Wednesday, 18 April 2018

Sungai Kat Malaysiaaaa

nak share pasal antara sungai-sungai yang korang boleh pergi beriadah dengan keluarga , kawan , pasangan dan sesiapa sahaja ! Tak tahu ke di Malaysia terlalu banyak tempat yang boleh kita pergi enjoy ? bukan nya luar negara saja ya . Di Malaysia juga ada pelbagai khazanah alam yang patut kita ketahui !

Jom cerita pasal sungai-sungai iee bestnya mandi sungai sejuk , segar bersih dan nyaman haha .. aku cuma bagi idea saja yaa ..


Hai semua ! ini ULU YAM dekat saja , korang boleh search google dimana ya , siapa tak cuba pergi memang rugi ya .. best di sini ! boleh try sekarang ya ..


CHAMANG ! syok gila beb , air dia sejuk dan tempat cantik tapi masuk mcm ke dalam sikit . apa tunggu lagi ? siap boleh bawa makanan makan disana tapi jaga kebersihan di tempat orang ya ! boleh cuba google sekarang ya ? Jom Serbu !



ULU CHEPOR ! korang kene datang sini di perak saja tak jauh , apa salahnya bawa keluarga sekali sekala mandi sungai .. air sungai ni banyak bagus nya dari air korang mandi entah memana tu ! Simpan duit sekarang dan rancang percutian !


AIR TERJUN KOTA TINGGI di johor ! memang super gempak sebab mereka ada buat perubahan sikit tambah gelongsor mcm tu tapi ada bayaran rasanya . Jom la ramai-ramai ya ke sana


JANDA BAIK pun tempat yang penuh dengan keindahan sekeliling so siapa nak pergi boleh ke sana dekat juga ! jom ajak mak ayah adik kakak abang sekarang !!

so pesanan ringkas , takperlu book tiket kapal terbang ! haha boleh rancang perjalanan anda sekarang . Simpan duit , rancang tarikh percutian untuk kemudahan dan keselamatan anda ya . semoga perjalanan pergi dan balik selamat .. byebye

Berjaya Ke Bergaya Kau Ni ?

hello semua , buat apa je tu ? semua sihat ke hari ni ? yang sedang baca ni okey ke tu haha dah makan ke ? okey bila tak ada kerja dan kerja sudah siap baru boleh buka blog dan update ok ? jom sembang pasal benda yang ada dalam kehidupan seorang insan di muka bumi ni hahahaha ..

Berkenaan , penampilan , diri anda , gaya hidup , cara tersendiri .. Apa aku nak share ni adalah pendapat aku dan harap tak ada kes sindir sesiapa , ambil secara positif ya ? JOM START !

1. Kalau cakap pasal berjaya semua org pun berjaya , tak ada seorang pun tak berjaya tapi ? kejayaan tu banyak cabangnya .. boleh jadi berjaya dalam akademik , sukan , hidup , perniagaan dan mcm mcm dari jalan kisah hidup masing-masing haha ..

2. Bila dah berjaya tu bagi aku imej sangat penting bagi seseorang lagi lagi jenis yang berurusan dengan pihak luar dan yang berniaga mesti nak pelanggan dia yakin terhadap diri dia so benda pertama orang tengok kita ialah PENAMPILAN

3. Gaya ok , cantik , hensem , positif , kerja pon kena okeyy jangan sampai imej yang bagus bergaya melampau tapi kerja kita macam tak setaraf dgn penampilan .. kualiti penting !

4. Kalau nak bergaya jangan ikut kawan-kawan , artis , yang ikut benda baik tak apalah kalau fashion ngarut takpayah , merosak kan imej kau ! yang tu untuk lelaki . yang perempuan pula takpayah nak follow rentak baru sampai berpakaian terlalu menjolok mata , awak nampak tak cantik pon sayang . jaga la diri anda walaupun lelaki dan perempuan .

5. Tak ada duit yang banyak tak perlu kutuk orang yang beli baju branded ni , dia berduit , dia punya fashion dia punya suka .. cara masing2 bro and sis hehehehe .. tapi kalau dia beli mahal mahal minta duit kau .. kau patut la nasihatkan dia sedar diri tu kalau tak mampu ya

6. Kalau mampu beli brg dan baju berjenama , jangan pula hina yang tak berduit kerana semua tu pinjaman je untuk kau bukan bawak ke mati haha semua di muka bumi sama saja .

LAST NAK CAKAP , NAK BERJAYA MACAM MACAM SUDUT BOLEH BERJAYA USAHA , POSITIF , JANGAN PUTUS ASA ! YANG ISLAM SOLAT DOA DAN USAHA LAH KEPADA ALLAH , YANG BUKAN ISLAM PUN ADA CARA DIA KAN ?

YANG BERGAYA , KALAU BOLE STABILKAN LIFE ANDA DULU , JANGAN SEBAB ANAK MAK AYAH , SUKA SUKA KAU NAK BERGAYA TANPA FIKIR DUIT MAK AYAH BANYAK LAGI NAK DI SALURKAN DARIPADA BELI BAJU BRANDED KAU TU

YANG BERJAYA BOLEH LA TERUSKAN NIAT BERGAYA , BERGAYA LAH DENGAN KEMAMPUAN ANDA .. JANGAN TERLALU FANATIK IKOT ORANG SAMPAI DIRI SENDIRI SANGKUT

PENAMPILAN PENTING , TAK KIRA SIAPA JADI NASIHAT AKU PADA YANG MISKIN , KAYA RAYA , BIASA BIASA TU .. HIDUPLAH DENGAN BERSEDERHANA .. JANGAN HINA ORANG JANGAN CAKAP APA APA PASAL GAYA HIDUP SESEORANG .. BERJAYA LA DULU BARU BERGAYA .. JANGAN BERGAYA TAPI MERANA YA

okey bye byeeee .. hehehehe

Sunday, 15 April 2018

Apa istimewa REDBOX ? Meh Baca Dulu

Hai semua , nak bagitahu ni apa best nya Redbox Karaoke ni .. Jadi kepada sesiapa yang nak bersantai dengan keluarga , kawan ke apa . dengan niat baik saja bole la menyanyi2 di pusat hiburan istirehat ni ..


