Kepada yang masih membaca dan sudi membaca kisah kisah blog aku ni .. aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan sedikit masa .. untuk baca pengalaman , kisah , dan bermacam yang aku ingin kongsi lagi !
( RAJIN BENAR NAK TYPE BANYAK BANYAK HAHAHAHAHA )
MEMANG LA RAJIN !
okey sekarang teruskan dalam misi tajuk berkaitan Ayah .. ini adalah kisah yang aku rasa bila dah besar , baru aku faham dan rasa menangis bila terkenang kan hahahaa .. Okey just nak throwback kisah yang pernah aku lalui ketika sekolah rendah masatu tak silap , aku tak berapa ingat sangat la .. malam tu nak di ringkas kan cerita .. aku teman ayah aku .. dia masatu seorang pemandu taxi .. malam2 pun dia sanggup buat part time hantar pizza ke orng2 lain .. pizza tu bukan pizza hut ke dominos haha tapi kedai orng putih yang buat peniagaan pizza . masa tu aku budak lagi taktahu apa apa . tak fikir apa apa . Malam tuh dalam pukul 12.00 malam kami di kepong , aku berdua je dengan abah . aku gelar dia abah . aku masatu lapar sangat ! aku memang nak makan ! kuat makan tau masatu hahahaha !
aku cakap dengan ayah aku " abah .. adik lapar " lepastu bapak aku ni dia bagi alasan dah lewat ni bahaya apa semua . aku ni budak lagi degil , aku cakap nak makan jugak . lepastu aku tengok muka ayah aku berubah jadi muram , bila aku dah besar ni baru aku faham masatu dia ada cakap " adik .. makan dekat kedai mahal la .. dah malam ni balik je la abah penat " so nampak tak ? masatu dia tak ada duit .. tak silap aku duit dalam poket dia cuma berapa je tak sampai RM8.00 ringgit pun , so masatu aku desak desak nak jugak tak kira ! lapar gila ! lama lama tu bapak aku berhenti pergi makan . dia tak order , aku je order . aku tanya dia kenapa tak makan . dia kata abah tak lapar .. padahal masatu satu hari dia tak makan lagi , asyik kerja je .. aku order makanan sampai so aku apa lagi , makan .. lapar sangat hahaha ! yang bapak aku masatu aku tengok dia diam , dia mcm takut .. mcm risau tapi aku buat taktahu sebab aku mana ada perasaan , aku budak , memang tak fikir apa apa . lepastu aku habis makan . orang tu kira .. aku tanya pulak ayah aku dia ada duit ke tidak .. dia kata takpe ada je haha.. dia gelak sbb dia taknak aku nampak dia risau sedih .. dia bayar dekat orang kedai sambil bisik2 .. masa dia bayar aku tengok macam tak cukup tapi tak tahu mcm mana dia deal dengan orang tu .. aku blur je weh hahaha
Lepastu balik rumah aku tidur terus perut kenyang , tapi sebelum balik dalam kereta taxi tu .. ayah aku kira duit upah yang kawan dia bagi tinggal berapa saja . masatu nak belanja duit sekola aku lagi , sedih jugak la bila teringat . kadang tu bila aku teringat balik apa dah terjadi , sumpah sedih menangis tau . sanggup nya dia keluarkan duit dia yang tinggal berapa ringgit sahaja ? demi anak perempuan dia nak makan .. kenapa la masatu aku tak terfikir kan hm , dia memang baik dan satu satu nya hero aku
saja nak cerita je and share dengan korang , nilai positif nya kat sini .. ingat la pengorbanan seorang ayah ya ? mana la tahu korang pun ada cerita sedih dan gembira ke bole share di komen . thankyou . byeeee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!
Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...

-
Assalamualaikum terlebih dahulu kepada semuaaa yang membaca dan bagi bukan islam haii hello ? Apa khabar ? ada baik ? jangan marah marah ya...
-
Korang mesti tak tahu aku ni dulu masa zaman skolah menengah sejak form 1-5 adalah Ahli Kelab Dikir Barat untuk persatuan yang kokorikulum ....
No comments:
Post a Comment