Sunday, 1 April 2018

Makanan Pahang Yang Sedap !

hello semua ? apa khabar tu ada baik ke ? okey hari ni kita tengah lapar dah la dok dalam office je ni so kita bercerita tentang makanan la okey tak ?

Aku ni kampung sebelah mak di pahang yaa , benta . Kuala lipis . sedara ramai ja sana adk beradik mak semua laa dah malas cerita banyak skrg nak story and share pasal makanan femes bagi aku dan sangat menyelerakan !! Di pahang Femes pasal durian kan ? dan ikan Patin masak tempoyak ye betul kan ? haha jangan lupa kerdas, jering, petai, mcm mcm lagi !! jom aku share serba sikit yaaaa


Haa ini dia terkenal dengan ikan patin yang menjadi lambang di bandar temerloh pahang . sememangnya sdp !! ikan patin kalau di pahang mmg sesuai dan akan di masak dengan tempoyak .. sedap nya terliur haha makanan favourite sangat ! so siapa tak pernah cuba bole cubaa .. aku ada satu kedai terletak di Bandar Kuala Lipis tempat bustop , cuba cari medan selera sana ada salah satu kedai akak tu belah tepi sekali mmg jual masakan kampung dan paling penting masakan gulai tempoyak dan ikan patin sangat sangat sedap piawwww !! haha


Ini juga salah satu kebanggan dan makanan yang femes di kalangan org pantai timur belah pahang , tempat lain tak tahu eh .. Sambal Jering ! sedap tau pedas2 dan kalau letak tempoyak lagi la menyelerakan hahaha orang pahang tak akan lari dengan tajuk tempoyak tu so jangan salah faham la ok hahahahhaa rugi tak cuba . rasa jering macam kita makan kentang jee hahaha ! tapi dia sangat bagus yaaa .. try la sekali sekala makan ..


Yaa ini dia gulai tempoyak tapi guna ayam .. hahaha bole je .. ikot la nak guna ayam or ikan patin .. dua dua menu pun suka . di pahang akan sebut makanan ni antara dua je " Gulai Masam" atau " Gulai Tempoyak "  sedap you alls !! mesti cuba . orang dato siti nurhaliza okay hahahaha


Ini pon salah satu yang aku nak share .. Sambal Ikan Bilis Terung Manggo kot tak silap !! cara masak mudah simple kalau nak letak tempoyak bole kalau taknak takpe .. dalam gambar ni dia dah jadi tak merah sbb ada campuran tempoyak so pada korang yang tak nak letak tempoyak still sedap tau merah2 manis pedas hahaha simple dan mudah !!


Ohh yaa ini sambal hitam pahang , setahu aku ada letak belimbing ikan bilis apa lagi entah lupaa . tapi sekali buat bole simpan 2 3 hari kot sbb dia x basi laa .. dia elok .. ada org tumbuk je lepastu makan .. ada orang masak kan sekejap ..

OKEY PADA SESIAPA YANG NAK JODOH ORG PAHANG KE NAK PERGI CUTI PAHANG KE SEDARA KAT PAHANG KE KAWAN KAWAN KE OR SAJA SAJA BACA THANKYOU TAU !! BYEE .. TU JE SETAKAT NI NAK SHARE HEHE

No comments:

Post a Comment

Mesti Pergi Di Penang !! Malaysia !!

Ya... hello korang ! sambung lagi kali ni yang aku nak share .. baru baru ni aku pergi penang ada urusan kerja sedikit ? jadi aku ada singga...