So , bagi pendapat aku bukan la kata nak promote sangat tapi saja nak share dengan korang yang rasa rugi ke apa sebab majoriti tahu kot redbox ni harga memang mahal sikit la .. kalau kaya tu rasa normal je hahaha .. puluh2 jugak la .. and ada sampai 100 lebih .. dekat sini aku nak bagitahu lagu lagu dalam senarai karoke redbox biasanya cepat jugak dia update .. dan banyak je artis yang boleh kita nyanyikan semula lagu nya ..


Ini adalah gambaran dalam bilik karoke ye , setahu aku dia ada je bilik party beday , vip semua tu nanti aku tunjuk ye .. ruang yang selesa , besar . dan sesuai la kalau berehat dengan kawan kawan atau keluarga . jangan pergi buat jahat ya haha pergi niat nak hilangkan tension je asyik kerja je ? boring jugak kan !


Haa kalau nak tahu la kan , di pusat redbox ni juga menyediakan makanan buffet pada waktu tengahari yang aku tahu la . memang dah termasuk bayaran . redbox biasanya akan suruh kau menyanyi apa semua dulu so setengah jam sebelum waktu kau habis , dia akan datang dan ambil duit bayaran .. so korang bila datang baru nak masuk ke pusat redbox ni tak akan bayar apa apa aahahaha enjoy dahulu .. so harga harga dia ikot kepada masa masa jugak . kalau ada kad pelajar lagi la dia bagi diskaun ya .. so siapa datang ke redbox memang tak rugi bagi aku la ...


Ini adalah ruang party room yang ada di pusat redbox ni , so siapa nak sambut kelahiran pun bole lah berhibur bersama rakan2 dan keluarga anda .. hehehe cantik tempatnya !

= Ruang Yang Selesa

= Sejuk

= Selesa

= Harga Berpatutan dengan Layanan Diberi

= Makanan Boleh Tempah Mengikut Menu

= Minuman Juga Disediakan

= Buffet Juga Ada

= Banyak Lagu

= Masa Diberi Berbaloi

Jadi ? siapa yang pergi karoke dan kebetulan harijadi dia juga akan dapat makanan , minuman , diskaun harga ! special punya ! jadi aku rasa .. tak salah pergi ke tempat yang mahal sedikit tapi kemudahan kelengkapan ada . Tandas pon ada so jangan risau ya !

JOM BERSANTAI DAN BERHIBUR BERSAMA KAMI , DI REDBOX ... PUSAT HIBURAN KAROKE YANG BEST !

Lepak Dulu ke Mati Dulu?

Kepada semua yang membaca cerita kali ni aku nak berterima kasih sangat ya , Thanks Support !
untuk cerita kali ni lebih kepada nak menasihat dan menyedarkan serta adalah unsur positif yang aku nak share ..

So sama sama baca la ya benda ni .. Jom start !
ok , dalam dunia ni tak semua org bernasib baik dan tak semua org di beri dugaan / cabaran / ujian yang sama . Kerana itu setiap manusia berbeza jalan cerita dan hidupnya .. Kita kalau tak ada pengalaman kerja , tak pernah bersekolah , susah nak dapat kerja . itu tak bermakna kita tak akan berjaya sampai bila bila ! Insya Allah bila usaha ada lah jalan nya .. bila malas taknak usaha tunggu bulan jatuh ke riba , kau fikir ? rezeki ada ?

Pendapat aku la kan , orang yang kerja bawahan, kerja biasa2 ni lagi bagus daripada orang yang malas bekerja doh .. sebab nya zaman semakin maju , dunia ni nak masuk hutan simpan pon nak duit , tandas pun nak masuk kene bayar , cuba fikir tu kehadapan bukan ke belakang .. kalau tak pandai bole belajar , kalau taknak belajar , cari la insiatif untuk bekerja walaupon hanya sekadar partime beb ... kita ni jangan harapkan mak bapak , family , kawan , pasangan jer .. tak semestinya mereka ada sentiasa untuk bantu kita . umur ni semakin meningkat .. sediakan payung sebelum hujan , kalau dah hujan takperlu la cari payung .. berubah la ke arah lebih baik ? untuk diri kau juga bukan orang lain ya ..
Please fikir luas .. siapa lagi nak majukan diri kita ? kalau kita sendiri tak nak cari jalan tolong diri .. kadang kadang orang yang susah cari kerja sana sini susah nak diterima bekerja atas sebab sebab tertentu .. tapi aku rasa orang mcm tu sekurangnya ada usaha dia cuma rezeki lambat dan cepat . Ini kalau malas ? hrpkan org menanggung kau je ? wah ? anak raja ? duit tu kalau dapat sikit pun tetap berkat sebab rezeki datangnya dari Allah ..

