwn.. kwn menghadap aku .. aku menghadap dinding ada tingkap nampak luar.. tepi tulah aku nampak ada perempuan x bermuka rambut bertutup habis panjang rambut .. besar jgak .. berdiri betol2 dkt tingkap.. dia mcm lembaga pon ada.. tp aku masatu cam "alamak.. nampak plk" terus aku pusing ke arah lain sbb peluh2 takut dohh.. ayat satu apa aku x baca sbb perasaan seram takut nak lari semua ada weh..

#SAMBUNG STORY KT LEN MLS TYPE .. PADAHAL BANYAK LG CITER HANTU 

No comments:

Post a Comment

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...