So kepada yang malas bekerja , aku nasihatkan kerja la kalau dah tak minat belajar .. sekurangnya kau tahu mcm mana cari duit tak kisah la kerja apa janji halal ya .. rezeki akan datang .. Solat jangan tinggal ya walau kita jahat mcm mana sekali pon , doa lah , bersedekah la walau sikit , bekerja la demi Allah .. ikhlas kan hati bersihkan diri .. Semoga Kita Sentiasa Di Berkati Tuhan .

Pada lelaki .. pendapat aku .. cari la duit .. tolong mak ayah kerana kamu seorang yang harus bertanggungjwb kepada kedua ibu bapa , adik adik , lepastu kalau nak berkahwin dengan perempuan mesti lah kene tanggung perempuan kan ? dari mana nak ada duit nya bayar tu ini kalau tak kerja .. so bekerja la ..

Pada perempuan .. pendapat aku .. bekerja la kalau taknak belajar .. jangan membuang masa , tolong mak ayah kerana kamu seorang anak .. jangan tunggu dan harapkan lelaki yang kamu sayang sentiasa menanggung mu .. memang itu tanggungjawab dia tapi sebagai perempuan .. cuba berdikari , cari duit sendiri .. kalau kamu kahwin jodoh tak panjang bagaimana nak sara diri ? ya betul tuhan menentukan segalanya .. doalah baik2 yaa ..

KERJA NI PENTING , LAKUKAN LA SELAGI TERDAYA , MALAYSIA BANYAK SANGAT MEMERLUKAN KAKITANGAN YANG BERPENGALAMAN , YANG PENDIDIKAN TINGGI , YANG TIADA PENGALAMAN PUN DI AMBIL KERJA , USAHA LA , SIMPAN DUIT YANG LEBIH2 UNTUK MASA DEPAN ANDA , KELUARKAN LAH ZAKAT , SEDEKAH LAH .. SERONOK YE BERGAYA DENGAN DUIT SENDIRI DAN KITA AKAN LEBIH MEMAHAMI BAGAIMANA DUNIA INI .....

Tuesday, 10 April 2018

Ikhlas Ke Kau ?

Haii haii haii ! sumpah rindu nak type2 untuk korang view blog ni dan ikut perkembangan zirastereoxblogspot ni ya !! so ? apa cerita ? ada baik ka ?

Jom kali ni nak share sikit sesetengah orang sifat dia ni lebih kepada ikhlas ? tak berapa ikhlas ? memang tak ikhlas ? atau jaga hati semata ?
Hello ni dunia dh baru ya .. dah modern tau . orang yang baik pun boleh berubah jadi jahat so jangan cepat menilai apa apa ya ..

Ada segelintir di kalangan kita ni memang kdg tu nampak sangat la baik jenis tak berkira apa apa tak kira la kan , tapi kita betul betul pasti ke dia tu memang ikhlas ? rela sangat kee hati dia hahahaha
mungkin ya mungkin tak . bagi pendapat akuu laa , lebih baik kita jujur daripada kita menipu demi nak kan nama , nak kepujian . itu tak bagus yaa ..

Tuhan nampak tau .. jadi jangan ingat kalau berpura itu menguntungkan , ia sangat merugikan hehehe .. aku nak bagi sedikit contoh la eh .. kebiasaanya kalau makan di kedai makan la kan hahahha .. akan nampak beberapa manusia yang tak bekerja , comot , serba kekurangan . peminta sedekahh ..
Nampak ? kalau kita ikhlas kita boleh je bagi rm1.00 dekat orang yang minta tu .. tapi kdg kdg duit 10 sen pun kita tak keluarkan .. kenapa ? duit susah cari , kdg mereka tu agent hantar lagipon mereka lagi kaya dari kita . yaa betul .. mungkin ada penipuan yang ramai dah tahu sebab tu taknak bagi duit kepada orang yang salah .. bagus lah tuh . tapi kalau islam pulak ? kalau dalam islam ? tahu tak ? bila kita sedekah pada yang memerlukan . walaupun berapa sen , berapa ringgit .. itu bermakna kita bukan la di tipu .. kalau dia si peminta tu menipu , kita ikhlaskan sahaja kerana dia tidak akan kaya pun .. sampai bila je dia bole guna pakai duit tu kan ?

Kita niat ikhlas bagi .. dia tipu atau jujur .. itu terserahlah .. biar Allah sahaja yang membalas setelah melihat apa yang terjadi .. tapi ada pula segelintir ni kalau depan pasangan punya baik ya bagi rm10 la rm5.00 la dekat peminta sedekah , kenapa ? sebab nanti kawan dan pasangan akan berpandangan kita baik jugak .. tu la .. tapi bagi yang ikhlas tu bagus la . dapat pahala kan ? bagi yang memang tak sedekah apa apa tu jangan pulak kita marah atau terus sangka buruk pada dia kerana kita taktahu , mungkin hati dia lagi ikhlas kalau beri sedekah dari kita kan ? dia tak bagi , dia tak akan mengungkit , dia cakap jujur perbuatan jujur sebab dia tak beri sedekah . lebih baik kita tak dapat apa apa daripada kita bagi punya rak sedekah tu tapi hati tak ikhlas lagila dosa je dapat .. haha kan ? logik akal sedikit ..

Aku ada satu cerita nak share dari kisah benar . macam ni ceritanya . ada 2 orang perempuan . seorang ni freehair tak bertudung rambut berwarna .. seorang lagi pakai tudung so masatu diorang ni jalan la dekat kuala lumpur shopping bagai kan malam minggu . Kalau logiknya .. mesti perempuan tudung ni lagi mulia hatinya dari perempuan rambut bewarna , so masatu bulan ramadhan tau ? haa bulan puasa .. so memang waktu berbuka .. mereka dua beli la makanan untuk buka puasa . dah azan dah bole berbuka so mereka pun berbuka ..

Okey lepastu si yang tak bertudung ni makanan berlebih sampai ada yang tak dimakan , ingatkan lapar sangat so beli lebih bole habis la konon haha tapi tak habis . lepastu perempuan bertudung ni habis makan so bagus la tak bazir .. tapi si yang tak bertudung ni cakap " alamak kenyang la " yang si bertudung pun mencelah la " buang jela takpayah paksa kalau tak nanti muntah "
so TAHU ? APA SI TAK BERTUDUNG TU BUAT ? DIA BANGUN DARI TEMPAT DUDUK DAN MENUJU KE SEORANG MAKCIK YANG ADA ANAK KECIL DI DEPAN KEDAI BAJU .. MAKCIK TU PEMINTA SEDEKAH .. SO PEREMPUAN TAK BERTUDUNG NI PEGANG TANGAN MAKCIK TU DAN BERIKAN MAKANAN YANG DIA BELI TAPI TAK MAKAN TADI .. SAMBIL SENYUM KEPADA MAKCIK TU ..

MAKCIK TU PUN SENYUM GEMBIRA SEBAB WALAUPUN MAKANAN YANG TAK MEWAH TAPI ADA INSAN YANG BAGI DIA MERASA SEBAB DIA PUN MCM TAK BERBUKA APA APA .. so ? perempuan yang bertudung tadi terkejut sambil malu sendiri sebab? dia yang bertudung , nampak baik , tak beri apa apa pada makcik tu malah suruh pula buang makanan yang masih bersih daripada bagi orang .. Si tak bertudung pula taknak buang dan beri makanan kepada makcik tu ..

SO KAWAN KAWAN SEMUA .. KITA TAK BOLE CEPAT MENILAI , YANG NAMPAK BAIK BELUM TENTU SYURGA TEMPATNYA KALAU MULUT DAN HATI MEMBAWA KE NERAKA .. YANG SEPERTI JAHIL ATAU NAMPAK KURANG DARI SEGI AGAMA .. TAK SEMESTINYA KE NERAKA TERUS .. HATI ITU PENTING ..

IMAN ITU TIDAK BOLEH DIWARISI , IMAN DATANG DAN PERGI , IMAN NAIK DAN TURUN . IMAN KDG KDG BOLEH JATUH DAN BANGUN . KITA ISLAM . BERPEGANGLAH KEPADA AGAMA , AKU NASIHAT NI UNTUK KORANG DAN AKU .

moral untuk semua nya .. Biar nampak tak baik janji jujur dan ikhlas .. Jangan nampak baik tapi munafik dalam kepuraan .. Allah tak suka ya pada orang munafik ..

Seperti tudung juga , bila seorang perempuan tidak bertudung tiba tiba satu hari Allah turun hidayah kepada dia .. mungkin dia lebih ikhlas menutup aurat daripada kita yang bertudung tapi aurat masih tak sempurna ditutup .. kan ? fikirkan la ..

AMBIL POSITIF YA BYE

Tuesday, 3 April 2018

"Roti Telur jeee"

Hai semua ! jom jom baca kisah kali ni lepas blog ni aku nak share benda lain pasal resepi buat kek pulak . tunggu yaaa ! haha
Jom teruskan baca blogger zirastereoxblogspot ya ? okey ! start !

kalau hari lahir , ada kenduri doa selamat , kenduri kesyukuran , kenduri makan2 sikit atau mcm mcm bacaan yassin ke apa , tengok la pada keluarga masing2 kan ? ada yang meriah betul sampai ke hotel , ke luar negara , atas bukit la apala hahahaha ..



Harini aku nak share mengenai hari jadi aku yang aku harapkan orang beri hadiah special dan wish befday .. tapi aku dapat hadiah dari seorang ayah yang kerja biasa , masatu tak la mewah , aku dalam umur sekola menengah .. masatu hari jadi tu tak ada sorang pun wish befday , keluarga , kawan , sesiapa pon !

Tapi .. masatu aku bangun pagi tau aku nantikan apa la suprise orang nak bagi .. tapi tak ada ahahaha .. TAPI .. ADA SATU BUNGKUSAN BERBALUT DI ATAS MEJA MAKAN .. kat rumah .. aku pun makan sebab masatu memang rasanya aku punya kot ? hahahaha ! aku lapar makan lahh .. lepastu masa aku tengah nak menikmati roti telur sedap tu .. bapak aku tiba2 balik dari mana entah la .. lepastu dia senyum dia cakap " mcm mana ? sedap tak ? " so aku pun muka masam jeling dia tanda merajuk , sebab tak ada benda special . setakat roti telur ! lepastu dia kata " hari ni anak abah besar dah . selamat hari jadi adik " lepastu aku senyum tanda gembira dia wish , tapi aku cakap " befday saya tak ada pon orang ingat atau sambut ..." nada yang sinis sebab aku perli dia hahah tapi dia cakap dia tak ada duit , dia sanggup bangun pagi beli sarapan untuk aku . dia kata cake2 tu takpayah la dah besar . tapi sebenarnya dia tak mampu ..

Aku masih tak matang , aku mrh . aku merajuk . so dah habis makan aku kurungkan diri je dalam bilik .. aku diam taknak borak sampai malam . tiba2 pkul 8.00 malam bapak aku panggil aku keluar bilik suruh tengok luar .. aku taknak sebab malas la dah la tak ada orng hargai haha lepastu aku di pujuk pujuk akhirnya keluar jugak .. aku tengok ada cake atas meja hiasan . nama cake tu tertulis nama penuh aku la . aku gembira sangat ! terus aku happy tak badmood . bapak aku belikan cake !! sedap tau !!



Tapi bila dah besar ni , aku menangis sebab aku rasa bersalah sebab merajuk ikut kan perasaan , padahal masatu ayah aku tak ada duit , dia belikan sarapan roti telur tanda dia beritahu harijadi aku .. tapi masa hari kejadian aku langsung tk fikir , entah mana la bapak aku dapat kan duit untuk beli kek tu ya Allah sayu nya hati ni .. Terima Kasih kepada dia .


Banyak sangat perkara yang berlaku sebelum aku matang membuatkan aku rasa sedih dan sebak atas kasih sayang yang aku sendiri tak nampak selama ni .. Jadi moral untuk cerita ni .. biarlah hanya sekadar ucapan , hanya sebuah kata2 , hanya hadiah yang biasa atau apa sahaja .. ianya tetap menjadi lambang ingatan org tu kepada kita . tak kira lah siapa pon . Hargai orang sebegini lagi lagi keluarga , kawan kawan mahupun pasangan . Nilai barangan tidak boleh di bandingkan dengan tanda ingatan seseorang

CONTOH : ORANG KAYA , TAK BAGI HADIAH PUN DEKAT KITA TAK INGAT PUN HARI ISTIMEWA KITA . ORANG MISKIN INGAT PADA KITA , INGAT TARIKH PENTING KITA DAN WALAUPUN PEMBERIAN DIA BAGI HANYA NILAI RM1.00 SAJA , HARGAI LA .. TAK SEMUA ORANG IKHLAS .. LEBIH BAIK NILAI BARANGAN MURAH DARI PADA NILAI KASIH SAYANG YANG MURAH

Tak Faham Erti Kasih Sayang Seorang Ayah

Kepada yang masih membaca dan sudi membaca kisah kisah blog aku ni .. aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan sedikit masa .. untuk baca pengalaman , kisah , dan bermacam yang aku ingin kongsi lagi !

( RAJIN BENAR NAK TYPE BANYAK BANYAK HAHAHAHAHA )
MEMANG LA RAJIN !

okey sekarang teruskan dalam misi tajuk berkaitan Ayah .. ini adalah kisah yang aku rasa bila dah besar , baru aku faham dan rasa menangis bila terkenang kan hahahaa .. Okey just nak throwback kisah yang pernah aku lalui ketika sekolah rendah masatu tak silap , aku tak berapa ingat sangat la .. malam tu nak di ringkas kan cerita .. aku teman ayah aku .. dia masatu seorang pemandu taxi .. malam2 pun dia sanggup buat part time hantar pizza ke orng2 lain .. pizza tu bukan pizza hut ke dominos haha tapi kedai orng putih yang buat peniagaan pizza . masa tu aku budak lagi taktahu apa apa . tak fikir apa apa . Malam tuh dalam pukul 12.00 malam kami di kepong , aku berdua je dengan abah . aku gelar dia abah . aku masatu lapar sangat ! aku memang nak makan ! kuat makan tau masatu hahahaha !

aku cakap dengan ayah aku " abah .. adik lapar " lepastu bapak aku ni dia bagi alasan dah lewat ni bahaya apa semua . aku ni budak lagi degil , aku cakap nak makan jugak . lepastu aku tengok muka ayah aku berubah jadi muram , bila aku dah besar ni baru aku faham masatu dia ada cakap " adik .. makan dekat kedai mahal la .. dah malam ni balik je la abah penat " so nampak tak ? masatu dia tak ada duit .. tak silap aku duit dalam poket dia cuma berapa je tak sampai RM8.00 ringgit pun , so masatu aku desak desak nak jugak tak kira ! lapar gila ! lama lama tu bapak aku berhenti pergi makan . dia tak order , aku je order . aku tanya dia kenapa tak makan . dia kata abah tak lapar .. padahal masatu satu hari dia tak makan lagi , asyik kerja je .. aku order makanan sampai so aku apa lagi , makan .. lapar sangat hahaha ! yang bapak aku masatu aku tengok dia diam , dia mcm takut .. mcm risau tapi aku buat taktahu sebab aku mana ada perasaan , aku budak , memang tak fikir apa apa . lepastu aku habis makan . orang tu kira .. aku tanya pulak ayah aku dia ada duit ke tidak .. dia kata takpe ada je haha.. dia gelak sbb dia taknak aku nampak dia risau sedih .. dia bayar dekat orang kedai sambil bisik2 .. masa dia bayar aku tengok macam tak cukup tapi tak tahu mcm mana dia deal dengan orang tu .. aku blur je weh hahaha

Lepastu balik rumah aku tidur terus perut kenyang , tapi sebelum balik dalam kereta taxi tu .. ayah aku kira duit upah yang kawan dia bagi tinggal berapa saja . masatu nak belanja duit sekola aku lagi , sedih jugak la bila teringat . kadang tu bila aku teringat balik apa dah terjadi , sumpah sedih menangis tau . sanggup nya dia keluarkan duit dia yang tinggal berapa ringgit sahaja ? demi anak perempuan dia nak makan .. kenapa la masatu aku tak terfikir kan hm , dia memang baik dan satu satu nya hero aku

saja nak cerita je and share dengan korang , nilai positif nya kat sini .. ingat la pengorbanan seorang ayah ya ? mana la tahu korang pun ada cerita sedih dan gembira ke bole share di komen . thankyou . byeeee

Monday, 2 April 2018

Cinta Tak Logik Langsung

Nak buat blog lain dari yang lain sikit boleh ke ? hahaha ini blog saya suka hati saya ya . Thankyou kepada yang sentiasa support blog nie ..

Aku adalah seorang peminat artikel menarik , novel , dan mcm mcm hobi ialah membaca haha sebab tu rajin bebenor nak type banyak banyak ye kan ? Ok kita mulakan dengan cerita yang aku rasa kalau la drama, filem, karya penulisan atau apa apa sahaja .. buat la story yang mengenai cinta tapi bila di baca , bila diikuti kisahnya, bila di tonton memang tak akan terfikir orang ini akan berjodoh dengan orang ini hahahahha ..

Why Not kan .. ni just saja luahan aku .. aku rasa ada bagus cerita love story ada juga kurang bagus haha mungkin terlalu tak logik sangat susah jugak sbb kita hidup dalam realiti yaa bukan mimpi ..

Cinta ni bukan dari segi pasangan sahaja tapi kepada Maha Pencipta , Tuhan (Allah bagi yang beragama islam) , kepada Nabi Muhammad S.A.W dan termasuk juga mak ayah kita , abang adik kakak , saudara semua la .. yang penting cintakan agama , diri , keluarga .. kwn .. pasangan ..
Lelaki dan Wanita saling memerlukan , Allah cipta baik dah dan mmg fitrah sebagai manusia untuk kita di cintai dan mencintai .. Bukan yang maksiat tu ya .. Cuba fikir ? cinta ni banyak dari sudutnya . sangat subjektif , cintakan Alam semula jadi , Cintakan pekerjaan . dan mcm mcm haha .. so jangan pandang hanya dari sudut negatif sahaja

Tapi dalam dunia bagi pendapat aku , Tiada Yang Mustahil .. Baik bole jadi Jahat , Jahat bole jadi Baik dan mcm mcm lagi haha .. Dalam hidup ni hanya sekali saja jadi bukan la bermakna kita bole hancurkan hidup kita mcm tu je .. tapi ingat .. tak semua org berjaya dan tak semua org hidupnya bahagia .. ada org tak mcm kita , hidup dia penuh masalah dan sangat sangat banyak dugaan tapi semua org sama sahaja ... Allah beri segala nya sama adil , sama rata ..

JADI BAIK KE BURUK KE JAHAT KE SAMA SAMALAH KITA USAHA JAGA SOLAT, BUAT LA APA APA YANG ISLAM SURUH KITA BUAT .. BUKAN UNTUK WAKIL SIAPA SIAPA TAPI INI SEMUA UNTUK DIRI KITA SENDIRI .. DI AKHIRAT KELAK .
ASSALAMUALAIKUM YAA

Promoter Bukan Orang Gaji Kau

Yuhuuu .. semoga siapa baca ni sihat sihat ceria saja yaa .. aku nak share tentang kisah aku sendiri dan beberapa pendapat yang aku nak masukkan sekali .. so pada siapa setuju tu setuju jela siapa tak suka tak apa .. haha JOM MULAKAN !

kalau kata kerja part time budak masa skolah masa habis sekolah dan lagi2 lepasan spm kan? memang dah biasa dengar .. ada bagusnya sebab diorang cari duit tak kira atas sebab apa .. dorang bekerja .. dan paham situasi kerja .. kdg kdg orang yang kerja permulaan mcm separuh masa ni la membakar semangat untuk budak muda belajar tinggi sebab dorang tahu kerja biasa2 ni gaji sikit dan penat semua ada .. Terus terang secara jujur aku cakap pandangan aku pada pekerja mall yang Promoter tu duk berdiri la duduk la jaga kedai apa semua sangat tak penat kerja dia lepastu aku anggap pekerja tu semua biasa2 .. tu secara jujur sebab majoriti orang akan nampak pekerja ni duduk makan la layan customer pun nak taknak , ada pulak jenis kita berjalan dia pon sebok ikot belakang haha .. bukan apa sebab aku sendiri taktahu apa tu promoter? TAPI SELEPAS AKU DAH CEBURI BIDANG TU .. BARU AKU TAHU ...


Rahsia la untuk port mana aku kerja , kedai baju ke apa aku tak komen sgt eh sebab aku taktahu .. aku skrg nak cerita pasal kerja dengan Toys R Us .. semua mesti tahu kedai permainan , alat modern , ada sikit keperluan baby , dan mcm mcm lagi untuk pembelajaran minda semuaa .. aku ringkas2 kan story je ok .. bila dapat kerja kat sini rasa mcm bangga sebab dah la kat shopping mall hahahaa dengan kawan pulak lepastu . gaji aku rm5 sejam . so aku budak part time jee . TAPI AKU PUNYA PART TIME KEPALA ABAH MANAGER TU BAGI AKU FULLTIME JEEEEE . GAJI CIPUT ! BERLAGAK !
satu hal aku nak cerita perangai manager aku , kakak2 la termasuk supervisor .. memang aku tak berkenan , mula kerja baik je dia bila dah seminggu dua mampus laa terus perangai berubah .. entah apahal .. tapi kalau aku tanya dia personal dia tak marah .. aku kalau cerita takda tipu or burukan orang yaa .. kalau dia baik aku kene cakap la dia baik ..

So mcm biasa pagi2 ada briefing biasalah untuk suprvisor, manager bebel bagi arahan haha okey tu tak apalah sbb dah masuk kerja kan .. kerja pukul 10.00 pagi tapi open kedai 9.30 mcm tu .. bayangkan la ? skop kerja kami mcm mana? okey aku cerita .. pagi open kedai , briefing mcm biasa .. kemas kedai susun brg .. lepastu kerja sampai pukul 10.00 malam . kau bayangkan ? 10.30 baru bole balik nak close kedai lagi . kemas lagi . S.O.S adalah singkatan bagi budak2 paham bahawa masa untuk kemas semua barang , mampus .. kerja memang teruk . aku tak la baik sangat tak jahat sangat biasa2 tengah2 je hahahhaa ..


Okey pasal time kerja satu hal kan , lepastu nak masukkan adengan seram haha dalam stor aku kerja sunyi je .. besar stor sbb kotak mainan semua ada dalam tuh . kalau masuk stor mmg selalu sorg2 tapi mesti rasa seram kalau member tutup lampu . confirm aku jerit hahahaha ! ada hantu ahhh .. dah la sebelum balik dlu aku dngar org tarik pintu stor .. kau bayangkan la pkul 10.25 malam . kedai tutup tak ada cust , pintu stor berat ! bole pula bunyi mcm orang tarik bukak tutup hahahaha memang aku chaw lah pergi jauh .. dah lah seram .. okey pasal time break pun sama ! MANAGER AKU TU LOGHAT NAK MAMPUS KALAU BREAK TIME JE BAGI BUDAK LAIN OR KWN KWN DIA REHAT LAMBAT SO TAK LA TENSION .. tapi aku ni mesti kene break awal , mmg syok tapi manager tu dah fikir . aku rehat awal masuk awal bole buat kerja2 anak anak buah kesayangan dia tu ! tapi aku ikhlas tak ikhlas laa , jujur lebih baik hahahha

Haa nak kongsi cerita pasal wrapping paper , biasala nak krismas memang busy giler masatu .. pernah berpengalaman aku jumpa artis2 lepastu nak tahu tak? troller baby hat besar tu pun customer tu minta wrapping ? KAU RASA? DAH LA BESAR . AKU DENGAN KWN2 DAH PELIK TAPI BIUL JUGAK MCM MANALAH NAK BUAT .. nasib laaa kami sama sama balut hodoh pun hodoh laaa lantak je . dah la hadiah besar troller kot kalau kotak ke botol ke kira okey la nak balut kan .. konon nak hadiahkan lettew !


Sebenarnya aku silap ya , pandangan aku pada kerja promoter yang aku pandang sebelah mata selama ni banyak beri aku pengajaran , dan aku tanamkan dalam diri taknak kerja promoter dah hahaha lagi2 perayaan sumpah weh penat .. cuti sabtu ahad takde .. hari rabu ke khamis ke . mcm tu je .. rehat tak cukup mata ngantuk kerja berdiri .. Kdg aku susun brg kene tengok harga , tapi aku sendiri tak paham nak tengok mcm mana .. aku kan budak baru mana pro .. lain la dah kerja bertahun hahahah..
aku bertahan rasanya tak sampai berapa bulan laa , tak silap aku blan hujung 11 sampai bukan 12 tp pertengahan je .. so tak lama sgt .. gaji ciput lepastu aku berhenti sebab taktahan kerja dgn kwn kwn tak matang ! manager tak best . supervisor baik la jugak .. manager ada 2 tak silap aku . salah sorg tu baik jugak kalau aku tak susun brg dengan betul ikut harga .. dia bantu dan susun semula brg2 .. aku suka la org mcm tu sambil tu aku tengok harga dia susun kan ..

tu la satu daripadanya aku tak gemar kerja di mall , tapi aku tahu setiap rezeki dtg dari Allah .. kwn aku masatu umur 27 lelaki la , dia dah kawin ada anak sorang so punca rezeki dia disitu .. jadi bagi aku tak ada nak malu .. PERNAH LA SEKALI TU AKU KENE MRH DGN CUSTOMER INDIA LELAKI SBB APA DIA NAK TU DAH DISPLAY TAK ADA YANG LAIN .. LEPASTU DIA MRH MRH HMM .. AKU NI MOOD TAK BETUL LAMA LAMA AKU MALAS LAYAN INDIA TU CAKAP BESAR NAK SPEAKING2 HAHAHAHA .. AKU BIAR DIA .. lepastu masa dia kat kaunter bayar .. aku pandang sinis jee kat dia .. aku kalau dah bengang pergi la lantak hahahaha .. manager diam je sebab dia malas kacau aku tgh mrh .. kwn2 yang lain pun biarkn aku ..

OKEY SETAKAT NI TU SAJA , SEGALA REZEKI DUIT KESIHATAN DAN NIKMAT DI DUNIA HANYALAH PINJAMAN SEMATA . SYUKURLAH JIKA REZEKI KITA DISITU YAAA .. BYEEBYEE KORANG SAJA SHARE

Sunday, 1 April 2018

Makanan Pahang Yang Sedap !

hello semua ? apa khabar tu ada baik ke ? okey hari ni kita tengah lapar dah la dok dalam office je ni so kita bercerita tentang makanan la okey tak ?

Aku ni kampung sebelah mak di pahang yaa , benta . Kuala lipis . sedara ramai ja sana adk beradik mak semua laa dah malas cerita banyak skrg nak story and share pasal makanan femes bagi aku dan sangat menyelerakan !! Di pahang Femes pasal durian kan ? dan ikan Patin masak tempoyak ye betul kan ? haha jangan lupa kerdas, jering, petai, mcm mcm lagi !! jom aku share serba sikit yaaaa


Haa ini dia terkenal dengan ikan patin yang menjadi lambang di bandar temerloh pahang . sememangnya sdp !! ikan patin kalau di pahang mmg sesuai dan akan di masak dengan tempoyak .. sedap nya terliur haha makanan favourite sangat ! so siapa tak pernah cuba bole cubaa .. aku ada satu kedai terletak di Bandar Kuala Lipis tempat bustop , cuba cari medan selera sana ada salah satu kedai akak tu belah tepi sekali mmg jual masakan kampung dan paling penting masakan gulai tempoyak dan ikan patin sangat sangat sedap piawwww !! haha


Ini juga salah satu kebanggan dan makanan yang femes di kalangan org pantai timur belah pahang , tempat lain tak tahu eh .. Sambal Jering ! sedap tau pedas2 dan kalau letak tempoyak lagi la menyelerakan hahaha orang pahang tak akan lari dengan tajuk tempoyak tu so jangan salah faham la ok hahahahhaa rugi tak cuba . rasa jering macam kita makan kentang jee hahaha ! tapi dia sangat bagus yaaa .. try la sekali sekala makan ..


Yaa ini dia gulai tempoyak tapi guna ayam .. hahaha bole je .. ikot la nak guna ayam or ikan patin .. dua dua menu pun suka . di pahang akan sebut makanan ni antara dua je " Gulai Masam" atau " Gulai Tempoyak "  sedap you alls !! mesti cuba . orang dato siti nurhaliza okay hahahaha


Ini pon salah satu yang aku nak share .. Sambal Ikan Bilis Terung Manggo kot tak silap !! cara masak mudah simple kalau nak letak tempoyak bole kalau taknak takpe .. dalam gambar ni dia dah jadi tak merah sbb ada campuran tempoyak so pada korang yang tak nak letak tempoyak still sedap tau merah2 manis pedas hahaha simple dan mudah !!


Ohh yaa ini sambal hitam pahang , setahu aku ada letak belimbing ikan bilis apa lagi entah lupaa . tapi sekali buat bole simpan 2 3 hari kot sbb dia x basi laa .. dia elok .. ada org tumbuk je lepastu makan .. ada orang masak kan sekejap ..

OKEY PADA SESIAPA YANG NAK JODOH ORG PAHANG KE NAK PERGI CUTI PAHANG KE SEDARA KAT PAHANG KE KAWAN KAWAN KE OR SAJA SAJA BACA THANKYOU TAU !! BYEE .. TU JE SETAKAT NI NAK SHARE HEHE

Selera Hilang Hantu Pandang

entah apa apa je kan tajuk kali ni , haaaa jangan taktahu kalau tajuk dah ckp mengenai hantu so mesti cerita misteri2 gituu ..

Jom jom teruskan membaca ! kejadian berlaku 11.00 pm ! berlaku di jalan raub / bentong . antara dua ni la lupa laaaa . okey kes dia dekat kedai makan tauu

Masatu aku ni lemah sebab baru je lepas berubat akibat kene benda2 halus .. dah la lemah , otak pun meracau lagi haih apa la nasib . masatu bertiga skali mak ayah .. kedai tu sunyi tepi jalan raya tapi kedai tu berhadapan dengan semak samun yang lalang tinggi2 ! ieeee apa lah

Kemudian dah makanan sampai .. angin sepoi sepoi je aku rasa , niat nak makan mmg ada sbb lapar kan .. aku ni duduk pandang ke arah semak2 tu yang gelap cuma bertemankan lampu oren yang malap . cerita dia . mak ayah aku pandang ke arah aku dan dalam kedai ada tv so dorg tak la fkir apa apa kan .. masa aku baru nak makan tu kan nasi putih ayam masak kicap telur dadar , sdp kan ? jeles tak ? ok nak makan ni baru sesuap , tetiba mata aku terpandang ke arah depan hutan2 tu .. TAHU KE APA AKU NAMPAK? DENGAN TAKUTNYA , SI POCONG KAIN BERLUSUH KOTOR , MATA MERAH , MUKA LEBAM MCM TERBAKAR DUDUK DI CELAH2 SEMAK SAMUN ... aku terus mcm terbantut weh .. aku letak sudu terus aku berhenti makan . mak aku dah pelik apahal aku ni sbb muka aku berubah mcm pandang bwh jeee .. lepastu aku cakap " abah .. tuka tempat duduk lepastu bapak aku mcm tak paham pape .. dia pun ok jee ..

Yang mak aku la dia mcm tahu sesuatu , sbb dia kata " nmpk apa dik ? " so aku diam dan cakap ada benda so sejak aku cakap mcm tu suasana terus jadi sunyi jer .. mak ayah pun diam je tak ada nak cakap apa apa pon ahahaha sampailah da habis makan tiba waktu masuk kereta ..
Masa nak masuk kereta tu seram dah mula menular dah wei jangan cakap la dah la angin sayuu jer doh .. lpstu masa bukak pintu nak masuk kereta aku masih rasa benda tu perhatikan kami tanpa berhenti tapi aku tak nak pandang kang jadi apa apa susah tau !

Masuk la dalam kereta terus mak dan aku baca ayat kursi untuk pelindung diri , tawakal je dekat Allah semoga benda mcm ni tak ikot kami sampai ke kuala lumpur ... so akhirnya hati mcm tenang skit laaa lepas kereta dah beredar 6 minit selepas tu ..

OKEY LA TU SAJA EH , PENDEK PENDEK JE CERITA HUHU APA APA PON HANTU MEMANG WUJUD , KDG KITA TAKUT BKAN SBB APA SBB RUPA DIORANG .. HAIH NASIB LAAAAAAAA WEI SUMPAH SERAMMM

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...